Entry Level Street Fighter Modenas Pulsar Ns160 Vs Benelli 150s
Assalamualaikum
Pada bulan Spetember yang lalu, Modenas telah melancarkan motorsikal baru iaitu Modenas Pulsar NS160. Kelas Entry level bawah 200cc lama menyepi oleh pengeluar motorsikal kerana memfokuskan model Kapcai/Moped dan Street Bike yang berkuasa tinggi. Dengan kemunculan Modenas Pulsar NS160 diikuti dengan model Benelli 150S memeriahkan lagi kelas bawah 200cc ini.
Kebiasanya Street Bike kelas bawah 150cc ini digemari oleh rider yang inginkan penjimatan minyak dan jarak yang jauh dengan isian penuh 1 tanki bahan api. Dan juga sebagai beginner bike (Motor Permula) untuk upgrade kepada motor berkuasa tinggi.
Mari kita lihat perbandingan spesifikasi diantara dua motorsikal baru ini. Yang manakah lebih menarik dari segi harga dan spesifikasi yang diberikan.
Modenas Pulsar NS160
Modenas Pulsar NS160 ini dibangunkan oleh Bajaj (India) dan telah mengunakan design yang sama dengan abangnya iaitu Pulsar NS200. Pulsar NS160 ini telah di-downgrade spesifikasinya sesuai dengan harganya yang lebih rendah (RM 7,577)
Pulsar NS160 ini mengunakan engine 160.3 cc SOHC , dwi palam pencucuh DTS-i dan sistem penyejuk minyak. Menggunakan transmisi 5-kelajuan. Dengan engine ini mampu menghasilkan kuasa 15.2 Hp dan tork 14.60 Nm.
Kebanyakan part NS160 berasal daripada NS200 yang sudah 2 tahun dilancarkan di Malaysia oleh itu menjadikan model ini mudah untuk dapatkan alat ganti jika berlaku sebarang kerosakan. Tanki bahan api sebesar 12 Liter mampu menempuh perjalanan sejauh 350 km sekali isian penuh.
Berat Pulsar NS160 ini adalah 142kg menjadikan ia 12kg lebih ringan daripada NS200 (154kg). Oleh itu Ns160 lebih mudah untuk dikendali oleh beginner rider.
Terdapat barangan 'aftermarket' seperti set side-box dan top-box oleh GIVI diikuti juga dengan Brake dan Clutch level oleh Racing Boy. Dengan ini menjadikan Modenas Pulsar NS160 sesuai untuk perjalanan jarak jauh yang selesa.
Benelli 150S
Benelli (China) telah membangunakan model Benelli 150S untuk memberikan variasi StreetBike dalam kelas 150cc sebaris dengan model kapcai/moped Benelli RFS150. Harga dilancarkan RM 8,588 hingga RM 8,888
Motorsikal ini dikuasakan dengan engine silinder tunggal 149.8cc SOHC dengan sistem penyejuk cecair (Liquid coolant) serta transmisi 6-kelajuan
Engine ini mampu menghasilkan kuasa 15.5Hp dan tork 12.5Nm.
Tanki bahan api sebesar 15 Liter yang paling besar dalam kelasnya. Berbanding dengan Yamaha FZ150i (11L), Modenas Pulsar NS160/NS200 (12L). Dengan tanki sebesar 15 Liter mampu menempuh perjalanan hingga 400 km dengan 1 isian penuh.
Apa yang menarik. motor ini didatangi dengan USD Fork (up side down fork) yang sukar didapati didalam kelasnya. Menjadikan tunggangan motor ini lebih sporty sama ada jalan lurus ataupun di selekoh-selekoh.
Akhir Kata
Setelah meneliti spesifikasi antara dua jentera baru ini, yang boleh membuat kesimpulan bahawa Benelli 150S yang terbaik. Design yang lebih 'fresh' dan sporty diikuti dengan engine bawah 150cc (Roadtax RM 2). Tanki 15L terbesar dalam kelasnya dan juga USD fork yang memberikan tunggangan yang mantap.
Untuk Modenas Pulsar NS160 pula, motorsikal yang masih berbaloi untuk dimiliki. Saya kurang gemari design kerana sama dengan NS200. Dan engine yang lebih 150cc menjadikan Roadtax sedikit mahal (RM 30). Tetapi engine DTS-i telah terbukti tahan lasak dan jimat bahan api. Disamping penggunaan penyejuk minyak yang lebih murah kosnya berbanding penyejuk cecair.
NS160 ini dibawah masuk oleh modenas yang memilik banyak pusat service seluruh negara menjadikan motorsikal ini mudah untuk dapatkan alat ganti dan juga disebabkan NS200 sudah lama berada di Malaysia menjadikan mudah untuk dapatkan barangan aftermarket.
Apa pun pilihan ditangan anda :)
*Note : Saya tak masukkan cerita topspeed sebab Ysuku kompem lagi laju~ Hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://zeck-anythingscool.blogspot.com/2019/10/Benelli150SvsModenasPulsarNS160.html