Enrichz Menjadi Platform E Dagang Untuk Industri Sme
Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke MAJLIS SOFT LAUNCH LAMAN WEB E-DAGANG ENRICHZdi Bora Ombak Putrajaya. ENRICHZ yang dimiliki oleh ENRICHZ NETWORTH SDN BHD telah merancang untuk membina laman sesawang e-dagang bagi membantu para usahawan di Malaysia tanpa membataskan sebarang kategori pada sekitar tahun 2020. Pandemik COVID-19 telah memberi idea untuk pasukan Enrichz membantu masyarakat yang terkesan dari wabak yang melanda satu dunia.
SHOP, SHARE DAN SMILE merupakan slogan ENRICHZ yang memberi kelainan melalui keuntungan berganda dalam ekosistem yang kondusif. Lebih banyak membeli, lebih banyak ganjaran diperolehi. Lebih ramai dikongsi, lebih selalu tersenyum sendiri!
Platform perniagaan dalam talian yang menggunakan konsep gabungan E-Dagang dan Rangkaian Pemarasan (Network Marketing) ini mampu menarik ramai pengguna membeli-belah tanpa sebarang kerisauan kerana produk-produk yang dipasarkan terpilih dan terjamin kualitinya.
Di samping itu, ENRICHZmenyediakan ekosistem yang memberikan keuntungan secara menang-menang kepada pengguna dan pembekal vendor. ENRICHZ menawarkan penawaran khusus iaitu tentang ENRICHZ Earn yang mampu membantu meningkatkan ekonomi diri tanpa mengira latar belakang pendidikan mahupun sosio-ekonomi.
Pelancaran ENRICHZ hari ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama meneroka platform E-Dagang yang akan memberi impak positif kesan terhadap perubahan pada corak pembelian masa kini.
PENGARAH URUSANPENGURUS PEMASARAN ENRICHZ, ENCIK FADZLI AZIZ berkata “ENRICHZ bukannya platform untuk bersaing dengan platform E-Dagang yang lain, tetapi kewujudannya adalah untukia melengkapkan ekosistem pembelian yang memberi ganjaran ingin membantu mereka menambah pendapatan sampingan dengan hanya membeli, berkongsi dan mencadangkan produk-produk di dalam platform kepada rakan-rakan menjual dan memperkenalkan kepada yang lain”.
Sejurus selepas pelancaran, ENRICHZ bersedia menerima pelbagai penyertaan daripada pelbagai pihak yang ingin mendaftar sebagai ENRICHZ menjadi sebahagian (PRORICHZ).
KELEBIHAN PRORICHZ
Daftar percumaTidak perlu menjualTiada risiko scammerTiada maintenance bulananTiada pembelian minimaTerus boleh kongsi dengan rakanPendaftaran rangkaian Autoplacement
Detail lanjut boleh jengah ke laman sesawang ENRICHZ https://enrichz.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/03/ENRICHZ-menjadi-platform-EDagang-untuk-industri-SME.html