Enot Biodata Kerjaya Kehidupan Peribadi Update Terkini


Enot – Biodata, Kerjaya, Kehidupan Peribadi & Update Terkini
Enot, atau nama sebenarnya Alliza Abdullah adalah merupakan antara artis Malaysia yang berjaya mengekalkan populariti sejak era 90-an hingga kini.
Beliau dikenali dengan watak-watak komedi yang mencuit hati dan mengukir nama sebagai pelakon serta pelawak yang disayangi ramai. 
Jom kenali lebih lanjut perjalanan hidup Enot yang penuh warna, cabaran dan inspirasi. 
Siapa Enot? Enot ialah seorang artis Malaysia yang cukup dikenali dengan karakter lucu dan bersahaja dalam industri hiburan tanah air sejak era 1990-an. 
Nama sebenarnya ialah Alliza binti Abdullah. Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1978 di Negeri Sembilan. 
Beliau mula mencuri tumpuan penonton menerusi watak-watak komedi dalam rancangan TV dan sitkom popular seperti Spanar Jaya. 
Karisma semula jadi, gelagat mencuit hati dan wajah ceria menjadikan beliau cepat dikenali ramai serta mudah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Selain bakat lakonan, Enot juga pernah bergelar pengacara dan pelawak pentas. Gaya penyampaian beliau yang santai dan ‘masuk air’ sering mengundang gelak tawa. 
Beliau juga pernah menjadi penyampai radio internet dan aktif dalam pelbagai program hiburan. Tidak hairanlah beliau relevan sehingga kini kerana dirinya yang serba boleh. 
BACA JUGA: KRU – Biodata, Sejarah & Konsert GenKRU 2025
Biodata Ringkas Enot  Nama Penuh: Alliza binti Abdullah Nama Pentas: Enot Tarikh Lahir: 3 Disember 1978 Asal: Malaysia Kerjaya: Pelakon, pelawak, pengacara, bekas penyampai radio internet Tahun Aktif: Sejak 1998 Status: Ibu tunggal (Pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Nor) Instagram: @enot_78 Tiktok: ENOT78 Kehidupan Peribadi Selain kerjaya seni, Enot juga dikenali sebagai seorang ibu tunggal yang kuat dan tabah. Beliau pernah melalui pelbagai ujian hidup yang mencabar, termasuk masalah kesihatan serius seperti kanser usus, namun terus bangkit dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita Malaysia.
Sebelum bergelar ibu tunggal, Enot pernah mendirikan rumah tangga dengan Zainul Abidin Mat Nor pada tahun 2008. 
Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan dan mereka bercerai sekitar tahun 2016. Hasil perkahwinan itu, Enot dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Danial Hakim.
Kisah perjuangan Enot melawan penyakit kanser usus benar-benar menyentuh hati masyarakat. Beliau disahkan menghidap kanser usus pada tahun 2015. 
Enot juga tidak segan berkongsi secara terbuka berkongsi perjalanan rawatan serta cabaran yang dihadapi, termasuk menjalani beberapa pembedahan dan rawatan susulan. 
Keberanian Enot berkongsi kisah ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pemeriksaan kesihatan, malah menjadi sumber kekuatan kepada pesakit kanser lain.
Walaupun diuji dengan penyakit yang serius, Enot tidak pernah berputus asa. Kini, selepas menjalani rawatan dan proses pemulihan, keadaan kesihatan Enot semakin baik. 
BACA JUGA: Sofyank : Biodata, Keluarga, Karier & Pencapaian
Update Terkini Menjelang tahun 2025, beliau masih aktif dalam industri hiburan. Selain terus menerima tawaran berlakon, beliau juga aktif di media sosial dan sering dijemput sebagai tetamu dalam pelbagai program TV. 
Enot turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, khususnya berkaitan kesedaran kanser dan gaya hidup sihat.
Penampilan beliau yang kini berhijrah memakai tudung mendapat pujian ramai, sekaligus memberi inspirasi kepada peminat untuk berubah ke arah lebih baik. 
Bukan itu sahaja, beliau juga kelihatan lebih sihat dan kurus berbanding sebelum ini, hasil daripada perubahan gaya hidup yang lebih sihat dan disiplin dalam pemakanan.
Beliau berjaya turunkan berat daripada 105 kg ke 70 kg dalam masa setahun. Diet yang beliau amalkan ialah dengan tidak mengambil sebarang gula dan mengurangkan karbohidrat.
Gambar terkini Enot setelah berjaya kuruskan badan Enot kini aktif berkongsi tip kesihatan, motivasi, dan pengalaman hidup di media sosial untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar sentiasa kuat menghadapi cabaran hidup.
Kerjaya Enot mula dikenali menerusi rancangan komedi popular seperti “Senario” dan beberapa program hiburan lain di TV3 dan Astro. Watak-watak lucu yang dibawakan beliau berjaya mencuit hati penonton, menjadikan beliau antara pelawak wanita yang digemari ramai.
Selain komedi, beliau turut aktif dalam bidang lakonan drama dan filem. Antara drama dan telefilem yang pernah dibintangi termasuklah “Puteri”, “Cinta Luar Biasa”, dan beberapa drama bersiri di saluran TV tempatan. Beliau juga pernah muncul dalam filem komedi dan filem keluarga. 
Gambar terkini Enot setelah berjaya kuruskan badan Tidak terhad kepada lakonan, beliau turut diberi kepercayaan mengacarakan beberapa program TV dan majlis hiburan. Beliau juga pernah menjadi penyampai radio internet di stesen Bapakku.FM. 
Apabila tawaran dalam bidang seni semakin berkurangan, beliau mula menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan, termasuk menjual produk makanan dan aksesori secara atas talian. 
Selain itu, beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, khususnya berkaitan kesedaran kanser dan motivasi hidup, memanfaatkan pengalaman peribadi untuk memberi inspirasi kepada masyarakat.
BACA JUGA: Kanser Usus: Kanser Kedua Tertinggi Di Malaysia, Ini Faktanya
Fakta Menarik 1. Enot merupakan anak saudara kepada pengarah tersohor Malaysia, Rashid Sibir. Hubungan kekeluargaan ini turut membuka peluang awal buat Enot untuk menceburi dunia lakonan dan seni tanah air. 
2. Beliau mengejutkan ramai apabila berjaya menurunkan berat badan sehingga mencecah 70kg. Beliau berkongsi bahawa perubahan ini dicapai tanpa jalan pintas atau pembedahan, sebaliknya melalui disiplin dan gaya hidup sihat. 
3. Enot pernah diuji dengan penyakit kanser usus dan secara terbuka berkongsi kisah perjuangannya melawan penyakit ini. 
4. Enot aktif menyertai program kemasyarakatan terutamanya berkaitan kesedaran kanser dan sokongan kepada pesakit. Beliau juga menerima bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak, namun lebih suka berdikari dan mencari rezeki sendiri.
Akhir kata, semoga Enot terus diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.
Buat peminat Enot dan seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama mendoakan agar Enot sentiasa berada dalam lindungan Allah, diberikan kesihatan yang berpanjangan, serta terus menjadi sumber inspirasi kepada semua.

Sumber:
Instagram @enot_78 Tiktok ENOT 78

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/enot/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=enot

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chazynash Biodata Perjalanan Karier Dan Kehidupan Peribadi

Chazynash Biodata Perjalanan Karier Dan Kehidupan Peribadi

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 138 hits
Pempengaruh yang tidak asing lagi di media sosial iaitu Chazynash baru baru ini telah mendapat perhatian warganet kerana baru sahaja mengumumkan perceraiannya bersama isteri Fatin Morat Berita ini mungkin sudah dijangka oleh segelintir neti...
Dma Islam Biodata Kerjaya Isu Persenda Pelajar Masscomm

Dma Islam Biodata Kerjaya Isu Persenda Pelajar Masscomm

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 202 hits
Baru baru ini nama DMA Islam kembali hangat apabila beliau tampil dengan video kontroversi yang memperlekeh pelajar jurusan Mass Communication dan Teater Kenyataan beliau telah mengundang reaksi negatif daripada pensyarah alumni universiti ...
Nurul Izzah Anwar Biodata Pendidikan Kerjaya

Nurul Izzah Anwar Biodata Pendidikan Kerjaya

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 114 hits
Nurul Izzah Anwar merupakan antara figura politik yang tidak asing di Malaysia kerana beliau merupakan salah seorang anak kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim Nama beliau kini hangat kerana bertanding sebagai calon ...
Buang Masa Tunggu Susulan Update Terkini Dari Yang Hyunsuk Banyak Akaun Peminat Blackpink Dah Ditutup

Buang Masa Tunggu Susulan Update Terkini Dari Yang Hyunsuk Banyak Akaun Peminat Blackpink Dah Ditutup

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 112 hits
Meskipun teruja pada awalnya ramai peminat nampaknya dah mula hilang minat untuk kemunculan semula BLACKPINK Artikel Berkaitan Terbaru CEO Yang Hyun suk telah mengeluarkan satu video pengumuman memberikan perkembangan terkini mengenai aktiv...
Harga Terkini Vivo X100 5g Di Malaysia

Harga Terkini Vivo X100 5g Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 140 hits
Original Content Vivo X100 merupakan telefon pintar yang canggih dan bergaya yang diperkenalkan di Malaysia pada akhir tahun 2023 Ia cepat mendapat populariti kerana kameranya yang mengagumkan bateri yang tahan lama dan reka bentuk yang men...
Jadual Imunisasi Kebangsaan Penerangan Jadual Terkini

Jadual Imunisasi Kebangsaan Penerangan Jadual Terkini

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 117 hits
Berikut Kami Kongsikan Jadual Imunisasi Kebangsaan Buat Rujukan Ibu Bapa dan Penjaga Imunisasi merupakan perlindungan yang boleh diberikan kepada setiap individu terutama bagi golongan bayi dan kanak kanak yang sistem pertahanan badannya ma...
Pelakon Paling Handsome Penampilan Terkini Won Bin Dalam Video Iklan Jadi Bualan

Pelakon Paling Handsome Penampilan Terkini Won Bin Dalam Video Iklan Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 97 hits
Setelah lama menyepi kemunculan semula Won Bin dalam dunia pengiklanan telah menarik perhatian ramai Artikel Berkaitan Terbaru platform perkhidmatan gaya hidup iaitu adj telah mengeluarkan video komersial yang menampilkan pelakon Won Bin Pe...
Niat Terbantu Nak Update Entri Pendek

Niat Terbantu Nak Update Entri Pendek

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 150 hits
Aku tak tahu orang lain tapi aku setiap kali nak menulis mesti aku gagal nak tulis artikel pendek dan tanpa sub tajuk Ohoi terasa dugaan paling besar bila ada suara kecil yang akan kutuk diri sendiri sebab menulis tanpa heading tajuk dan ta...
Windows Update Bakal Jadi Pusat Kemas Kini Serba Lengkap Ala Iphone

Windows Update Bakal Jadi Pusat Kemas Kini Serba Lengkap Ala Iphone

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 141 hits
Microsoft kini berhasrat untuk menyatukan proses kemas kini perisian Windows mirip sepertimana telefon pintar seperti iPhone dan Android Perkara itu diumumkan oleh pengurus produk Microsoft Angie Chen Sistem baharu yang dikenali sebagai Win...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Awie Riez Luka Chord

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Imah Nini Coffee Kitchen Menyeruput Nostalgia Di Tengah Kota Bogor

Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau

Masak Guna Kuali Periuk Stainless Steel

Kota Lama Duyung Pulau Duyung Terengganu Warisan Yang Terbiar

Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

Fahmi Fadzil Anggap Gandingan Nurul Izzah Amp Saifuddin Nasution Sangat Cocok