Enggan Isytihar 5 Kerusi Pembelot Kosong Bersatu Saman Speaker


 
Bersatu memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul kerana enggan isytihar kerusi Parlimen Bukit Gantang, Gua Musang, Tanjong Karang, Jeli dan Kuala Kangsar kosong.
KUALA LUMPUR: Bersatu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul atas keengganannya mengisytiharkan kerusi Parlimen disandang lima bekas Ahli Parlimennya kosong.
Dalam saman pemula yang difailkan Jumaat lalu, parti itu turut menamakan lima bekas ahlinya yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai defendan bersama.
Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Suhaili Abdul Rahman (Labuan), yang turut mengisytiharkan sokongannya kepada Anwar, tidak dinamakan defendan dalam saman itu.
Bersatu menerusi saman itu mendakwa Johari melanggar peruntukan melarang lompat parti yang terkandung dalam Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan dengan enggan mengisytiharkan lima kerusi itu kosong.
Parti itu memohon perintah supaya Johari mematuhi peruntukan berkenaan dengan mengisytiharkan lima kerusi terbabit kosong dan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan PRK.
“Keputusan (Speaker) bersifat partisan yang melanggar dan bertentangan peruntukan nyata Perlembagaan Persekutuan, di mana tugasnya untuk menentukan sama ada terdapat kekosongan berdasarkan notis diberikan (Bersatu),” kata parti itu.
Menurutnya, Speaker tidak diberi kuasa untuk memutuskan kepatuhan terhadap peruntukan dalam perlembagaan parti atau arahan dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Saman itu difailkan pegawai awam Bersatu, Suhaimi Yahya dan Ronald Kiandee bagi pihak parti. Ia ditetapkan untuk pengurusan kes 29 Nov ini.
Lima Ahli Parlimen itu merupakan ahli Bersatu ketika mereka bertanding dan memenangi kerusi berkenaan pada PRU15 November 2022.
Bersatu berkata, walaupun berada dalam pembangkang, lima Ahli Parlimen itu beralih sokongan mereka mulai 12 Okt 2023 dan mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
“Walaupun mereka mendakwa masih ahli Bersatu, tindakan mereka (sama dengan) lompat parti. Mereka memanipulasi peruntukan (undang-undang) antilompat parti.”
Pada 17 Mei lalu, MPT mengeluarkan arahan khas selaras perlembagaan parti yang menyeru lima Ahli Parlimen itu menarik balik sokongan mereka kepada Anwar. Tetapi, mereka enggan berbuat demikian.
Bersatu pada 12 Jun lalu mengeluarkan notis memaklumkan keahlian lima Ahli Parlimen itu dihentikan.
Pada 20 Jun lalu, Bersatu mengeluarkan notis bertulis kepada Speaker memaklumkan wujud kekosongan sementara bagi lima kerusi itu. Namun, Johari menerusi surat bertarikh 9 Julai memaklumkan parti itu tiada kekosongan kerusi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/enggan-isytihar-5-kerusi-pembelot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Sues Five Rogue Mps To Make Them Lose Seats Also Sues Dewan Rakyat Speaker

Bersatu Sues Five Rogue Mps To Make Them Lose Seats Also Sues Dewan Rakyat Speaker

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 195 hits
Federal opposition party Parti Pribumi Bersatu Malaysia has filed a lawsuit against five MPs who had gone rogue and are now former party members in order to make them lose the parliamentary seats they had won under the party s banner In the...
Panas Bersatu Mengganas Heret Speaker Dewan Ke Mahakamh Isu 5 Mp Ber

Panas Bersatu Mengganas Heret Speaker Dewan Ke Mahakamh Isu 5 Mp Ber

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 161 hits
Bersatu telah mengambil tindakan drastik menerusi tindakan saman pemula ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari untuk memaksa pilihan raya kecil diadakan di lima kerusi parlimen Kesemua lima kerusi parlimen tersebut terdiri dari a...
Hiburan Pdrm Tawar Diskaun Saman Sebanyak 60 Sempena Dua Tahun Kerajaan Madani

Hiburan Pdrm Tawar Diskaun Saman Sebanyak 60 Sempena Dua Tahun Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 205 hits
Melalui laporan pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun kompaun sebanyak 60 peratus sempena Program Dua Tahun Kerajaan Madani Difahamkan program ini berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat ini iaitu 22 November hingga 24 Nov...
Saman Copy Paste

Saman Copy Paste

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 112 hits
Johari Abdul menanti lebih sedikit daripada empat bulan untuk ia tiba dan ia bukan pun sesuatu yang tidak dijangkakannya Bersatu pada 15 Nov memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap speaker Dewan Rakyat itu atas keengganann...
Mahkamah Cadang Mahathir Anwar Selesai Saman Secara Mediasi

Mahkamah Cadang Mahathir Anwar Selesai Saman Secara Mediasi

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 194 hits
Mahkamah cadang Mahathir Anwar selesai saman secara mediasiSITI NUR ZAWANINovember 19 2024Mahkamah Tinggi mencadangkan agar saman fitnah yang difailkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ...
Patut Lebai Ni Lihat Di Kelantan Jadi Elok Saman Ja Sampai Tinggal Telor

Patut Lebai Ni Lihat Di Kelantan Jadi Elok Saman Ja Sampai Tinggal Telor

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 230 hits
Bukankah di Kelantan Kerajaan negeri telah memajak 890 hektar kepada Syarikat Li Yong Bo untuk tanaman Musang King Baca sini Di Pahang hanya 23 96 hektar sahaja dipajak 99 tahun kepada Syarikat China untuk industri Kerajaan Pahang menjelask...
Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk

Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 202 hits
Siapa yang rajin sangat tulis komen buruk korang kena berjaga jaga selepas ini Artikel Berkaitan Terbaru Yulhee berkongsi berita mengenai tindakan undang undang terhadap pengulas jahat dalam video yang dimuat naik di saluran YouTubenya Yulh...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti