Enam Menu Telur Dadar Guna Aje Apa Yang Kat Dapur Tu


Tak sah kalau tiada hidangan telur ketika makan. Selain Telur Dadar biasa, ada pelbagai lagi olahan telur yang boleh menjadi sajian yang cukup lazat. Menu yang cepat dimasak dan sedap dimakan. Kos pun murah, tak perlu duduk dapur lama-lama. Jom cuba aneka resipi ini.
1. TELUR GULUNG
Bahan-bahan: 4 biji telur (nak guna 2@3 biji pun boleh) 2 biji cili besar merah * Sedikit daun bawang * Sedikit daun sup * Lobak merah * Serbuk perasa Garam Cara Memasak: Cincang halus atau potong dadu bahan-bahan bertanda *. Masukkan telur, serbuk perasa dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh masak. Bila dah siap, boleh potong ikut suka. Siap dan boleh dimakan. Jom cuba, anak-anak mesti suka. Kredit resipi: Faizah Rosdi
 
2. TELUR BISTIK
Bahan-bahan: 3 biji telur Ayam/daging – potong dadu 1/2 biji bawang merah besar – hiris 1 biji bawang merah kecil – cincang halus 2 biji bawang putih – cincang halus 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu) Gula dan garam secukupnya Cara Memasak: Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah). Tambahkan sedikit garam. Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar. Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau. Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak. Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu. Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi. Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah. Kredit resipi: Azlan Rumadi
 
3. TELUR DADAR DAGING GULUNG
Bahan-bahan: 4 biji telur 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh lada putih 50ml santan 1 batang daun bawang | dihiris halus 50gm daging kisar 50gm sayur buncis | dihiris halus 1 biji cili merah |buang biji dan dicincang kasar Garam secukup rasa Minyak Cara Masak Isi Telur Dadar: Panaskan minyak di atas api sederhana dan tumis 1 batang daun bawang, 50 gram buncis, 1 batang cili merah, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, 50 gram daging kisar dan 1/4 sudu teh garam sampai berubah warna. Kemudian diangkat dan ketepikan. Cara Masak Kulit Telur Dadar Gulung: Pukul 4 biji telur lalu tambahkan 1/2 sudu teh garam, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, dan 50 ml santan sampai sebati. Kemudian Panaskan 1/2 sendok teh minyak goreng di atas api sederhana. lalu tuang sedikit-demi sedikit adunan telur sampai setengah masak dan taburi dengan isian yang tadi, letakkan secukupnya lalu gulungkan. Diamkan beberapa saat sampai kulit dadar telur masak dengan sempurna Dadar gulung telur siap di sajikan Di anggarkan 5 buah dadar gulung Kredit resipi: giladonut
 
4. MUFFIN TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur 1 biji cili merah dihiris nipis,, nak cincang pun boleh 1 labu bawang besar.. (nak campur letak bawang merah pun boleh, tambah wangi) 1 biji tomato yang dipotong dadu Jika suka boleh masukkan ayam kisar/sosej/daging cincang/kentang/lobak merah 1/2 cawan keju cheddar Acuan muffin Sedikit garam dan lada sulah CARA MEMASAK:
Oleskan acuan muffin dengan butter Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang Pukul 4 biji telur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah. Sementara itu panaskan oven 200 darjah celsius dan tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan cheese sebagai topping. Bakar di dalam oven sehingga keperangan.
Siap… mudah dan ringkas! Sumber: https://pinkbubblegumprincess.blogspot.co.id/…/bergambar-re…
 
5. TELUR HONG KONG
 
Bahan-bahan: 6 biji telur ayam 4 biji telur padi @ century egg 4 biji telur masin 4-5 tangkai daun sup (dipotong kecil) 4-5 tangkai daun bawang (dipotong kecil) 1 biji cili merah besar (dicincang halus) Cara Memasak: Rebus telur masin dan potong kecil. Telur padi dipotong kecil. Kacau telur ayam dan masukkan daun sup, daun bawang, dan cili merah besar. Susun separuh daripada telur masin dan telur padi ke dalam acuan. Separuh lagi diletak ke dalam adunan telur ayam tadi. Gaul rata adunan telur ayam. Jangan terlampau kasar, takut tekstur telur masin dan telur padi rosak. Tuang adunan telur ayam ke dalam acuan yang telah disusun telur padi dan telur masin tadi. Kemaskan adunan. Kukuskan adunan tersebut lebih kurang 30-40 minit. Siap dihidang. Source: http://luarteko.blogspot.co.id/…/resepi-telur-hongkong-muda…
 
6. TELUR DADAR CENDAWAN & SALMON  

Bahan-bahan: 1 cawan isi ikan salmon – baki dari berbuka puasa 3 biji telur 6 cendawan tiram – saiz besar 5 kacang buncis 1 ulas bawang putih 1 biji bawang merah Sedikit hirisan daun bawang Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa Sedikit parutan keju cheedar dan parmesan – ½ cawan Cara Memasak: Racik halus bawang merah dan bawang putih, siat cendawan serta potong nipis-nipis kacang buncis. Grill ikan salmon. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa bersama hirisan daun bawang . Panaskan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan. Masukkan semua bawang dan goreng sampai wangi dan layu kemudian masukkan isi ikan salmon bersama cendawan dan kacang buncis kacaus ampai sayur masak . Masukkan semua telur dadar dan tutup frying pan, gunakan api dapur saiz kecil atau sederhana. Bila dah nak masak boleh ditabur keju parmesan dan cheedar, tutup semula frying pan. Buka tutup tudung dan terbalik kan telur dadar ni supaya sebelah lagi telur dadar masak . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan dihidangkan. Sumber: http://resepinannie.blogspot.com/…/telur-dadar-cendawan-n-s…
 
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak

Resipi Kuah Sup Kuetiau Celup Yang Sedap & Mudah

Ayam Cili Padi Pedas Tomyam. Resipi Ringkas, Mudah Masak

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Resipi Kuih Cara Gula Sedap, Buat Guna 2 Cawan Tepung Je

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/05/enam-menu-telur-dadar-guna-aje-apa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 148 hits
Jadikan Rangkaian Anda Mesin Penghasil Wang dengan Program Affiliate Hata Hata baru baru ini menyegarkan Program Affiliate mereka yang membolehkan anda meraih ganjaran setiap kali rujukan anda melakukan perdagangan dan mereka juga mendapat ...
China Bina Pusat Data Bawah Laut Guna Air Laut Sebagai Penyaman Udara Ini Mengarut

China Bina Pusat Data Bawah Laut Guna Air Laut Sebagai Penyaman Udara Ini Mengarut

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 143 hits
China Bina Pusat Data Bawah Laut Guna Air Laut Sebagai Aircond Ini Gila Power China terus pecut ke depan dalam teknologi info apabila satu modul baharu sepanjang 18 meter berjaya diturunkan ke dasar laut di Lingshui Hainan Modul ni disambun...
Pening Nak Pilih Kurier Terbaik Jom Guna Delyva

Pening Nak Pilih Kurier Terbaik Jom Guna Delyva

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 116 hits
Nak cari kurier yang murah laju dan boleh dipercayai Sekarang ni banyak sangat pilihan sampai kita sendiri pun tak tahu mana satu yang terbaik Ada yang murah tapi barang lambat sampai Ada yang laju tapi caj mahal Ha kalau anda pernah alami ...
Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 149 hits
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk cawan serta periuk belanga Lagi kerap masak dan makan di rumah lagi banyak sabun ini digunakan kerana kerana mencu...
China Dah Mula Guna 10g Tapi Ini Bukan 10g Yang Ramai Fikirkan

China Dah Mula Guna 10g Tapi Ini Bukan 10g Yang Ramai Fikirkan

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 206 hits
China telah melakar sejarah apabila secara rasmi melancarkan rangkaian jalur lebar 10G pertama di dunia Pelancaran ini dijalankan di Xiong an sebuah bandar pintar di wilayah Hebei hasil kerjasama antara China Unicom dan Huawei Teknologi yan...
Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 161 hits
Malaysiakini nbsp Polis telah merampas senjata milik Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad bagi membantu siasatan susulan dakwaan wujud ugutan dengan menunjukkan senjata api pada pemilihan Parti Keadilan Rakya...
10 Resepi Best Guna Air Fryer 2025 Dari Sarapan Sampai Dinner

10 Resepi Best Guna Air Fryer 2025 Dari Sarapan Sampai Dinner

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 219 hits
Tahun 2025 menyaksikan semakin ramai memilih gaya hidup sihat dan praktikal Tidak hairanlah air fryer kini menjadi antara peralatan dapur paling laris Dengan penggunaan minyak yang minimum dan masa memasak yang lebih cepat air fryer membant...
Pak Guard Belasah Isteri Guna Pedang Samurai Gara Gara Aplikasi Cari Kenalan

Pak Guard Belasah Isteri Guna Pedang Samurai Gara Gara Aplikasi Cari Kenalan

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 97 hits
Sinar HarianSuspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Jumaat Foto Sinar HarianMELAKA Seorang pengawal keselamatan yang ditahan pada Khamis selepas disyaki mencederakan isterinya menggunakan pedang samurai direman empat hari oleh Mah...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block