Empat Pelajar Maut Kemalangan Rakan Rapat Masjid



Kuala Kangsar: Empat daripada lima pelajar yang rentung dalam nahas di Kilometer (KM) 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, tengah malam tadi dikatakan sering kelihatan mengunjungi masjid termasuk melazimi iktikaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang lalu.
Perkara itu diakui oleh Muhamad Akmal Norazli, 22, yang sering melihat empat daripada mangsa itu iaitu Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, mengunjungi Masjid Raja Permaisuri Bainun di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.
Muhamad Akmal berkata, Iqbal Hasnun dan Muhammad Nasrun Aidol sememangnya rakan baiknya yang kedua-duanya disifatkan mudah membantu orang dalam kesusahan, manakala Muhammad Nabil Haikal dan Ahmad Akmal adalah jiran bilik di asrama penginapan.
“Boleh dikatakan empat daripada mereka adalah jemaah tetap di masjid ini biarpun seorang daripada lima mangsa itu iaitu Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan saya kurang kenal. Namun mungkin dia juga kerap mengunjungi masjid bersama dengan empat kawan itu tanpa saya sedari.
“Apa saya pasti, empat daripada mereka memang kerap datang ke masjid walaupun sebelum memasuki bulan Ramadan yang lalu dan biarpun mereka tiada sebarang jawatan dalam pengurusan masjid. Apatah lagi, pada 10 malam terakhir Ramadan lalu sebelum cuti Aidilfitri.
“Ketika itu saya sendiri nampak empat dari mereka turut sama menunaikan ibadat iktikaf dan Qiamullail dengan tidur di masjid ini,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat jenazah di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, malam ini.
Solat jenazah Ahmad Naim Najmi dan Ahmad Akmal ditunaikan oleh ratusan jemaah terdiri daripada pelajar serta kakitangan USAS selepas selesai menjalani proses bedah siasat serta identiti dikenal pasti dengan tepat.
Solat selesai disempurnakan jam 9.05 malam tadi sebelum dua jenazah berkenaan dibawa ke kampung halaman masing-masing bermula jam 9.20 malam.
Bercerita lanjut, Muhamad Akmal berkata, selain berkawan baik, dia bersama Iqbal Hasnun dan Muhammad Nasrun Aidol mengikuti kuliah yang sama serta sering berada dalam kumpulan sama bagi menyelesaikan sesuatu tugasan diarahkan oleh pensyarah.
“Iqbal Hasnun terlalu baik dengan saya. Pernah suatu ketika menawarkan wang kepunyaannya untuk saya pinjam biarpun saya menolak kerana memikirkan Aidilfitri semakin hampir.
“Sementara, Ahmad Akmal dan Muhammad Nabil Haikal hanya jiran bilik asrama saya dan saya sememangnya sering melihat mereka berdua turut melazimi berkunjung ke masjid ini.
“Masjid ini memang selalu ada mereka sejak mula-mula saya masuk ke USAS,” kata pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam USAS itu.
Media sebelum ini melaporkan, lima pelajar USAS terbunuh selepas Honda City dinaiki mereka terbabit kemalangan.
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum Suntik darah dalam makanan di pasar raya 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS Janda Baik ‘dihentam’ kepala air PRU15: BN atau PKR jadi pilihan? Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’ Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula Kem terjun negara bolot lapan pingat emas Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

The post Empat pelajar maut kemalangan ‘rakan rapat’ masjid appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/13/empat-pelajar-maut-kemalangan-rakan-rapat-masjid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Identiti Disahkan 5 Pelajar Usas Rentung Dalam Kemalangan Maut

Hiburan Identiti Disahkan 5 Pelajar Usas Rentung Dalam Kemalangan Maut

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 211 hits
Kemalangan maut yang melibatkan lima mangsa di Kilometer 245 2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora telah dikenal pasti sebagai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah Menerusi laporan mangsa yang terlibat ialah Iqbal...
Maut Kemalangan Selepas Berbuka Puasa Bersama Rakan

Maut Kemalangan Selepas Berbuka Puasa Bersama Rakan

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 204 hits
Maut kemalangan selepas berbuka puasa bersama rakan KAJANG Seorang penunggang motosikal maut akibat kemalangan di Jalan Bangi Lama di sini pada Ahad ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berbuka puasa bersama rakan Timbalan Ketua ...
Ingatkan Lari Dari Kemalangan Rupa Rupanya Mangsa Maut Tercampak 10 Meter

Ingatkan Lari Dari Kemalangan Rupa Rupanya Mangsa Maut Tercampak 10 Meter

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 165 hits
Ajal di tangan Allah SWT Sebagai manusia perkara tersebut tidak dapat diketahui dan dielakkan kerana semua yang hidup pasti akan merasai mati Itulah yang terjadi dalam kemalangan yang membabitkan sebuah keluarga dalam perjalanan pulang ke r...
Pelajar Maut Semasa Larian Merentas Desa

Pelajar Maut Semasa Larian Merentas Desa

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 219 hits
SEORANG pelajar tingkatan 4 meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa hari ini
Dipercayai Akibat Selisih Faham Pelajar Lelaki Dibelasah Rakan Rakan Di Langkawi

Dipercayai Akibat Selisih Faham Pelajar Lelaki Dibelasah Rakan Rakan Di Langkawi

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 197 hits
Ketika ini tular dimedia sosial sebuah video memaparkan seorang pelajar lelaki yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di dalam kelas di sebuah sekolah di Langkawi Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Sharman Ashari ...
28 Maut Pada Hari Pertama Syawal Akibat Kemalangan Jalan Raya

28 Maut Pada Hari Pertama Syawal Akibat Kemalangan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 228 hits
28 maut pada hari pertama Syawal akibat kemalangan jalan raya Sebanyak 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri semalam dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal Timbalan Ketua Poli...
Lima Individu Dipercayai Pelajar Rentung Terlibat Kemalangan Antara Kereta Dan Lori Treler

Lima Individu Dipercayai Pelajar Rentung Terlibat Kemalangan Antara Kereta Dan Lori Treler

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 232 hits
Kuala Kangsar Lima individu dikenal pasti rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam tadi Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata nahas ...
Tersadung Pengsan Pelajar Tingkatan 4 Maut Ketika Merentas Desa

Tersadung Pengsan Pelajar Tingkatan 4 Maut Ketika Merentas Desa

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 218 hits
Aktiviti merentas desa merupakan satu aktiviti yang menjadi rutin tahunan tidak kiralah sekolah rendah atau menengah dan dinanti nantikan oleh setiap pelajar kerana boleh melakukan bersama rakan rakan Namun begitu siapa sangka aktiviti yang...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9