Empat Lagi Kategori Pelajar Ipt Dibenar Ke Kampus Berperingkat



PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kemasukan empat lagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini dan kemasukan sepenuhnya pada Oktober.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kumpulan pelajar itu merupakan tambahan kepada lima kategori pelajar yang telah diberi kebenaran sebelum ini.

Beliau berkata, empat kategori itu termasuk 30 peratus pelajar tempatan di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta.

“Pelajar tahun satu hingga empat IPTA dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan badan profesional.

“Pelajar tahun satu hingga empat IPTA yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan yang tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian,” katanya pada sidang media khas Menteri Pengajian Tinggi berkenaan kemasukan pelajar IPT di sini hari ini.

Noraini berkata, kategori seterusnya adalah pelajar antarabangsa daripada IPTA dan IPTS termasuklah pelajar baharu.

Beliau berkata, IPT diberi fleksibiliti dalam menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian termasuklah meneruskan PdP secara dalam talian kepada pelajar-pelajar yang terlibat mengikut keperluan program masing-masing.

Katanya, bagi pelajar antarabangsa, mereka perlu mendaftar dengan pihak Education Malaysia Global Services sebelum diberikan kebenaran masuk ke Malaysia oleh pihak Jabatan Imigresen.

“Mereka perlu menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke negara ini.

“Selain itu, mereka juga dikehendaki menjalani saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan di pintu masuk negara ini dan menjalani kuarantin diri selama 14 hari di lokasi yang akan ditetapkan oleh IPT masing-masing,” katanya.

Noraini berkata, prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan itu akan dikemas kini bergantung kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Mengenai masalah yang akan dihadapi pelajar seperti isu penginapan dan tiket penerbangan untuk kembali ke kampus, beliau berkata, pelajar boleh menghubungi bahagian hal ehwal pelajar di IPT masing-masing.

Beliau berkata, semua aktiviti sukan dan riadah di kampus dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 250 orang tertakluk kepada saiz ruang dan perlu mematuhi penjarakan sosial serta mengamalkan kebersihan diri.

Noraini berkata, bagi memastikan keputusan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, IPT dan para pelajar dimohon untuk membuat persediaan yang diperlukan mulai dari sekarang.

Beliau berkata, kementerian berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan.- Bernama

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/empat-lagi-kategori-pelajar-ipt-dibenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemasukan Pelajar Ipt Berperingkat Bermula Julai Sehingga Oktober 2020

Kemasukan Pelajar Ipt Berperingkat Bermula Julai Sehingga Oktober 2020

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 355 hits
Kementerian Pengajian Tinggi melalui sidang media khas telah mengumumkan dimana kemasukan pelajar Institut Pengajian Tinggi secara berperingkat bermula Julai sehingga Oktober 2020 secara sepenuhnya Tempoh kemasukan pelajar IPT ini diumumkan...
Empat Pelajar Sekolah Menengah Antara 21 Ditahan Sertai Pesta Liar

Empat Pelajar Sekolah Menengah Antara 21 Ditahan Sertai Pesta Liar

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 595 hits
KUALA LUMPUR 8 Julai Polis menahan 21 individu termasuk empat pelajar sekolah menengah yang menyertai pesta liar di sebuah apartment servis di Bukit Bintang di sini awal pagi Sabtu lepas Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvana...
Lebih 1 000 Daftar Pelajar Baharu Kuis Dalam Dua Hari

Lebih 1 000 Daftar Pelajar Baharu Kuis Dalam Dua Hari

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 330 hits
SHAH ALAM 5 JULAI Lebih 1 000 orang mendaftar sebagai pelajar baharu di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dua hari berturut sejak 3 Julai lalu kata rektornya Prof Dato Dr Ab Halim Tamuri berkata pendaftaran menerusi dalam talian ...
Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016 2017

Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016 2017

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 980 hits
Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016 2017 Ini adalah penjelasan daripada apa yang saya baca dari website dan blog blog informasi berkenaan status sijil matrikulasi bekas pelajar Pada mulanya saya tercari car...
Biar Betul Pelajar Buat Parti Covid Bagi Duit Siapa Jatuh Sakit Dulu

Biar Betul Pelajar Buat Parti Covid Bagi Duit Siapa Jatuh Sakit Dulu

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 277 hits
July 5 2020 Orang pertama yang positif bila buat ujian Covid 19 dalam parti itu akan dapat sejumlah wang hasil pertaruhan Pelajar pelajar di Alabama dikatakan menganjurkan parti bersama pesakit pesakit Covid 19 dan akan berikan duit kepada ...
Terlalu Rindukan Keluarga Pelajar Ini Gigih Kayuh Basikal Sejauh 2 000 Batu Untuk Pulang Ke Rumah Ibu Bapa

Terlalu Rindukan Keluarga Pelajar Ini Gigih Kayuh Basikal Sejauh 2 000 Batu Untuk Pulang Ke Rumah Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 482 hits
Seorang pelajar ijazah di Universiti of Aberdeen yang berhasrat untuk mengubati rindunya pada keluarga yang menetap di Mellissia berdekatan dengan ibu kota Yunani Athens Pelajar yang berusia 20 tahun itu telah berjaya mengayuh basikal sejau...
Laungan Azan Di Sebalik Api Marak Asrama Sekolah Agama Kebakaran Pelajar Selamat

Laungan Azan Di Sebalik Api Marak Asrama Sekolah Agama Kebakaran Pelajar Selamat

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 660 hits
Awal pagi tadi para pelajar di asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub berhadapan detik cemas apabila asrama mereka terlibat dalam kebakaran Menerusi maklumat dan video yang dikongsikan di Facebook kejadian tersebut ha...
Sekolah Libur Saat Pandemi Pelajar Ini Rela Jualan Bakso Bantu Orang Tua

Sekolah Libur Saat Pandemi Pelajar Ini Rela Jualan Bakso Bantu Orang Tua

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 305 hits
Saat Pandemi COVID 19 aktivitas berkerumun dilarang demi mencegah rantai penularan Salah satunya kegiatan belajar mengajar di sekolah yang diliburkan Secara otomatis siswa pun libur dalam arti belajar di rumah melalui online Lebih banyak wa...
Pelajar Tingkatan 4 6 Asrama Kembali Sekolah 15 Julai

Pelajar Tingkatan 4 6 Asrama Kembali Sekolah 15 Julai

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 378 hits
PUTRAJAYA 9 JULAI Pelajar tingkatan empat dan enam semester satu tahun 2020 di sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan akan kembali bersekolah pada 15 Julai ini Dalam kenyataannya hari ini KPM berkata keutamaan diberi kepada kumpu...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Juadah Hari Raya Sa

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan

Hentikan Pembinaan Rumah Ibadat Di Tanak Orang Lain