Empat Asas Pn Tolak Cadangan Mou


bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim 
[email protected] September 17, 2024

PUTRAJAYA: Tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan memorandum persefahaman (MoU) kerajaan adalah berdasarkan empat asas utama yang sarat dengan nilai

Ketua Portfolio Pendidikan PN, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan wakil rakyat untuk bersuara.
Datuk Seri Saifuddin Abdullah."Empat perkara 'fundamental' itu adalah perkara yang mesti ditentang dan tidak boleh dikompromi.

"Ini kerana empat perkara itu berlawanan dengan nilai dan prinsip yang mendefinisi atau memberi makna mengenai apa itu Malaysia dan identiti nasional kita sebagai rakyatnya," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf MoU mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang ditolak ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Menurut Fadillah, beliau bertindak mendedahkan butiran kandungan draf MoU itu memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media.
Fadillah Yusof (kiri) dan Hamzah Zainudin.Beliau berharap tindakannya itu membuktikan ketelusan Kerajaan MADANI dan mahu mewujudkan suasana aman dan harmoni supaya semua Ahli Parlimen lebih fokus kepada usaha pemulihan ekonomi, selain dapat memainkan peranan konstruktif sebagai semak dan imbang.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota mendakwa, dari segi Perlembagaan, MoU itu membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk mempersoalkan teras Perlembagaan Persekutuan, seperti kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Katanya, antara lain, ia akan menggugat dasar afirmatif yang bertujuan membela nasib dan kemajuan orang Melayu serta Bumiputera dalam pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

"Dari segi nilai kemanusiaan, MoU itu memberi ruang kepada fahaman hak asasi yang berlawanan dengan nilai agama dan budaya kita untuk berkembang dan diiktiraf secara tersurat mahupun tersirat.

"Contohnya, MoU menggunakan frasa "apa-apa faktor identiti yang lain." Identiti yang lain?" soalnya.

Beliau mendakwa, dari segi keadilan, MoU itu membuka peluang untuk pihak berkuasa mentafsir sesuatu perkara mengikut selera politiknya, seperti menimbulkan 3R (raja, bangsa, agama) isu yang bukan membabitkan 3R.

"Akhirnya, MoU itu menokok tambah peraturan yang bukan-bukan mengenai perlakuan Ahli Parlimen, sedangkan undang-undang berkaitannya sudah sedia ada. Ini akan mengurangkan kebebasan bersuara yang sedia ada.

"Justeru, menerima MoU ini adalah langkah yang berbahaya. Bukan sahaja merosakkan identiti nasional, tetapi juga mengancam asas dan semangat demokrasi berparlimen dalam negara kita," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/empat-asas-pn-tolak-cadangan-mou.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Sebulat Suara Tolak Mou Dengan Kerajaan

Pn Sebulat Suara Tolak Mou Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 322 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 15 2024 9 18 AMPerikatan Nasional sebulat suara menolak dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli parlimennya MoU itu adalah di antara kerajaan d...
Pas Sanggup Tinggalkan Bersatu Pn Tolak Mou Jangan Sibuk Mahu Tuntut

Pas Sanggup Tinggalkan Bersatu Pn Tolak Mou Jangan Sibuk Mahu Tuntut

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 185 hits
Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu lagi sibuk sibuk menuntut peruntukan Ahli Parlimen selepas blok itu secara mentah mentah menolak memorandum persefahaman yang disediakan kerajaan Timbalan Pengerusi AMANAH Johor Sr Dzulkefly Ahmad berka...
Ahli Parlimen Pn Sebulat Suara Tolak Draf Mou Peruntukan

Ahli Parlimen Pn Sebulat Suara Tolak Draf Mou Peruntukan

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 330 hits
freemalaysiatoday com 15 Sep 2024 09 05 AMKetua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata antara alasan penolakan adalah mengongkong kebebasan bersuara dan didakwa jejas hak orang Melayu dan Bumiputera Hamzah Zainudin turut mengingatkan pihak ker...
Takut Istihar Harta Punca Utama Pn Tolak Mou

Takut Istihar Harta Punca Utama Pn Tolak Mou

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 198 hits
Ahmad Mursi Lepas draft MoU diberikan tidak sekalipun team perundingan PN bagi maklumbalas kepada wakil kerajaan PN hanya gunakan draft itu untuk bermain politik 3R Harap selepas penolakan secara rasmi ni semua pihak move on dan tutup cerit...
Tolak Mou Pn Sengaja Mahu Seksakan Rakyat

Tolak Mou Pn Sengaja Mahu Seksakan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 248 hits
ULASANPERIKATAN Nasional secara rasmi menolak MoU dengan kerajaan Perpaduan daripada menerima peruntukan bagi kawasan parlimen diwakilinya Perkara itu dinyatakan oleh ketua pembangkang Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini Penolaka...
Hak Sama Rata Tanpa Kira Agama Antara Sebab Pn Tolak Mou Kerajaan

Hak Sama Rata Tanpa Kira Agama Antara Sebab Pn Tolak Mou Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 203 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 15 2024Keputusan PN menolak dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli parlimennya disifatkan sebagai langkah tepat Ketua Penerangan PAS Ahmad Fad...
Muhyiddin Should Have Proposed Alternative Mou Says Pkr Mp

Muhyiddin Should Have Proposed Alternative Mou Says Pkr Mp

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 240 hits
Perhaps he has forgotten that some politicians have mocked the decisions of the Yang di Pertuan Agong and dragged the royal institution into election campaigns Sungai Petani MP Taufiq Johari says the PN chairman should have been open to dis...
Sifat Mengikat Mou Memandulkan Dan Membonsaikan Peranan Pembangkang Hassan

Sifat Mengikat Mou Memandulkan Dan Membonsaikan Peranan Pembangkang Hassan

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 167 hits
Kewujudan antara Kerajaan Persekutuan dengan ahli Parlimen pembangkang serta gabungan pembangkang didakwa bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyifatkan cadangan memperkenalkan MoU p...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku