Emp Kuala Lumpur Menawarkan Hidangan Makan Tengahari Autentik Masakan Cina


EMP KUALA LUMPUR MENAWARKAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI AUTENTIK MASAKAN CINA | Assalamualaikum semua! Baru-baru ini Ruby sekeluarga makan tengahari di Restoran EMP KL yang disyorkan oleh kawan-kawan. Mereka buat gathering dan Ruby tengok ehh cantiknya dekorasi restoran dan sangat privasi. Jadi, kami pun buat tempahan untuk makan tengahari pada 25 Disember yang lalu. 
Buat anda yang menggemari masakan cina. Inilah lokasi yang wajib anda cuba iaitu di EMP Kuala Lumpur  atau lebih dikenali sebagai EMP KL. Terletak di tingkat 1, The Westin Hotel Kuala Lumpur. Lokasi yang tenang dan mudah di akses dari parking dan lobi hotel

Menyediakan hidangan autentik masakan cina dari bahan-bahan segar dan berkualiti. Restoran ini dalam kategori Pork Free. Pensijilan Halal tidak dapat disediakan kerana restoran ini menyediakan minuman beralkohol. Namun, jangan khuatir kerana kesemua bahan masakan basah dan kering dari pembekal makanan yang diiktiraf HALAL

EMP KUALA LUMPUR MENAWARKAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI AUTENTIK MASAKAN CINA

EMP KL menawarkan pemandangan yang indah, dari luar dan dalam restoran. Masuk sahaja ke dalam restoran yang luas ini, anda akan mendapat tempat duduk kontemporari yang selesa di sebelah dapur terbuka, di mana chef EMP KL boleh dilihat sedang menumis, mereneh dan memasak dengan aksi berapi-api. 
Anak-anak seronok dapat tengok. Tetapi perlu berhati-hati sebab uncle dan aunty hantar dulang makanan masakan panas bergerak laju. Jangan sesekali mengganggu kerja mereka. Itu pesanan Ruby kepada anak-anak


Tingkap-tingkap yang lebar di dalam EMP KL memasukkan banyak cahaya matahari semula jadi, menawarkan pemandangan di tingkat pertama menghadap ke Jalan Bukit Bintang ini lebih tenang. Namun, apabila anda lihat di jalan raya, anda dapat lihat kesibukan Pavilion Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya

MENU MAKAN TENGAHARI SEISI KELUARGA DI EMP KLMenu makanan tengahari kami hari ini lebih kepada masakan berasaskan makanan laut dan berlauk sahaja. Kami tidak memilih nasi atau mee. Apabila makan begini, isi kandungan dan gabungan bahan-bahan segar jelas terasa.  

Pembuka selera sambil menunggu hidangan tiba. Kacang! Makan kacang dulu. Hanya di restoran masakan cina sahaja memberi kudapan sebelum semua menu yang kita pesan tiba

CHILLED ICE PLANT WITH YUZZ DRESSINGS RM 25
Saat salad ini hadir, kami skeptikal kerana tidak nampak sebarang sos. Tetapi, setiap suapan. Setiap kunyahan. Percikan rasa limau di dalam mulut memenuhi gastronomi pembuka selera kami. Rasa yang manis dan sedikit rasa masam di hujungnya. Sedapnya! Bagaimana ini terjadi? Tidak sangka makan salad boleh sesedap itu. Segar, citrus dan menyihatkan

CRISPY KING PRAWNS WITH WASABI MAYO RM 48
Umumnya King Prawns lebih besar daripada Udang Harimau, King Prawns adalah udang yang paling popular di Australia. Udang ini mempunyai daging yang segar, sederhana padat dan rasa yang kaya. Hujung ekor King Prawns berwarna biru terang apabila mentah. Dari ciri itu ia dikenali sebagai King Prawns. 
EMP KL sangat kreatif menyediakan hidangan King Prawns dalam kerangupan bersama sedikit Ebikko dan Wasabi Mayo. Kehangatan Wasabi dapat dirasai lagi di bahagian akhir kunyahan. Nyummsss
DOUBLE BOILED FISH BONE SOUP WITH DRIED SEAFOOD RM 48
Air rebusan ikan tidaklah hanyir seperti yang anda fikirkan. Rasanya agak halus, manis semulajadi, dan kaya dengan umami. Sup putih ini adalah gabungan di antara tulang ikan, daun bawang dan halia. Apabila siap direbus, EMP KL menyediakannya bersama makana laut kering iaitu sotong putih kering. Selain itu, ada biji Goji dan Cendawan. Menyegarkan apabila dinimati semasa musim hujan di KL. Menyihatkan badan dengan kolagen semulajadi

SIGNATURE CRISPY LONDON DUCK RM 188
Itik panggang yang sedap dan halal memang sukar untuk kita dapat. Kulit mestilah rangup, isi pula mestilah lembut. Cicah pula bersama sos soya manis. Hidangan ini dipanggang dengan teknik dan resipi rahsia agar itik tidak berbau. Gabungan perapan yang seimbang memberi nikmat setiap suapan

GIANT RIVER PRAWNS CHEE CHEONG FUN RM 78 
Macrobrachium rosenbergii, juga dikenali sebagai Giant River Prawns atau udang air tawar gergasi, ialah spesies udang air tawar palaemonid yang penting secara komersial. Ia ditemui di seluruh kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara

Udang ini menjadi kegemaran ramai dan resepi masakan paling kami gemari adalah Kam Heong. EMP KL menyediakan Kam Heong Giant River Prawns bersama Chee Cheong Fun. 1 ekor Giant River Prawns dibelah dua dan seterusnya di masak enak. Isi udang segar dan banyak! Memang best

RED RUBY BUBUR CHA CHA RM 18
Setelah makan semua menu, pencuci mulut dari manisan berkuah dan sejuk amat memberi kelegaan. Walaupun kekenyangan, masih ada ruang untuk dessert kan? Red Ruby Bubur Cha Cha adalah gabungan pelbagai ubi, sengkuang cina, biji sagu, santan dan daun pandan. Bau yang wangi dari kelopak bunga memberi ia lebih berbau wangi. Enak dinikmati bersama seisi keluarga

CRISPY COCONUT PANCAKE WITH GULA MELAKA RM 23
Pencuci mulut seterusnya adalah kuih yang unik dan digemari oleh semua. Sebab ia rangup di luar dan inti di dalam adalah pandan kaya yang dimasak bersama gula melaka. Tekstur rangup dan lembut memberi nikmat luar biasa. Sedap tidam terhingga! Nikmati hidangan istimewa ini hanya di EMP KL


EMP KL MESRA KANAK-KANAKSelain dari makanan sedap, layanan juga mesra. Restoran EMP KL menyediakan set pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan pisau plastik untuk anak-anak Ruby. Jadi, Ruby gembira sebab tidak perlu bimbang jika anak-anak nak minum air, guna garfu dan pisau. Terima kasih EMP KL


DEKORASI EMP KL SELESA DENGAN PENCAHAYAAN DARI TINGKAP YANG LUASPertama kali melangkah ke dalam EMP KL, Ruby terus ke kaunter untuk semak tempahan. Tetapi, kaki ini seperti ingin meneroka ruang di dalam restoran. Maaf, sebab teruja dengan kepelbagaian dekorasi dari negara China. 

Menyediakan 11 bilik peribadi, tempat duduk di antara 6 hingga 24 orang setiap satu. Ada bilik tersedia dengan kemudahan karaoke, EMP KL menyediakan suasana yang sempurna untuk apa sahaja acara sama ada sambutan ulang tahun hari jadi, perkahwinan dan momen intim bersama insan tersayang

EMP KL BERSEDIA MENERIMA TEMPAHAN ANDA!Nikmati warna, bau dan rasa masakan Cina yang terbaik hanya di EMP KL. Tempah lebih awal agar anda tenang menikmati hidangan segar di sini bersama seisi keluarga


EMP Kuala Lumpur 1st Floor, The Westin Kuala Lumpur, 199, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Tel: +010 303 0011Tel: +010 303 0022Email: [email protected]
Waktu Operasi:Dibuka Setiap HariDim Sum: 10AM - 3PMMakan Tengahari: 11AM – 3PMMakan Malam: 6PM – 10PM
KADAR PARKING RM 12 FLAT RATERuang parking di The Westin Hotel adalah paling mudah untuk ke Restoran EMP KL yang terletak di tingkat 1. Anda boleh menikmati hidangan istimewa tanpa perlu risau kadar parking setiap jam. Di EMP KL, sebagai pelanggan yang menjamu selera. Anda akan mendapat kadar parking RM 12 flat rate. Best kan


Untuk mendapatkan flat rate, anda perlu mengesahkan kad parking di meja utama Restoran EMP KL. Mereka akan cop kad parking. Apabila memandu keluar tidak perlu validate parking di The Westin Hotel Concierge atau mesin AutoPay. Anda hanya perlu sediakan tunai RM 12 dan bayar di exit gate keluar parking. Mudah kan

EMP KL | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/01/emp-kuala-lumpur-menawarkan-hidangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Shawarma Padu Di Restoran Damascus Bukit Bintang Kuala Lumpur

Makan Shawarma Padu Di Restoran Damascus Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 321 hits
Restoran Damascus Bukit Bintang Suasana dalam Restoran DamascusKalau korang ada di area Bukit Bintang Kuala Lumpur jangan lupa singgah di Restoran Damascus untuk try makan Shawarma yang padu dan sedap Shawarma di sini memang famous dan laku...
Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 246 hits
Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur SentralNikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Untuk musim perayaan ini pastinya anda sedan...
Makan Malam Di Warong Che Senah Kampung Baru Kuala Lumpur

Makan Malam Di Warong Che Senah Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 234 hits
Warong Che Senah kampung baruWarong Che Senah kampung baruWarong Che Senah di Kampung Baru Kuala Lumpur sentiasa menjadi tumpuan orang ramai sentiasa penuh dengan orang Aku pun first time datang sini itu pun hasil dari aku mengoggle Dalam n...
Kroni Rupanya Menara Kuala Lumpur Bukan Lagi Milik Telekom Malaysia

Kroni Rupanya Menara Kuala Lumpur Bukan Lagi Milik Telekom Malaysia

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 470 hits
Pemilik Menara KL syarikat kosmetik di ambang kemuflisan K PRAGALATHMenara Kuala Lumpur yang pernah dimiliki oleh Telekom Malaysia sekarang merupakan menara yang dimiliki oleh sebuah syarikat kosmetik Hydroshoppe Sdn Bhd Dokumen Suruhanjaya...
Bamboo Hills Garden Kuala Lumpur

Bamboo Hills Garden Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 349 hits
hai assalammualaikumBamboo Hills Garden Kuala Lumpur Selalu lalu lebuhraya nampak perkataan Bamboo Hills ni siap ada air terjun Tanya suami apa tu siap ada air terjun tempat baru ke Suami pun tak pasti tempat apa tu Nampak menarik tapi seka...
Hop Into The Lunar New Year With W Kuala Lumpur

Hop Into The Lunar New Year With W Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 289 hits
A Year Full of Excitement Daring but Never Boring Xin Nian Kuai Le and Hop into the Lunar New Year Yes it is that time of year for feasting and celebrating as we look forward to a happy and prosperous year ahead Health wealth and endless jo...
Kelebihan Perkhidmatan Kereta Sewa Online Di Kuala Lumpur

Kelebihan Perkhidmatan Kereta Sewa Online Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 197 hits
Kuala Lumpur adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia Ia mempunyai banyak tarikan dan tempat menarik untuk dikunjungi seperti taman hiburan bersejarah bangunan bersejarah gunung ganang yang indah dan banyak la...
Airasia X Inaugurates Resumption Of Kuala Lumpur Taipei Route

Airasia X Inaugurates Resumption Of Kuala Lumpur Taipei Route

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 152 hits
AirAsia X recently celebrated its maiden flight from Kuala Lumpur to TaipeiThe inaugural flight departed from Kuala Lumpur International Airport at 6 00pm and landed in Taipei on the same day at 10 50pm The flight was preceded by a number o...
Pan Pacific Hotels Group Expands Malaysia Footprint With Opening Of Pan Pacific Serviced Suites Kuala Lumpur

Pan Pacific Hotels Group Expands Malaysia Footprint With Opening Of Pan Pacific Serviced Suites Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 405 hits
The brand new property brings luxury living to the prime address of Bukit Bintang as part of the Group s expansion wave that will double its serviced suites portfolio Pan Pacific Hotels Group a member of Singapore listed UOL Group Limited p...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate

Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang