Emina Clay Mask Pink


      Mengapa Perlu Pakai (face masker) Pupur Wajah?
Pupur atau masker wajah Banyak kegunaannya. Ada yang berguna untuk menegangkan kulit, ada yang untuk menyamarkan bekas jerawat, ada juga untuk menarik keluar white head & black head dan ada yang untuk mencegah garis-garis penuaan pada wajah serta membersihkan kulit.Yang nak lifting up kulit muka pun ada tauu
 Pemakaian masker wajah dilakukan seminggu sekali untuk membuang sel mati kulit, mencerahkan dan menyihatkan kulit wajah. Oleh itu, rajin-rajinlah kita melakukan skrub dan memakai masker pada wajah agar wajah lebih bersih dan mulus berseri
Perkenalkan dari kiri:- Facial brush (untuk cuci mask nanti), Clay mask dan Mask Silicon applicator

Yang ni Mama Yan beli di Watson. lagi dua pengapit dia tadi tu beli di kedai Eco-ShopMY pula tak sempat nak kaji beria sangat kandungan dan kelebihan dia masa kat watson tu.Tanya budak kedai tu ada Clay Mask tak?Dia pun tunjukkan yang ni.MY pula memang suka warna pink.Ya ambil terus dan bayar.Rupanya Emina Clay Mask yang warna pink ni untuk hilangkan noda bekas jerawat, dan sesuai untuk kulit kusam.Masker ni mengandungi ekstrak summer plum dan niacinamide sebagai kandungan aktif.Walaupun pada tiub dia ada tulis brightening,Tapi memang takleh jadi putih dah la.Dah ok la ni..Kulit orang Melayu.Cuma lepas pakai beberapa kali tu,terasa la kulit rasa bersih dan halus.Noda jerawat tu, tak sue hilang ke tak,sebab takde noda jerawat.Yang banyak pigmentasi yang macam tahi lalat tu.berbintat bintat,Itu semua adalah kesan tidak menggunakan sunscreen dan pelembab ketika bekerja di bawah panahan mentari satu ketika dulu ya.
 Tiubnya warna pink,Isiannya pun sama juga..warna pink pudar.Tekstur nya macam dalam gambar atas ni lah. Siap ada skrub sekali untuk tanggal sel kulit mati.Tak melekit lekit ya..Tekstur dia macam bedak sejuk sikit.
Bila guna aplikator silikon ni,Memang lebih mudah la nak sapu.takde dah comot comot jari.Lebih kemas dan lebih bersih la kekdahnya.Kalau tengah tengah pakai mask tiba tiba ada iklan anak anak,nak susulah,nak buka tin biskut lah,nak tukar chanel tv lah,Boleh je berhenti kejap kan...sebab tangan tak kotor dengan masker tu.
Sebelum pakai,Kenalah bersihkan muka dengan pencuci dulu,Janganlah pakai masa kulit tengah berminyak minyak atau bermekap,Barulah kadar resapan masker tu pada kulit lebih mantap,Lepas 10 minit macam tu,Mama Yan pun cucilah masker tu dengan air,Dia kata dengan air suam,Tapi MY takde heater kat bilik air,Pakai ajelah air sejuk tu.Takde kerja menadah air Coway kat dapur buat cuci muka,Bukannya kita ni Che' Ta pun..
Sebab masker ni susah nak dibersihkan begitu saja,Tu sebab la MY beli facial brush sekali.Senang nak sental manja manja.Kalau takde facial brush,Pakai span lembut pun boleh juga,gosok lembut lembut sampai semua sisa masker hilang dari wajah ya.Gosokan semasa membersih ni juga berfungsi sebagai skrub ya.
Mask ni pakai seminggu sekali je.takpun 2 minggu 3 kali.Tapi MY biasa pakai 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali sebab asyik lupa aje...hahaha..masa mula mula beli semangat..lama lama..malesss...
Satu tiub ni isiannya 60ml sahaja.Harganya...alamak..lupa...Tapi sekitar RM21 lah rasanya.Tak sure RM 20.90 atau RM21.90 di Watson.Tengok di Shopee harganya RM16.20.
Okaylah ya..bukannya review berbayar pun ni..review buat update blog je...Happy masking uolls!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2023/02/emina-clay-mask-pink.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Starbucks Snowflake Gradient Tumbler Pink

Starbucks Snowflake Gradient Tumbler Pink

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 117 hits
Siapa suruh comel sangat Kan dah terbeli Starbucks snowflake gradient tumbler Warna pink kegemaran pula tu Starbucks snowflake gradient tumbler ni dalam Starbucks 2023 Exclusive Collection yang baru keluar pertengahan Bulan Januari 2023 Dal...
Pink Trustfall Chord

Pink Trustfall Chord

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 335 hits
DTrust fall baby GIt s a trust fall baby GPicture a place where it all doesn t hurt DWhere everything s safe and it doesn t get worse oh myEm We see through bloodshot C eyesGPicture a place somewhere else far away DWhere you know what they ...
Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Late Lunch Di Richiamo Coffee Kpj Tawakkal Kl Specialist Hospital

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

Petua Berkesan Pulihkan Tenaga Dalaman Anda

Stop Politicising Race Just Because Car Driver Is China National

Nutox Moisturizer Harga Murah Guardian Member Price

Eu S Hypocrisy Fuelling Suffering In Gaza

Pemergian Tok Ngah Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuma Seketika Tapi Cukup Bermakna

Misteri Meja Hujung

Kitkat Showcases Borneo Cocoa At Micf 2025

Marang Exit Nothing To Do With Pas Presidency Says Samsuri

Are Muslims Forbidden To Draw Living Animals Netizens Debate In A Compelling Social Media Post

Defect And Face Rm10mil Suit Warisan S Election Hopefuls Warned