Elok Masuk Politik Dari Hanya Pandai Kritik




Dari semasa ke semasa, semakin dekat janji peralihan kuasa menemui titik kenyataan, ternampak semakin ramai yang mahu Tun Mahathir Mohamad memungkiri janji penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.Terbaru, walaupun tidak menyebut dan hanya ditulis secara umum, tetapi tidaklah sukar untuk memahami bahawa surat terbuka Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin juga mempunyai maksud yang sama.Meskipun beliau mengatakan tulisannya adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa, namun berdasarkan konsensus penyerahan jawatan kepada Anwar sudah pun ada sebelum PRU14 lagi, maka apabila memperkatakan tentang peralihan kuasa yang sudah ada persetujuan itu, tentulah ia ditujukan kepada Anwar.Jika tidak ada konsensus penyerahan jawatan secara khusus kepada Anwar, rasanya tidak mungkin Dr Asri ada idea untuk menulis surat terbuka ini kepada Perdana Menteri.Mufti Perlis seolah-olah cuba menasihatkan Tun Mahathir agar lebih memikirkan redha serta murka Allah daripada menunaikan janji kepada Anwar yang disifatkannya sebagai rakus, tamak kuasa dan sebagainya.Soalnya, daripada kasyaf mana dan daripada penilaian kaca mata apa beliau melihat Anwar sebagai seorang yang rakus dan tamak kuasa?Apakah beliau benar-benar yakin bahawa jika Anwar menjadi pengganti Tun Mahathir, keadaan negara akan menjadi lebih buruk daripada sekarang?Ataukah tulisan beliau atas nama mufti itu sekadar membawa mesej Shahidan Kassim, Pengerusi Perhubingan UMNO Perlis yang difahami mahu PH berbalah dan dengan demikian akan memudahkan BN merampas semula kuasa dalam PRU15 akan datang?Dalam erti kata yang mudah juga, Dr Asri, sebagaimana ramai yang lain yang sebelum ini menolak penyerahan jawatan kepada Anwar, mereka dengan jelas cuba menghasut Tun Mahathir agar memungkiri janji yang telah dipersetujui dalam PH.Kalau orang politik menghasut orang politik untuk mungkir janji, mungkin boleh difahami maksud dan tujuannya.Tetapi, apa untungnya seorang mufti dengan jubah dan kopiah juga turut melakukan kerja-kerja menghasut ini?Apakah mereka sanggup menanggung dosa Tun Mahathir jika akhirnya pemungkiran janji itu benar-benar berlaku?Dalam janji politik, jika mahu, Dr Wan Azizah Wan Ismail pun boleh mungkir janji apabila beliau ditawarkan oleh Yang Dipertuan Agong untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana sebaik kemenangan PH pada 9 Mei 2018 lalu.Meskipun PKR memiliki kerusi Parlimen majoriti dalam PH, namun oleh kerana berpegang kepada janji konsensus bahawa Tun Mahathir adalah calon Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah tanpa ragu-ragu memilih untuk akur dengannya dan menolak permintaan Agong itu.Hendaklah difahami, selain janji Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, kedudukan Anwar sebagai bakal Perrdana Menteri ke-8 juga adalah janji dan muafakat yang dipersetujui oleh PH, bukannya janji Tun Mahathir seorang diri.Kenapa jika Dr Wan Azizah boleh patuh kepada janji PH, ada pula yang gatal tangan, termasuk Mufti Perlis sanggup menulis cuba menghasut Tun Mahathir menjadi pemungkir janji?Adakah mereka ini mahu Tun Mahathir berkelahi sekali lagi dengan Anwar dan seterusnya mungkin mengkibatkan kematiannya berakhir dengan kehinaan?Selain itu, jika mereka mahu Tun Mahathir mungkir janji kepada Anwar, mereka mahu siapa sebenarnya sebagai Perdana Menteri ke-8.Azmin Ali?Mukhriz Mahathir?Muhyiddin Yassin?Kalau betul-betul ikhlas, beranikanlah diri menyebut nama yang dirasakan lebih layak daripada Anwar itu!!! (Shahbudindotcom 26/09/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/elok-masuk-politik-dari-hanya-pandai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manchester United Hanya Pandai Skor Penalti

Manchester United Hanya Pandai Skor Penalti

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 131 hits
Jentera serangan Manchester United tumpul tak pandai skorHai lah Manchester United Apa lah Lepas skor 4 biji lawan Chelsea lepas tu terus hampeh Boleh pula sekarang skor penalti je Tu pun selamatlah masuk Kalau ikut sejarah match before ni ...
Tak Perlu Superhero Yang Ada Kuasa Macam Macam Anak Perempuan Hanya Perlukan Ayahnya

Tak Perlu Superhero Yang Ada Kuasa Macam Macam Anak Perempuan Hanya Perlukan Ayahnya

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 559 hits
Seorang lelaki yang lucu didapati apabila bersama keluarganya dia lebih tegas Tidaklah garang dan asyik marah marah sahaja tetapi tidak juga asyik bergurau tentang semua hal Ayah yang mempunyai sense of humour ni biasanya mudah didekati dan...
Jerebu Makin Pulih Hanya Johan Setia Tidak Sihat Setakat 7 Pagi

Jerebu Makin Pulih Hanya Johan Setia Tidak Sihat Setakat 7 Pagi

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 267 hits
Pemandangan di kawasan Cheras berhampiran ibu negara menunjukkan keadaan berjerebu semakin berkurangan Seluruh negara menyaksikan keadaan lebih baik setakat 7 pagi ini PETALING JAYA Keadaan berjerebu teruk melanda negara sejak dua minggu la...
Anugerah Bintang Popular Hanya Geng Jahiliah Agungkan Penyairnya

Anugerah Bintang Popular Hanya Geng Jahiliah Agungkan Penyairnya

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 502 hits
HALAMAN HIBURAN Bakat seiring anugerah Begini penghormatan artis artis atau penyair penyair zaman ini di negara umat Islam Malaysia ADA artis berpendapat kemenangan di majlis anugerah membabitkan undian peminat seperti Anugerah Bintang Popu...
Tak Hanya Jago Akting 5 Artis Indonesia Nan Cantik Ini Juga Piawai Menulis

Tak Hanya Jago Akting 5 Artis Indonesia Nan Cantik Ini Juga Piawai Menulis

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 562 hits
Bukan hanya jago dalam hal akting siapa sangka bila para artis Indonesia nan cantik ini juga ternyata memiliki kepiawaian dalam hal menulis
28 Tahun Berkhidmat Posmen Ini Dipecat Hanya Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan

28 Tahun Berkhidmat Posmen Ini Dipecat Hanya Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 378 hits
Seorang posmen dari Royal Mail telah dipecat setelah 28 tahun berkhidmat hanya kerana lewat 1 minit untuk menghantar pesanan khas Robert Lockyer sebenarnya ditugaskan untuk menghantar satu bungkusan ke sebuah bank di High Street United King...
Pemerintah Bongkar Paksa Masjid Warga Hanya Bisa Diam

Pemerintah Bongkar Paksa Masjid Warga Hanya Bisa Diam

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 168 hits
Tiga buah masjid ditutup dan sebuah menara masjid dibongkar paksa di China Di desa kecil dekat Linxia yang dikenal dengan sebutan Mekah Kecil itu pihak berwenang China membongkar paksa serta menghancurkan sebuah menara masjid Sementara tiga...
Kabut Asap Mulai Selimuti Sebagian Aceh Jarak Pandang Hanya 3 Meter

Kabut Asap Mulai Selimuti Sebagian Aceh Jarak Pandang Hanya 3 Meter

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 140 hits
Bahkan kabut asap juga terpantau dari Pelabuhan Ulee Lheue Banda Aceh Tampak mulai menyelimuti asap dan jarak pandang cukup terbatas
Tak Sanggup Tengok Dia Nangis Hanya Terhantuk Di Bucu Tangga Mata Mula Bengkak Sampai Ada Selaput

Tak Sanggup Tengok Dia Nangis Hanya Terhantuk Di Bucu Tangga Mata Mula Bengkak Sampai Ada Selaput

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 173 hits
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya Mungkin itu petanda untuk kita sebagai khalifah di dunia untuk lebih baik daripada sebelumnya Tambahan lagi sebagai ibu bapa kita mesti peka dengan telatah anak anak Acap kali kita berhadapan deng...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord