Elewsmart Kajang Terima Sambutan Luar Biasa


Shawaliah Hadir Orang ramai yang hadir tidak melepas peluang beratur pada hari pembukaan cawangan kedua Pasaraya Elewsmart di Jalan TTDI Grove, kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK,
KAJANG – Pembukaan cawangan kedua Elewsmart di TTDI Grove Kajang mendapat sambutan luar biasa pagi ini selepas  pasaraya pertama milik Ebit Lew di Bangi semalam diserbu oleh orang ramai.
Orang ramai yang menanti-nantikan pembukaan pasar raya ini sanggup berbaris panjang untuk mengambil peluang berbelanja susulan promosi murah pelbagai barangan.
Menurut pelanggan pertama Noriati Ahmad, 58, dia dan adiknya tiba di depan pintu Elewsmart seawal 6.10 pagi selepas menunaikan solat Subuh bagi mengelak terpaksa menunggu lama dan berbaris panjang.
Reaksi ceria sebahagian warga emas selepas diberi peluang
memasuki lebih awal pada hari pembukaan cawangan kedua
Pasaraya Elewsmart di Jalan TTDI Grove, kajang, Selangor.
foto SYAFIQ AMBAKBercakap kepada MalaysiaGazette, wanita ini sangat gembira kerana tempat tinggalnya  sudah ada pasaraya yang menawarkan barangan keperluan dengan harga berpatutan.
“Sejurus solat subuh terus datang di sini beratur dengan adik. 6.10 pagi sampai di sini. Seronok, kita dapat belanja barang dapur dengan murah, sangat berbaloi.Memang harga beza dengan harga kedai lain. Semoga ustaz berjaya, bertambah lagi rezeki beliau,” katanya.
Dari Sungai Ramai ke Kajang, Azlan Iswan, 38, buat kali kedua mengambil peluang berbelanja di Elewsmart selepas semalam berpeluang membeli barangan keperluan di cawangan pertama di Bangi.
Pengunjung, Azlan Iswan, 38 bercakap pada hari pembukaan
cawangan kedua Pasaraya Elewsmart di Jalan TTDI Grove,
kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK,Bagi Azlan, dengan adanya pasar raya yang menawarkan harga murah, sudah tentu golongan kurang berkemampuan akan rasa gembira.
Beliau mengucapkan tahniah kepada ustaz Ebit Lew kerana berjaya menyediakan platform membeli barangan keperluan kepada golongan kurang berkemampuan.
Dalam masa yang sama beliau berharap Elewsmart akan berkembang dan menambah cawangan di kawasan lain.
“Hari ini beli barang promosi. Kalau ada barang basah ayam dan ikan boleh tambah tapi tidak ada. Bukan selalu kita boleh dapat barang dengan harga murah,” kata beliau.
Pengunjung, Suzalina Anwar, 38, bercakap pada hari pembukaan
cawangan kedua Pasaraya Elewsmart di Jalan TTDI Grove,
kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK,
Pengunjung, Suzalina Anwar, 38, bercakap pada hari pembukaan cawangan kedua Pasaraya Elewsmart di Jalan TTDI Grove, kajang, Selangor.
Pembukaan Elewsmart di Kajang ini pada  pandangan Suzalina Anwar, 38 adalah hari yang dinantikannya sejak pendakwah bebas itu mengumumkan hasrat untuk membuka pasar raya di situ.
Selain berpeluang untuk berbelanja barangan dengan harga lebih murah pada hari ini, beliau juga menunggu saat berharga untuk bertemu sendiri dengan ustaz Ebit yang melawat pasar raya keduanya hari ini.
“Memang dinanti-nantikan untuk datang pembukaan ini. Saya memang ikut perkembangan ustaz di media sosial.
”Di Bangi semalam memang sangat ramai, jadi hari ini seawal 7 pagi saya di sini beratur.
Saya memang nak tunggu ustaz mnak jumpa, bukan senang nak jumpa orang hebat ni,” katanya lagi sambil berkata akan sentiasa menyokong usaha pendakwah bebas berkenaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan.
Ebit Lew meluangkan masa bergambar bersama pengunjung
yang hadir pada hari pembukaan cawangan kedua Pasaraya
Elewsmart di Jalan TTDI Grove, kajang, Selangor. foto
SYAFIQ AMBAKTinjauan MalaysiaGazette di pasar raya itu sejak awal 8.30 pagi mendapati sambutan pembukaan pasar raya milik pendakwah terkenal ini cukup luar biasa.
Orang ramai mula beratur panjang dari hadapan hingga ke belakang pasar raya tersebut.
Pelbagai barangan dapur ditawarkan dengan harga murah, antaranya susu tin, susu formula bayi, kicap dan lain-lain. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/elewsmart-kajang-terima-sambutan-luar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa

Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 748 hits
Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa Assalammualaikum semua Kali ini Ruby terdetik untuk bercerita tentang pengalaman berhijab Perjalanan untuk menjadi Muslimah yang sempurna pada mata kita Ada kalanya tersasar juga Tujuan blog...
Putera Asia Masih Berbisa Lee Kwangsoo Terima Banyak Hadiah Hari Jadi Daripada Peminat Luar Negara

Putera Asia Masih Berbisa Lee Kwangsoo Terima Banyak Hadiah Hari Jadi Daripada Peminat Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 450 hits
Siapa sahaja tak kenal dengan Lee Kwang soo Meskipun membuat kemunculan pertama dalam industri seni pada tahun 2008 tetapi pelakon itu mula mendapat perhatian ramai selepas menyertai rancangan popular Running Man pada tahun 2010 Popularitin...
Pithouz Shah Alam Hidang Makanan Barat Yang Luar Biasa Sedap

Pithouz Shah Alam Hidang Makanan Barat Yang Luar Biasa Sedap

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 413 hits
Memang wow Itulah yang boleh dikatakan mengenai menu yang ditawarkan di Pithouz Semuanya sedap sampai teringat ingat Pithouz sudah beroperasi sejak April 2018 Terdahulu hidangan yang merupakan signiture Pithouz adalah kambing bakar Namun di...
Inilah Manfaat Dzikir Yang Luar Biasa

Inilah Manfaat Dzikir Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 383 hits
Inilah manfaat dzikir yang luar biasa Coba deh kaji keutamaannya dari hadits jaami al ulum wa al hikam ini Posting ditampilkan lebih awal di
Hiburan Wak Doyok Dikritik Netizen Luar Negara Kerana Perlekeh Pakaian Seragam Tentera Us

Hiburan Wak Doyok Dikritik Netizen Luar Negara Kerana Perlekeh Pakaian Seragam Tentera Us

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 412 hits
Adakah anda masih ingat lagi sebelum ini apabila Wak Doyok dikecam kerana menempah cincin dengan hiasan jata Johor Walaupun sudah pun memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama tetapi nampaknya perkara yang seakan sa...
Cerita Sebenar Youtuber Masakan Terkenal Dipukul Suami Di Perkarangan Luar Wad Bersalin

Cerita Sebenar Youtuber Masakan Terkenal Dipukul Suami Di Perkarangan Luar Wad Bersalin

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 659 hits
Suami yang juga pasangan Youtuber sensasi ditahan polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh semalam Isteri pasangan sen...
Nasib Belia Luar Bandar Pedalaman Sabah Sarawak Perlu Diutamakan Mbm

Nasib Belia Luar Bandar Pedalaman Sabah Sarawak Perlu Diutamakan Mbm

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 499 hits
KUALA LUMPUR 22 Julai Majlis Belia Malaysia mahu kerajaan memberi perhatian terhadap masalah pengangguran dalam kalangan belia di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang agak meruncing sepanjang tempoh Perintah K...
Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan

Sebanyak 24 592 Usahawan Dan Koperasi Di Pahang Menerima Pembiayaan Berbentuk Pinjaman Serta Geran Bernilai Rm425 Juta

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Drama Saat Aku Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chasing Waterfalls In Madeira S Misty Mountains

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati Di Hotel Jalan Conlay

Hiburan Tergamak Sampai Emak Dengan Abah Masuk Lokap Adik Ipar Luah Rasa Terkilan Terhadap Prince Syed Dan Fatin

Fitnah Kononnya Pm Anwar Dihalang Bercakap Dengan Xi Jinping Terbongkar

Pengajaran Buat Kaki Travel Hati Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra

Kurus Sebab Bariatric