Elaun Sara Hidup Pelajar Dinaikkan



 Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa Kadar Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar baharu dan sedia ada di bawah tajaan KPT akan dinaikkan bermula 2024.
 

Kenaikan kadar ESH itu akan memanfaatkan seramai 24,729 pelajar yang sedang ditaja untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara di bawah Program Penajaan KPT dan akan melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM30.78 juta.
 

Keputusan itu mencerminkan kerajaan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan pelajar tajaan dan serius membantu menangani cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi.
 

Kenaikan itu itu melibatkan kadar ESH akan dinaikkan sebanyak 15 peratus bagi pelajar sarjana atau doktor falsafah (PhD) sedia ada dan baharu di luar negara serta di bawah Program MyBrainScience.
 

Turut dinaikkan ialah kenaikan kadar ESH sebanyak RM100 sebulan kepada pelajar sedia ada dan baharu yang menerima biasiswa dan dermasiswa dalam negara.
 

Kenaikan itu melibatkan penerima Biasiswa Atlet Cemerlang institut pengajian tinggi (IPT), Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan Program MyBrain 2.0.
 

KPT akan menyeragamkan ESH pelajar sedia ada dan baharu kepada hanya satu kadar mengikut peringkat pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda RM730, Ijazah Sarjana RM800 dan PhD RM1,000.
 

Walau bagaimanapun, penyeragaman itu tidak melibatkan program MyBrainScience kerana kadar ESH sedia ada program berkenaan adalah lebih baik daripada program lain sedia ada.
 

Kenaikan RM100 sebulan Elaun Wang Saku (EWS) juga diperluaskan kepada pelajar-pelajar B40 (Bantuan Kewangan Asasi IPTA dan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti) dan OKU (Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya dan Program Pendidikan Khas).
 

Kadar EWH semasa bagi Bantuan Kewangan Asasi ialah RM208.33 sebulan; Bantuan Kewangan OKU (RM300 sebulan); Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (RM300 sebulan) dan Program Pendidikan Khas ialah RM610 sebulan.
 

Bagi pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom, kadar ESH diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan yang berlainan.
Begitu juga kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di Amerika Syarikat diseragamkan daripada tiga kadar kepada dua kadar sahaja.
 

Kadar ESH yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan pegawai awam dalam perkhidmatan sama ada sedia ada dan baharu dalam dan luar negara dikekalkan. Ini kerana, kenaikan kos sara hidup dilihat mampu diserap oleh pegawai yang mengikuti pengajian dalam dan luar negara kerana mereka turut menerima gaji bulanan penuh secara tetap selain ESH.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2023/10/hyg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Dibuli Makan Najis

Pelajar Dibuli Makan Najis

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 189 hits
AgensiBeijing Seorang pelajar lelaki di sekolah menengah di Longyan wilayah Fujian baru baru ini menjadi mangsa buli apabila dipaksa memakan najis di dalam tandas sekolah oleh seorang pelajar lain lapor The Straits Times Menerusi video yang...
Program Plkn Tidak Akan Ganggu Pelajar Spm Hanya Sasar Golongan Belia 16 35 Tahun Menteri

Program Plkn Tidak Akan Ganggu Pelajar Spm Hanya Sasar Golongan Belia 16 35 Tahun Menteri

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 211 hits
Hanya belia yang tamat peperiksaan SPM akan dipilih menjalani latihan asas ketenteraan di bawah Program Latihan Khidmat Negara yang dihidupkan semula kata Datuk Seri Mohamad Hasan Walaupun program itu disasarkan kepada golongan belia antara...
Plkn Dilaksana Dua Fasa Libat Pelajar Tingkatan 4 Lepasan Spm

Plkn Dilaksana Dua Fasa Libat Pelajar Tingkatan 4 Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara yang dimansuhkan pada 2018 menerusi dua fasa Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kemente...
Melalui Literasi Digital Pelajar Diingatkan Bahaya Narkoba Dan Judi Online

Melalui Literasi Digital Pelajar Diingatkan Bahaya Narkoba Dan Judi Online

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 270 hits
Data dari BNN BRIN NPS di 2021 membuktikan penggunaan narkoba relatif meningkat di Indonesia
Pdrm Tubuh Pasukan Khas Siasat Kematian Pelajar Perempuan

Pdrm Tubuh Pasukan Khas Siasat Kematian Pelajar Perempuan

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 230 hits
BernamaSebuah pasukan siasatan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci kes kematian pelajar wanita berusia 22 tahun yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di bandar raya ini pada 16 Okt lepas kata Pesuruhjaya Polis S...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Permulaan Hari Yang Baik Dengan Hati Yang Bersih

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak

Allah Tidak Pernah Silap Memilih Bahu Untuk Ujian

Ecentral Kukuh Sebagai Gergasi Kandungan Digital Melayu Serba Digital Catat 365 Juta Capaian Sepanjang 2025

7 Drama China Tentang Game Terbaik Rating Tertinggi

Tular Di Threads Kisah Insan Terpilih Solat Lama Azan Merdu Buat Jemaah Sebak