Elakkan Tekanan Kerja Melampau


Ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua. 


TUNTUTAN dunia kerjaya memerlukan perhatian dan kesungguhan walaupun adakalanya kita merungut tentang beban tugas, kekangan waktu dan persekitaran tempat bekerja.
Bagaimanapun, janganlah pula kita terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.
Walaupun pekerjaan memberikan kita kebahagiaan, kajian-kajian yang dibuat jelas menunjukkan bahawa pekerjaan juga 'menyumbangkan' pelbagai jenis penyakit kepada manusia, baik bersifat psikologikal atau fizikal.

Tekanan kerja yang melampau misalnya, bukan sekadar menyebabkan manusia terpaksa mengharungi kebimbangan, masalah tidur, penyakit fizikal seperti serangan jantung dan darah tinggi, malah ada yang sampai membawa ke tahap kematian.

Asia merupakan satu-satunya rantau yang memaksa manusia bekerja dengan sangat teruk.
Walaupun jumlah jam kerja ideal yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hanyalah 40 jam seminggu, didapati secara puratanya para pekerja di Asia bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, bahkan ada yang mencecah 90 jam seminggu.

Bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada pekerjaan mungkin sesuatu yang janggal dalam budaya kita. Bagaimanapun, harus diingat statistik menunjukkan pekerja di Asia sedang mengalami masalah serius.

Mati akibat kerja

Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri berlaku di Asia.
Di Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun.

Trend itu nampaknya sedang merebak ke beberapa negara lain di Asia. Semua ini bermula dengan jumlah masa bekerja yang mencapai tahap optimum. Mereka mengalami burnout dan kemurungan teruk yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
Sebenarnya, negara kita juga sedang menghadapi masalah yang sama. Laporan Kementerian Kesihatan misalnya menunjukkan kadar prevalen kemurungan dalam kalangan golongan dewasa mencapai 1.8 peratus.
Walaupun ia mungkin diakibatkan oleh pelbagai sebab, tetapi salah satunya mungkin berpunca oleh pekerjaan.
Malangnya, dalam konteks budaya kita, aspek kesihatan psikologikal ini tidak dianggap sebagai isu besar.

Apabila berlaku tekanan kerja seperti kemurungan, rasa cemas dan tidak dapat tidur malam misalnya, banyak daripada kita mengambil jalan mudah dengan membuat kesimpulan bahawa individu tertentu terkena gangguan makhluk halus atau buatan orang.
Jarang yang cuba berfikir bahawa mereka mungkin sedang mengalami gangguan yang berpunca daripada bebanan pekerjaan.

Ini menjadikan, ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua.
Sekiranya tidak diatasi, ia akan menyebabkan penyakit yang lain termasuklah darah tinggi, serangan jantung atau penyakit fizikal yang lain.
Kajian-kajian juga merumuskan bahawa pekerjaan adakalanya menyebabkan rumah tangga terganggu, khususnya apabila emosi negatif yang timbul akibat oleh pekerjaan dibawa pulang ke rumah.

Perasaan marah atau tekanan yang berlaku di tempat kerja kemudiannya telah menyebabkan keluarga dan anak-anak menjadi mangsa.
Salah satunya ialah melalui contagion effects. Sindrom ini berlaku apabila seseorang mengalami perasaan negatif seperti murung dan perasaan kemudiannya dipindahkan kepada pasangan atau keluarga mereka di rumah.

Pergilah bercuti 

Salah satu langkah yang boleh diambil termasuklah bercuti. Hal ini kerana bercuti didapati mampu menghindar kita semua daripada diserang pelbagai penyakit psikologikal termasuklah kepenatan dan kemurungan.
Salah satu teori yang selalu dikemukakan bagi mengupas isu berkenaan ialah Conservation of Resources Theory.

Teori itu menerangkan mengenai pekerjaan yang menyebabkan manusia mengalami pengurangan 'tenaga' psikologikal dalam diri. Ia mencetuskan tekanan kerana manusia tersebut perlu berjuang untuk mendapatkan tenaga yang hilang.

Bagaimanapun, dengan bercuti, ia mampu mengembalikan tenaga psikologikal tersebut.
Semoga kita sentiasa menghargai peluang bercuti apabila tiba waktunya. Kesempatan tersebut melupakan kita seketika dengan kesibukan dunia pekerjaan dan memulihkan semula tenaga kita untuk menghadapi dunia pekerjaan.

Kredit : kosmo

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lamanqaseh.blogspot.com/2018/10/elakkan-tekanan-kerja-melampau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Shell Jobs Senior Wells Lifecycle Engineer Kerja Kosong

Sarawak Shell Jobs Senior Wells Lifecycle Engineer Kerja Kosong

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 157 hits
Sarawak Shell Jobs Senior Wells Lifecycle EngineerWe are currently looking for suitable candidate for our client Position Work Location SMEP Wells office Miri Duration Contract Basis Qualification Min Degree in Engineering Possesses a valid...
Jumlah Jemaah Haji Terengganu Meningkat Tahun Ini

Jumlah Jemaah Haji Terengganu Meningkat Tahun Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 356 hits
KUALA NERUS Jumlah jemaah haji dari Terengganu meningkat kepada 2 739 orang tahun ini berbanding 2 500 orang tahun lepas kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 101 orang jemaah adalah dari kal...
Gangguan Seksual Tempat Kerja

Gangguan Seksual Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 140 hits
Dokter ambil passover patient body weakness tu kan Aku tengah duduk tepi meja main telefon bila seorang hosmen datang bawa triaj pesakit pagi tadi Ya MeiMei kenapa Natrium dia 110 dia tunduk sambil tunjuk keputusan penuh BUSE baru keluar Ak...
Control Komputer Di Rumah Dari Tempat Kerja Anda

Control Komputer Di Rumah Dari Tempat Kerja Anda

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 182 hits
Pernah dengar TeamViewer tak Bagi kaki kaki game or pakar pakar it di luar sana tu mesti mmg tidak asing lagi bagi diorg pasal software ni Bagi yang belum pernah guna fira nk citer sikit pasal software ni Kelebihan 1 Kawal pc kita dari temp...
Bersyukur Dengan Kerja Yang Kita Ada

Bersyukur Dengan Kerja Yang Kita Ada

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 144 hits
Korang pernah tak berdepan dengan situasi di mana korang rasa macam nak tukar kerja dan buat kerja lain Rasa bosan la tension kerja bertimbun dan macam macam lagi yang akan jadi alasan korang Mesti pernah kan terfikir macamtu tambah tambah ...
Mahkamah Tentera Putuskan Mejar Zaidi Dibuang Kerja

Mahkamah Tentera Putuskan Mejar Zaidi Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia Mejar Zaidi Ahmad dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di Pertuan Agong oleh Mahkamah Tentera di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu d...
Serius Gila Kerja Lelaki Untuk Di Cium

Serius Gila Kerja Lelaki Untuk Di Cium

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 133 hits
Kerja ini khas untuk lelaki botak sahaja Makmal ujian Lipsticks akan mengupah sekumpulan wanita untuk menguji lipstiks tersebut pada lelaki botak itu What a lucky guy
Career Opportunity In Jabatan Kerja Raya Sarawak

Career Opportunity In Jabatan Kerja Raya Sarawak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 159 hits
Jabatan Kerja Raya Sarawak is looking for committed suitably qualified dynamic and self driven candidates with relevant working experience to take up the following positions on contract basis 1 ENGINEERS Grade J41 J44 J48 J52 J54 a Civil St...
Cara Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Cara Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 137 hits
Assalam ok hujung minggu ni cuaca sedikit mendung dan hujan kat area gua sambil sambil pekena kopi gua tulis sedikit entri untuk perkongsian kita bersama gua nak tanya ada tak sape sape yang selalu atau banyak kali pegi temuduga tapi selalu...
7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco