Elak Tekap Tapak Kasut Ke Kaki Untuk Anggar Saiz Kaki Anak Bahaya Kalau Pakai Saiz Tak Betul


Adakah anda jenis yang memakaikan anak kasut mengikut saiz betul atau ‘main sarung sahaja’ asalkan muat? Tahukah anda, terdapat bahaya jika si kecil tidak dipakaikan ukuran saiz kasut budak yang betul?

Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Kepentingan ukuran saiz kasut budak yang betul
Kaki kanak-kanak, terutamanya bayi dan anak kecil sangat halus dan amat penting untuk menjaganya daripada awal.
Pemilihan kasut sesuai untuk anak adalah keputusan penting yang tidak boleh dipandang remeh.
Mempertimbangkan untuk membeli kasut dengan saiz yang betul berbanding fesyen adalah penting kerana ia memberi kesan kepada perkembangan kaki anak.
Kasut yang dapat dipakai dengan muat membolehkan perkembangan tanpa halangan serta membenarkan jumlah ruang dan sokongan sesuai untuk membantu kaki berkembang secara semula jadi.
Ramai kanak-kanak mengalami masalah kaki di kemudian hari kesan memakai kasut yang tidak betul saiznya! Kita semua hanya memilih sepasang kaki, jadi amat penting untuk menjaganya dengan baik.
Kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan hallux valgus – kecacatan kaki yang berlaku apabila ibu jari kaki mula condong ke dalam. Keadaan itu boleh menyebabkan ketulan bengkak betul-betul di bawah ibu jari kaki.
Oleh sebab itu, mendapatkan anak saiz kasut yang betul adalah penting ya wahai ibu bapa sekalian.
Cara membeli mengikut ukuran saiz kasut budak yang tepat
Berikut adalah tip membeli kasut yang boleh anda praktikkan:
#Beli kasut mengikut kaki yang lebih panjang
Kaki kanan dan kiri biasa mempunyai kepanjangan yang berbeza. Perbezaan sehingga ½ inci itu adalah perkara biasa.
#Jangan bergantung kepada label saiz pada kasut
Untuk pengetahuan anda, menjadi perkara biasa untuk pengeluar melabelkan kasut dengan saiz standard yang kita semua ketahui. Tetapi sebenarnya tiada standard wajib saiz kasut, maka setiap jenama akan berbeza-beza. Jadi pastikan anak mencuba setiap kasut untuk mendapatkan saiz yang bersesuaian.
#Ada ruang untuk kaki
Kebanyakan ibu bapa sedar kaki memerlukan ruang, tetapi kurang mengetahui jumlah sebenar yang diperlukan. Ruang tambahan optimum yang disarankan adalah lebih kurang ½ inci.
#Beli kasut pada penghujung hari
Kaki anak biasanya akan berada pada tahap paling besar (baca: membengkak) pada penghujung hari atau selepas acara sukan – waktu paling sesuai untuk mencuba dan membeli kasut.
#Pakai stoking sesuai
Semasa anak mencuba kasut, pastikan mereka memakai stoking yang sesuai. Sebagai contoh, jika ingin membelikan anak kasut bola sepak, pastikan mereka memakai stoking bola sepak.
#Ukuran saiz kasut budak secara berkala
Deria sentuhan bagi kanak-kanak biasanya belum berkembang sepenuhnya, jadi mereka mempunyai kecenderungan untuk ‘memaksa’ kaki masuk ke dalam kasut yang ketat. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk mengukur kaki anak setiap 2 bulan sekali.

Perkara perlu dielakkan semasa mendapatkan ukuran saiz kasut budak
Malangnya, terdapat juga ibu bapa yang masih menggunakan trick berikut untuk menilai kesesuaian kasut untuk anak:
Pegang kasut ke kaki
Caranya dengan menekap tapak kasut ke kaki untuk menganggarkan saiz kaki anak. Tetapi panjang di bahagian dalam kasut tidak boleh dianggarkan dari luar dan selalunya adalah lebih pendek daripada yang dijangkakan.
Ujian ibu jari
Biasanya ibu jari akan menekan hujung kasut untuk melihat berapa banyak ruang yang ada. Masalahnya anak secara refleks akan menarik jari kaki – seperti tergulung di bawah.
Kesannya anda akan menyangkakan terdapat ruang yang mencukupi walaupun hakikatnya kasut itu terlalu kecil.
Menggunakan ujian tumit untuk menilai ruang kosong pada bahagian belakang juga adalah serupa seperti ujian ibu jari. Ini kerana ramai kanak-kanak akan menolak kaki mereka ke depan.
Bertanyakan anak
Biasanya apabila anak mencuba kasut, sebagai ibu bapa pastinya anda akan bertanyakan, “Okay tak kasut ini?”. Walaupun pertanyaan itu menunjukkan anda prihatin dengan anak, namun malangnya jawapan yang diberikan mungkin salah.
Keadaan ini kerana biasanya saraf di kaki anak belum berkembang sepenuhnya dan kesedaran mereka tentang kesakitan tidak begitu jelas seperti individu dewasa. Jadi anak mungkin tidak pasti sama ada kasut itu sesuai atau tidak.
Ketepatan dalam mendapatkan ukuran yang betul adalah penting untuk mendapatkan saiz kasut budak yang bersesuaian bagi anak.
Pemilihan kasut budak
Kasut yang bersesuaian adalah penting untuk anak, bukan sahaja untuk kesihatan kaki tetapi juga perkembangan mereka secara keseluruhan.
Jika si manja sedang belajar berjalan dan bergerak, mereka sedang mengembangkan otot dan kekuatan di belakang badan dan kaki, sekali gus amat penting untuk melindungi kaki mereka.
Pastikan juga stoking dipakai anak juga adalah saiz yang sesuai mengikut kakinya. Ini kerana stoking yang terlalu ketat boleh menyebabkan masalah pada jari kaki mereka.
Kaki si kecil akan membesar dengan cepat pada tahun pertama kehidupan mereka. Jadi pastikan anda sentiasa memeriksa kasut mereka agar selesa untuk dipakai.
Justeru, adalah amat penting untuk mendapatkan bukan sahaja ukuran saiz kasut budak tepat tetapi juga sepasang kasut yang selesa untuk mereka pakai.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Elak Tekap Tapak Kasut Ke Kaki Untuk Anggar Saiz Kaki Anak, Bahaya Kalau Pakai Saiz Tak Betul appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-tekap-tapak-kasut-ke-kaki-untuk-anggar-saiz-kaki-anak-bahaya-kalau-pakai-saiz-tak-betul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tegahlah Anak Berdiri Keluar Sunroof Doktor Kongsikan Bahaya Kecederaan Anak

Tegahlah Anak Berdiri Keluar Sunroof Doktor Kongsikan Bahaya Kecederaan Anak

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 130 hits
Kenderaan dengan sunroof yang boleh dibuka seakan menjadi kemegahan malah melihat anak gembira ketika dibukakan bumbung kereta menjadi satu kesukaan buat kita Elakkan hal yang semacam ini kerana ia sangat berbahaya buat anak kita Bagaimana ...
Demi Sesuap Nasi Nampak Kaki Terjuntai Rupa Rupanya Rider Gend Ng Anak Demi Cari Rezeki

Demi Sesuap Nasi Nampak Kaki Terjuntai Rupa Rupanya Rider Gend Ng Anak Demi Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 191 hits
Kisah rider Grab menggendong anak dalam cuaca pa nas tu lar setelah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai abamskhai Menurut Khairul Fazki 42 dia yang sedang dalam perjalanan ternampak seorang penunggang motosikal me...
Berat Betul Dugaan Ibu Siap Masak Untuk Sambut Hari Jadi Tapi Anak Meninggal Terlibat Kemalangan

Berat Betul Dugaan Ibu Siap Masak Untuk Sambut Hari Jadi Tapi Anak Meninggal Terlibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 145 hits
Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri meninggal dan pergi buat selama lamanya Dalam perkongsian di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai pemburujenazah video menunjukkan rakaman seorang ibu yang seakan akan tidak boleh menerim...
Senyuman Ameena Buat Ramai Cair Atta Aurel Tak Mahu Anak Pakai Baju Terdedah

Senyuman Ameena Buat Ramai Cair Atta Aurel Tak Mahu Anak Pakai Baju Terdedah

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 285 hits
Pasangan popular Indonesia Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar dilihat semakin bertambah bahagia sejak punya anak mereka Ameena Hanna Nur Atta Melewati Instagram pasangan ini ada sahaja momen dan wajah terkini Ameena yang sentiasa...
Tujuan Pakai Anak Baju

Tujuan Pakai Anak Baju

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 292 hits
Terjemahan perkataan baju vest adalah anak baju Terjemahan itu tentu janggal dan kelihatan tidak sesuai Perkataan vest boleh ditulis atau dieja sebagai ves Contoh safety vest diterjemahkan kepada ves keselamatan Ves dipakai di bahagian luar...
Rapuh Betul Hati Dia Lepas Dapat Adik Anak Sulung Makin Cemburu Cabaran Buat Yana Lee

Rapuh Betul Hati Dia Lepas Dapat Adik Anak Sulung Makin Cemburu Cabaran Buat Yana Lee

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 175 hits
Bila dapat anak kedua tanggungjawab dan cabaran seorang ibu ternyata makin bertambah Selain menguruskan dua anak mengawal emosi terutama anak sulung ternyata amat mencabar Jom tonton tip jadi bapa cool dan terbaik Pemilik jenama Leeyana Rah...
Amboi Sukanya Cikgu Ajar Senamrobik Pakai Lagu Tiktok Anak Murid Pun Enjoy

Amboi Sukanya Cikgu Ajar Senamrobik Pakai Lagu Tiktok Anak Murid Pun Enjoy

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 146 hits
Bergelar seorang pendidik bukan mudah untuk menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran ataupun bagi memastikan mereka kekal bersemangat ketika berada di sekolah Seperti satu perkongsian netizen ini tular video memaparkan seorang guru sed...
Ini Bahaya Pengendara Motor Pakai Sendal Jepit Bisa Sampai Terbakar

Ini Bahaya Pengendara Motor Pakai Sendal Jepit Bisa Sampai Terbakar

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 126 hits
Selain sandal jepit Firman juga mengimbau pengendara sepeda motor tidak mengenakan celana pendek saat berkendara
Pisang Pun Boleh Buat Anak Sembelit Pilihlah Yang Betul Betul Ranum Untuk Anak Makan

Pisang Pun Boleh Buat Anak Sembelit Pilihlah Yang Betul Betul Ranum Untuk Anak Makan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 239 hits
Pisang boleh merawat anak sembelit tetapi yang perlu anda tahu pisang juga boleh membuatkan anak sembelit Macam mana Menurut perkongsian pilih yang tidak masak ranum sepenuhnya berpotensi untuk membuatkan anak sembelit Ini yang dikongsikan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator