Elak Panggilan Saya Awak I You Pada Pasangan Ustazah Norhafizah


Keharmonian dalam sesebuah perkahwinan bergantung kepada bagaimana cara pasangan itu mengemudi bahtera rumah tangga mereka.
Andai saling bekerja sama dan bertolak ansur pasti akan membuahkan hasil bahagia dan aman. Begitu juga sebaliknya jika bersikap pentingkan diri dan ego.
Panggilan kepada pasangan juga memainkan peranan.
Menurut saudari Farhana Muhammad, dia tertarik dengan salah satu daripada kuliah Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa berkaitan dengan nada suara isteri kepada suami.

Ustazah menceritakan bahawa beliau pernah ditegur oleh suaminya berkenaan nada suara, bukannya pemilihan kata ketika bertutur dengan suami. Kadang ustazah tidak perasan jika ustazah tertinggikan suara kepada ustaz. Mungkin ada ketikanya tidak bersetuju dengan ustaz, mengeluarkan pendapat, mungkin ada nada suara yang sedikit tinggi ketika berbicara dengan ustaz.
Kata ustaz, ibunya bukanlah seorang yang belajar tinggi. Bukanlah seorang ustazah, tiada master dan phd jauh sama sekali. Seingat suami ustazah, ibunya tidak pernah sekali mengangkat suara di depan ayahnya. Kata ustazah, ustazah terasa amat malu mendengar kata-kata ustaz dan lebih berhati-hati apabila berbicara dengan suami. Ustazah terbayang bagaimana ibu mertuanya menyantuni ayah mertuanya. Dengan manis tutur katanya, lemah-lembut bicaranya apabila berbicara dengan suami.
Jadi, adakah langsung tidak boleh marah sama suami? Tidak. Jika langsung tidak marah itu malaikat namanya. Kata ustazah, ada juga ketikanya marah, tetapi berhati-hati supaya suara ustazah tidak tinggi daripada suara suaminya. Itu baharu berkaitan dengan nada, berkaitan dengan intonasi. Nada dan intonasi ketika bercakap dengan suami amatlah penting. Itu belum lagi termasuk dengan pemilihan kata ketika berbicara dengan suami.
Cuba muhasabah diri, sepanjang perkahwinan bagaimana kita bercakap dengan suami? Pernahkah kita terjerit kepada suami dari tingkat atas ke tingkat bawah?
“Awak kalau nak makan bang, makanlah sudah ada di bawah tudung saji!” Kata si isteri sambil menjerit kepada suami di tingkat bawah.
Ada orang, suka sangat bercakap dengan tinggi nada suara. Apabila ditegur lantas menjawab, “Saya bukannya marah, memang macam ni keturunan saya cakap begini.”
Kata ustazah, janganlah menyalahkan keturunan apabila kita bercakap dengan nada yang tinggi. Kita boleh berubah.
Takkan kita mahu gunakan alasan seperti ini, “Nak buat macam mana, memang adik-beradik saya bercakap begini, macam nak berkelahi.” Takkan kita mahu bersandar pada hujah ini sedangkan kita ada potensi untuk memperbaiki diri kita?

Apabila bercakap dengan suami, kena ada satu intonasi suara apabila berbicara dengan suami. Intonasi yang lembut bicaranya. Sepertimana sabda Rasulullah shallahu alaihi wasallam, ‘Apabila kamu pandang isteri kamu, bergaul dengan isteri kamu, bermuamalah dengan isteri kamu, dia akan membahagiakan kamu.’
Penampilan diri, suara, tutur kata, perilaku, bahasa tubuh, akhlaq, cara berfikir. Semua ini datang dalam satu pakej menenangkan suami iaitu isteri solehah.
Sambung ustazah lagi, pada awalnya beliau cukup stress memikirkan bagaimana lagi perlu bercakap lembut dengan suami? Tetapi ustazah berfikir secara positif. ‘Ya Allah, sampai begini sekali Engkau mendidik aku istiqamah supaya kelembutan menjadi sikapku.’
Allah memberikan sesuatu kepada orang yang lembut, sesuatu yang Allah tidak berikan kepada orang yang bersikap kasar. Ada sesuatu Allah hanya berikan kepada orang yang bersikap lembut.
Salah satu cara bersifat santun ialah, memanggil orang dengan gelaran yang dia gemar, lebih-lebih lagi kepada pasangan kita.
Jika bercakap dengan suami, perlu ada panggilan yang menyenangkan. Begitu juga panggilan buat isteri, suami perlulah memanggil dengan panggilan yang menyenangkan hati si isteri.
Ustazah meyakini bahawa panggilan kepada pasangan dalam rumah tangga amatlah penting dan memberi kesan yang besar. Kerana.. semakin lama sesebuah perkahwinan, semakin sukar untuk menyuburkan kasih sayang.
Elakkan panggilan saya-awak, I-you dan gantikanlah dengan panggilan yang lebih lunak dan mesra didengar oleh suami kepada isteri ataupun oleh isteri kepada suami. Maka, panggillah pasangan dengan panggilan yang menyenangkan. Dan bertuturlah dengan pasangan dengan tona suara yang sedap didengar oleh pasangan.
Sumber: Farhana Muhammad


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/elak-panggilan-saya-awak-i-you-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panggilan Video Kepada Pasangan Yang Berjauhan Ketika Berpuasa

Panggilan Video Kepada Pasangan Yang Berjauhan Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 454 hits
Soalan Saya bermusafir ke luar negara pada bulan Ramadhan Bila sudah berjauhan dengan isteri mesti ada rasa rindu Jadinya pada setiap hari saya akan bersembang dengan isteri saya melalui video call Tiba tiba saya terfikir adakah boleh saya ...
Pasangan Kristian Buat Tahlil Di Rumah Untuk Arwah Anak Muallaf

Pasangan Kristian Buat Tahlil Di Rumah Untuk Arwah Anak Muallaf

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 602 hits
Viral di media sosial gambar sekummpulan lelaki berbaju melayu dan berkopiah dipercayai beragama Islam sedang melakukan bacaan doa di dalam sebuah rumah penganut Kristian Menerusi gambar tersebut dapat dilihat dengan jelas lambang salib yan...
Anak Meninggal Sebagai Islam Pasangan Kristian Jemput Jemaah Buat Tahlil Di Rumah

Anak Meninggal Sebagai Islam Pasangan Kristian Jemput Jemaah Buat Tahlil Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 739 hits
Selalu jika majlis yang melibatkan bacaan doa seperti tahlil atau majlis kesyukuran kebiasaannya akan dilakukan oleh masyarakat Muslim sama ada di rumah mereka atau pun di masjid Namun baru baru ini telah tular apabila tersebarnya gambar se...
Do You Like Spaghetti

Do You Like Spaghetti

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 353 hits
Yang kat atas ni Spagheti Aglio Olio untuk 25org makan Mama yan order ni untuk breakfast masa site meeting kat site bulan lepas Siap lauk ayam 3 Ekor 25pcs quarter Leg Blackpepper Sauce SaladHarga RM300Okayla tu kan datang meeting kena mara...
5 Hal Penting Jalani Puasa Perdana Bareng Pasangan Halal Kupas Tuntas Termasuk Soal Ena Ena

5 Hal Penting Jalani Puasa Perdana Bareng Pasangan Halal Kupas Tuntas Termasuk Soal Ena Ena

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 427 hits
Dari soal persiapan sahur sampai urusan mengatur waktu bercinta di atas ranjang mari cari tahu di sini
You Are Part Of The Dirt Waytha

You Are Part Of The Dirt Waytha

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 787 hits
I BEG to differ on Waythamoorty self claim statement that Malaysians are now more united under his supervisory That s a total crap He should recognise the fact that we are living in a world of askance and prejudice notably after the riot at...
15 Wonderful Last Minute Diy Mother S Day Gift Ideas In Case You Forgot

15 Wonderful Last Minute Diy Mother S Day Gift Ideas In Case You Forgot

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 458 hits
Did it occur to you that Mother s day is in about two weeks It s okay you re quite busy and it is understandable to not be able to keep track of every holiday there is But The post appeared first on
8 Cara Menghilangkan Sifat Posesif Pada Pasangan

8 Cara Menghilangkan Sifat Posesif Pada Pasangan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 406 hits
Anda pasti sudah sering mendengar kata posesif Namun apakah Anda tahu apa arti dari posesif itu Posesif dalam hubungan adalah sifat yang mengendalikan atau mendominasi seseorang atau pasangan JIka pasangan Anda memiliki sifat ini maka dia a...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu