Elak Budaya Batu Api




KEMAMPUAN dan cara persembahan seseorang penyanyi ketika beraksi di atas pentas sememangnya berbeza kerana masing-masing ada cara tersendiri untuk menghiburkan peminat

Bagaimanapun, sikap membandingkan artis kegemaran dengan penyanyi lain tidak patut diamalkan, sebaliknya peminat perlu bersikap terbuka dan saling menyokong

Bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, setiap penyanyi mempunyai gaya persembahan tersendiri

“Kalau boleh janganlah banding-bandingkan persembahan artis sedia ada. Jika anda pergi ke konsert artis yang berbeza, sudah tentu pengalaman hiburannya berbeza.“Saya berharap peminat tidak emosi. Kalau artis boleh bersahabat sesama artis. Kenapa peminat tidak boleh berbuat perkara sama?“Budaya batu api tidak patut diamalkan kerana setiap penyanyi itu ada keistimewaan tersendiri,” katanya.Penyanyi lagu Anta Permana itu mengulas mengenai perdebatan netizen di laman sosial yang mengatakan gaya interaksi Dayang Nurfaizah menerusi Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini sebagai lebih baik daripada gaya komunikasi Siti pada konsert jelajahnya, Siti On Tour lalu

Menurut Siti, lokasi penganjuran konsert juga memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya komunikasi seseorang penyanyi ketika mengadakan konsert
“Suasana dewan atau lokasi juga memainkan peranan. Berinteraksi dengan 15,000 penonton di lokasi yang besar juga jauh berbeza jika dibandingkan dengan jumlah penonton dalam dewan yang kecil.“Rasanya, tiada pertikaian di situ kerana setiap penyanyi mempunyai cara yang berbeza. Saya harap peminat ikutlah cara artis kesayangan mereka yang bersahabat dengan artis lain. Usah ada perangai suka membuat perbandingan,” katanya.
Sementara itu, bercerita mengenai insiden dia terjatuh ketika menyertai aktiviti berbasikal di Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) baru-baru ini, Siti berkata, dia akan lebih berhati-hati selepas ini, namun tidak serik untuk berbasikal
“Walaupun terjatuh dan luka sikit di lutut kiri, saya tak sangka berjaya menamatkan kayuhan sejauh 78 kilometer itu. Lagipun, luka yang dialami tidaklah serius. Saya akui setiap sukan ada risiko dan tahap bahayanya.“Selepas insiden itu saya kini perlu lebih berhati-hati dan beringat terutama ketika mengayuh di selekoh atau menuruni bukit,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan konsert mini pada 14 September ini

Konsert mini Shopee X SimplySiti ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu hit paling diminati

Bagaimanapun, lokasi konsert berkenaan masih dalam perbincangan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaviralnet.blogspot.com/2019/08/elak-budaya-batu-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Konflik Artis Mecca Girl Bbc Batu Api

Gempar Konflik Artis Mecca Girl Bbc Batu Api

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 243 hits
HALAMAN HIBURANPenyanyi Mecca Girl diburuRIYADH Seorang penyanyi di Arab Saudi dikenali sebagai Asayel Slay kini dalam radar pihak berkuasa negara itu berikutan video muziknya berjudul Mecca Girl yang mencetuskan kontroversi Memetik laporan...
7 Tips Keluarkan Batu Karang

7 Tips Keluarkan Batu Karang

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1578 hits
Saya pernah menghidap penyakit Batu Karang 4 tahun lepas Pengalaman sakitnya tidak terkata kerana sakitnya di perut dan pinggang Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa sakitnya Pertama sekali apakah yang dimaksudkan d...
Case Of Man Found Dead Inside Drain In Batu Kawa Classified As Sudden Death

Case Of Man Found Dead Inside Drain In Batu Kawa Classified As Sudden Death

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 213 hits
The deceased 8217 s covered body while awaiting to be transported to the morgue this morning KUCHING Police have classified the case of a 52 year old man who was found dead inside a drain at Kampung Sinar Budi Baru in Batu Kawa here around ...
Perantara Suap Bupati Labuhan Batu Dituntut 7 Tahun Penjara

Perantara Suap Bupati Labuhan Batu Dituntut 7 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 176 hits
Seusai pembacaan tuntutan majelis hakim menunda persidangan hingga 5 Maret 2020 Sidang selanjutnya beragendakan pembelaan atau pleidoi
Immigration Didn T Carry Out Raid On Batu Caves Temple Grounds Says Dg

Immigration Didn T Carry Out Raid On Batu Caves Temple Grounds Says Dg

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 245 hits
Immigration Director General Khairul Dzaimee Daud has denied a report by Tamil daily Malaysian Nanban alleging that a raid was carried out on the grounds of the Sri Subramaniar Temple in Batu Caves Selangor The enforcement operation carried...
Halang Tugas Imigresen Di Batu Caves 2 Ditahan

Halang Tugas Imigresen Di Batu Caves 2 Ditahan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 250 hits
Jumaat lepas tular di media sosial kira kira 50 anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dihalau keluar sekumpulan individu dari kawasan peniaga haram dipercayai dikendalikan warga asing di Batu Caves KUALA LUMPUR Dua lelaki tempatan ditaha...
Insiden Halang Tugas Di Batu Caves Imigresen Buat Laporan Polis

Insiden Halang Tugas Di Batu Caves Imigresen Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 380 hits
February 15 2020 6 31 PMSemalam tular di media sosial insiden kira kira 50 anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dihalau keluar dari kawasan peniaga haram dari India dan Pakistan oleh ahli jawatankuasa kuil Batu Caves KUALA LUMPUR Jabata...
Imigresen Lapor Polis Penguatkuasa Dihalau Di Batu Caves

Imigresen Lapor Polis Penguatkuasa Dihalau Di Batu Caves

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 519 hits
Jabatan Imigresen akan membuat laporan polis berhubung anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dipercayai dihalau daripada melakukan tugas operasi di kawasan peniaga haram di Batu Caves di Kuala Lumpur baru baru ini Ketua Pengarah Imigrese...
Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves

Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen akan membuat laporan polis berhubung anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dipercayai dihalau daripada melakukan tugas operasi di kawasan peniaga haram di Batu Caves di sini baru baru ini Ketua Pengarah Imi...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses