Ekyc Touch N Go Cara Pengesahan Akaun Sebelum 20 Dis 2024


Bermula 20 Disember 2024, setiap pengguna TNG eWallet diwajibkan untuk melakukan proses pengesahahan eKYC Touch n Go.
Langkah ini diambil untuk meningkatkan keselamatan pengguna dan memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan
Justeru, artikel ini akan menerangkan kepada anda langkah demi langkah untuk membuat pengesahan eKYC Touch n Go, kelebihannya, dan menjawab soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh pengguna.
Baca juga:
Diskaun Saman PDRM 60% Terkini (22-24 November 2024) SPGA: Sistem Semakan Potongan Gaji Angkasa Online (eSPGA) STR Bujang: Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024 & 2025 Apa itu eKYC Touch n Go ? eKYC Touch n Go (“Know Your Customer” elektronik) adalah proses pengesahan identiti secara elektronik yang dilaksanakan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Proses eKYC memerlukan anda memberikan maklumat seperti nama penuh, nombor ID, alamat, tarikh lahir, kewarganegaraan, jenis pekerjaan, nama majikan atau jenis perniagaan, nombor untuk dihubungi, dan tujuan transaksi.
Bila Pengesahan eKYC Touch n Go Bermula? Pengesahan akaun eKYC ini berkuat kuasa bermula 20 Disember 2024. Justeru itu, setiap pengguna TNG eWallet diwajibkan untuk melengkapkan proses eKYC ini dengan segera.
Pengesahan akaun anda juga merupakan keperluan pengawalseliaan selaras dengan garis panduan Bank Negara Malaysia mengenai Anti Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT).
Kelebihan eKYC Touch n Go Dengan melengkapkan eKYC, anda dapat:
1. Meningkatkan Keselamatan Pengguna
eKYC membantu mengesahkan identiti pengguna secara digital, mengurangkan risiko penipuan dan akses tanpa kebenaran. 2. Mematuhi Peraturan dan Pengurusan Risiko
Pelaksanaan eKYC menunjukkan komitmen Touch ‘n Go eWallet terhadap pematuhan peraturan dan pengurusan risiko yang kukuh.
3. Mengakses Ciri Eksklusif
Pengguna yang telah melengkapkan eKYC akan mendapat akses kepada ciri tambahan seperti had baki eWallet yang lebih tinggi dan fungsi pemindahan wang.
Kesan Jika Tidak Melengkapkan eKYC 1. Sekatan Akses
Pengguna yang tidak melengkapkan eKYC akan menghadapi sekatan akses secara berperingkat dan akhirnya kehilangan akses sepenuhnya kepada eWallet mereka. 2. Had Baki Rendah
Pengguna tanpa eKYC hanya boleh menyimpan baki eWallet yang rendah dan terhad kepada ciri asas seperti pembayaran dan tol.
Maklumat Yang Diperlukan Semasa proses Pengesahan Akaun (eKYC), anda perlu memberikan dan mengisi maklumat peribadi seperti yang berikut:
Nama penuh Nombor ID Alamat Tarikh Lahir Kewargenegaraan Jenis pekerjaan Nama majikan atau jenis perniagaan Nombor untuk dihubungi Tujuan transaksi Selain itu, anda juga mungkin diperlukan untuk memberi maklumat tambahan seperti sumber dana dan sumber kekayaan seiring dengan profil risiko pengguna.
Cara Pengesahan eKYC Touch n Go Pengguna boleh membuat pengesahan akaun eWallet dengan menekan pada ‘Account Verification’ di halaman profil aplikasi.
Untuk warganegara Malaysia, anda boleh mengemukakan sama ada MyKad atau MyTentera untuk eKYC. Untuk penduduk tetap Malaysia dan warganera lain, sila kemukakan pasport anda. Selain itu, kami juga akan mengesahkan anda melalui gambar swafoto. TNGD memerlukan bukti identiti sebagai sebahagian dari keperluan Pengesahan Akaun (eKYC) untuk mengesahkan identiti pengguna kami. Ini juga menghindari dari risiko kecurian identiti.
Pergi ke ikon “Profile” di muka hadapan aplikasi (Penjuru kanan) Klik pada “Belum Disahkan” Klik “Verify Account”  Pilih jenis ID anda Ambil gambar depan ID  Ambil swafoto anda  Sahkan butiran akaun anda : Nama, Nombor ID, Tarikh Lahir  Pengesahan akaun anda akan berlaku serta merta atau sehingga 3 hari bekerja 

Anda juga boleh menonton panduan video tentang Cara Pengesahan eKYC Touch n Go berikut:
Tempoh Pengesahan Akaun Proses pengesahan akaun (eKYC) secara umumnya adalah segera, kecuali dalam beberapa situasi di mana kami memerlukan lebih masa untuk memproses permohonan.
Walau bagaimanapun, ia tidak akan mengambil masa lebih daripada 3 hari bekerja. 
Mengapa Permohonan eKYC Touch n Go Ditolak? Sekiranya permohonan eKYC Touch n Go ditolak, anda masih boleh membuat permohonan semula.
Dalam masa yang sama, anda boleh semak syarat-syarat di bawah sebelum membuat permohonan semula:
Hanya gunakan MyKad atau MyTentera Umur minimum 12 tahun Hanya ambil gambar bahagian depan kad pengenalan anda Pastikan tiada silau ketika mengambil gambar Pastikan anda mengambil gambar di dalam bilik yang terang untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik Jangan tutup kad pengenalan anda dengan jari ketika mengambil gambar, kerana ia boleh menjejaskan ketetapan Optical Character Recognition (OCR). Soalan Lazim eKYC Touch n Go 1. Adakah Pengesahan Akaun (eKYC) ini wajib untuk saya?
Ya, berkuat kuasa pada 20 Disember 2024, Pengesahan Akaun adalah wajib untuk semua pengguna TNG eWallet. 
2. Mengapa saya mendapat ID tidak betul / ID tidak jelas semasa membuat eKYC?
Sila pastikan anda menggunakan dokumen ID yang betul semasa membuat Pengesahan Akaun (eKYC).
Untuk warganegara Malaysia
Jangan menutup ID anda dengan jari sewaktu mengambil gambar kerana ia akan memberi kesan kepada ketepatan OCR Sila pastikan anda mengemukakan MyKad atau MyTentera untuk warga Malaysia  Hanya tangkap kad ID bahagian depan sahaja Pastikan tiada silau sewaktu mengambil gambar Pastikan gambar diambil dalam suasana terang untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik. Untuk Penduduk Tetap Malaysia dan Warganegara lain:
Jangan menutup ID anda dengan jari sewaktu mengambil gambar kerana ia akan memberi kesan kepada ketepatan OCR Sila kemukakan pasport sahaja Sila tangkap keseluruhan pasport anda, di mana menunjukkan maklumat peribadi anda dan juga tandatangan Pastikan tiada silau semasa mengambil gambar 3. Mengapakah nama atau nombor ID saya salah?
Sewaktu proses Pengesahan Akaun (eKYC), iaitu selepas anda menangkap gambar swafoto, anda akan diberi peluang untuk mengesahkan Nama, ID, Tarikh lahir dan Alamat.
Sila sahkan butiran yang dipaparkan dengan teliti sebelum menghantar permohonan eKYC anda.
Setelah permohonan anda diluluskan, anda tidak boleh lagi menghantar semula dan/atau membuat perubahan pada maklumat peribadi anda lagi.
4. Bagaimana jika saya tidak dapat mencari pilihan industri yang sepadan dengan pekerjaan semasa saya semasa melengkapkan proses eKYC?
Jika anda tidak menemui padanan tepat untuk pekerjaan semasa anda, kami mencadangkan anda memilih industri yang paling hampir dengannya. Sekiranya anda seorang suri rumah, pelajar, pesara, atau tidak bekerja, pilihlah industri penjaga atau pekerjaan sebelumnya.
Contohnya:
Seorang pelajar boleh memilih industri ibu bapa atau penjaga mereka. Seorang suri rumah boleh memilih industri pasangan mereka. Jika anda tidak bekerja atau sudah bersara, anda boleh memilih industri terdahulu anda atau penjaga anda. 5. Apakah Pengesahan Akaun Dipertingkatkan (Enhanced eKYC)?
Mengikut penilaian profil risiko untuk Pelanggan, Pengesahan Akaun Dipertingkatkan adalah tambahan maklumat/dokumen yang dikumpulkan bagi Pelanggan yang tidak memenuhi keperluan dalaman/perundangan. Ia bertujuan memberikan kefahaman lebih mendalam berkaitan aktiviti Pelanggan untuk mengurangkan risiko, jika ada.
Pengguna diperlukan untuk melengkapkan borang ‘Enhanced eKYC Account Verification Declaration’ untuk membantu proses kajian menyeluruh kami yang selari dengan keperluan perundangan BNM.
Kesemua maklumat dan dokumen yang diperlukan dalam ‘Enhanced eKYC’ adalah wajib.
TNGD mempunyai hak untuk menolak pembukaan akaun (untuk pengguna berpotensi) atau menyekat akaun (pengguna sedia ada), jika kajian menyeluruh tidak dapat diselesaikan atau sewaktu siasatan dalaman terhadap pengesahan akaun anda.
Maklumat Lanjut Untuk mendapatkan informasi lanjut berkenaan eKYC Touch n Go, anda boleh semak pada pautan berikut:
Facebook : https://www.facebook.com/touchngoewallet/ Instagram : https://www.instagram.com/touchngoewallet/ TikTok : https://www.tiktok.com/@touchngoewallet? Atau, kemukan aduan di alamat berikut:
Touch ‘n Go Sdn Bhd Level 5, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-2714 8888 (Isnin – Jumaat 8.00am – 8.00pm) +603-5022 3888(Isnin – Ahad 7.00am – 10.00pm)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ekyc-touch-n-go/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ekyc-touch-n-go

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Kurangkan Berat Badan Sebelum Tahun Baru 2025

Cara Kurangkan Berat Badan Sebelum Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 325 hits
Menjelang tahun baru ramai yang ingin tampil lebih sihat dan bertenaga Jika korang berazam untuk kurus mulakan sekarang cara kurangkan berat badan ini untuk hasil yang lebih konsisten dan selamat Kurus Sebelum Tahun Baru1 Tetapkan Matlamat ...
10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 228 hits
PendahuluanDalam tahun 2024 menjana pendapatan melalui media sosial semakin mudah dengan pelbagai kaedah yang tersedia Artikel ini menyenaraikan 10 cara berkesan yang boleh anda cuba untuk mendapatkan pendapatan dari media sosial 1 Menjadi ...
Zii Jia Layak Ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Bwf 2024

Zii Jia Layak Ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Bwf 2024

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 155 hits
PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia di Hangzhou China bulan depan Perkembangan itu disahkan BWF dalam satu hantaran di media sosialny...
Kamil San Zon Rawang 2024 Pengalaman Pertama Thaqif Bertanding Menulis Khat

Kamil San Zon Rawang 2024 Pengalaman Pertama Thaqif Bertanding Menulis Khat

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum Saja nak share pengalaman kami tempoh hari berkampung kat nbsp SRA Bandar Country Homes sempena nbsp KAMIL SAN Zon Rawang 2024 Bagi yang tak tahu apa itu KAMIL KAMIL adalah nbsp Kursus Agama Masyarakat Islam Luar Sekolah man...
Aktiviti Ppim Lantik Ybhg Dato Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin Sebagai Penasihat Ppim Ppim 20 11 2024

Aktiviti Ppim Lantik Ybhg Dato Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin Sebagai Penasihat Ppim Ppim 20 11 2024

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 251 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menyerahkan sijil pelantikan kepada YBhg Dato Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Penasihat PPIM dalam satu majlis simbolik YBhg Dato Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin turut berkongsi ...
Children S Day Festival 2024 At Royale Chulan Seremban

Children S Day Festival 2024 At Royale Chulan Seremban

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 277 hits
Hi Everyone Children s Day falls on month of November of every year Aligned with this Royale Chulan Seremban Hotel will be organizing an exciting 2 day event to cater exciting activities and contests dedicated for all children Starts from S...
Dato Dr Nazri Khan Catat Sejarah Dalam World Cup Trading Championship 2024

Dato Dr Nazri Khan Catat Sejarah Dalam World Cup Trading Championship 2024

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 203 hits
Dato Dr Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK Pengurus Dana Bertauliah yang Berlesen Malaysia telah mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama yang dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024 dipentas berprestij World Cup Trading C...
Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Presiden Angkasa Ppim 21 11 2024

Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Presiden Angkasa Ppim 21 11 2024

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 218 hits
Sekitar perjumpaan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah di ANGKASA Petaling Jaya Selangor
Ramalan Untuk Gbp Usd Pada 20 November 2024

Ramalan Untuk Gbp Usd Pada 20 November 2024

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 243 hits
Pada carta sejam pasangan GBP USD melantun dari zon sokongan 1 2611 1 2620 pada hari Selasa dan naik kepada paras 1 2709 Lantunan seterusnya dari 1 2709 memihak kepada dolarAS menolak pasangan tersebut ke bawah menuju zon 1 2611 1 2620 Ini ...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal