Eksplorasi Gua Kelam 2 Perlis


AHAD | 30.01.2022
Aktiviti pertama saya dan encik suami di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam - eksplorasi ke Gua Kelam 2. Untuk masuk ke Gua Kelam 2 ni kita wajib mendapatkan khidmat juru pandu arah dengan bayaran sebanyak RM80 untuk kumpulan maksima 10 orang. Boleh terus datang sebelah pagi atau sebaiknya buat tempahan slot lebih awal dengan menghubungi pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perlis atau terus hubungi Pengawas Hutan Gua Kelam - 013 332 4224 (En. Muhamad Saili)

Kumpulan kami? Cuma berdua. Pejam mata jelah masa bayar ya. Encik suami kata takpelah, kita sokong industri eko pelancongan Perlis. Jadinya kalau ada yang nak ke sini, cukupkanlah 10 orang ya. Lebih jimat…hehe

[Pengenalan] Gua Kelam 2 merupakan salah satu daripada gua-gua di Hutan Simpan Wang Mu. Ia terletak di Banjaran Nakawan yang merupakan banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia dan merentasi sehingga ke Thailand. Suatu masa dahulu, aktiviti perlombongan bijih timah giat dijalankan di dalam gua ini. Pengunjung akan dapat melihat kesan tinggalan aktivit perlombongan tersebut di dalam gua selain menyaksikan keunikan dan keindahan gua batu kapur. 
Ok, jom kita masuk ke Gua Kelam 2…
Untuk ke Gua Kelam 2, masuk ikut bangunan ni

Sebelah kiri itulah laluan ke pintu masuk Gua Kelam 2. Sebelum tu, kita perlu pakai topi keselamatan

Pintu masuk Gua Kelam 2 terletak di aras tinggi. Kita perlu melalui jambatan besi ini untuk ke pintu gua

Sebelum masuk gua, jom kita baca peta Gua Kelam 2 ni. Jarak keseluruhan gua adalah sepanjang 3,389.6 meter, tetapi buat masa sekarang pakej yang ada hanya dibuka untuk laluan sepanjang sekitar 1,011.4 meter sahaja. Untuk sekitar 400 m pertama, kita akan melalui laluan rata

Di sinilah pintu masuk ke Gua Kelam 2. Ada pagar berkunci untuk mengelakkan pencerobohan. Nampak laluan bersimen dan ada semacam besi rel tu? Rupa-rupanya semasa di awal pembukaan Gua Kelam 2, pengunjung akan di bawa masuk ke sini menggunakan trem. Tetapi atas sebab keselamatan, perkhidmatan tersebut ditamatkan pada tahun 2013 setelah 3 tahun beroperasi

Bumbung gua yang rendah, sebab tu kita kena pakai topi keselematan. Menurut juru pandu kami, sebelum ini bumbung gua ni lebih rendah (sesuai untuk pengunjung naik trem). Selepas tiada servis trem, bumbung gua di tinggikan lagi sesuai untuk pengunjung berjalan. Saya yang berketinggian 160 cm pun dah terasa risau kot kepala terkena bumbung gua, kalau yang jauh lebih tinggi nampaknya kenalah jalan sambil menunduk kepala atau membongkok badan sedikit. Penat juga tu 😅
Kami tiba di ruang utama gua, di mana terdapatnya Kolam Biru (The Blue Pool). Airnya jernih dan berwarna biru kehijauan. Air di sini merupakan air beralkali dengan tahap pH 8.5. Menurut juru pandu kami, walau pun air di sini nampak cetek tetapi sebenarnya agak dalam juga kerana paras selut yang tinggi

Tamat sudah perjalanan yang agak santai, selepas ini kita akan berjalan di permukaan yang tidak rata dan mendaki anak-anak tangga. Udara juga terasa berbeza, panas. Paras oksigen juga terasa semakin rendah kerana tiada celah udara masuk

Biasanya kita masuk gua cuma tau stalaktit dan stalagmit, kali ni saya belajar satu lagi formasi gua yang dipanggil sebagai Tirai Gua (Cave Curtains). Ia terbentuk apabila air yang mengandungi mineral yang turun dari siling atau dinding gua pada laluan yang sama, hasilnya struktur ini kelihatan seperti lembaran nipis yang tergantung

Antara tinggalan aktiviti perlombongan yang dapat kita saksikan. Sebelah kiri tu adalah tempat cuci bijih timah

Tin susu yang dipercayai tinggalan para pelombong

Tumbuhan yang terdapat di dalam gua ini - Kulat Bulu Arnab. Tapi yang ni dah hampir mati. Yang masih baru dan cantik memutih boleh tengok dalam video di hujung entri ni ya

Kami bergambar berlatarkan formasi Tirai Gua yang cantik

Ini pula merupakan stalaktit yang telah dipotong oleh penceroboh gua untuk mendapatkan bahagian batu bernilai tinggi yang dikenali sebagai batu kristal atau batu bunga. Kami dapat melihat dengan jelas kesan pemotongan tersebut di beberapa tempat lain lagi. Akibatnya, batu ini ‘mati’ dan kita tak dapat lagi melihat keindahan batu yang bersinar bagai kristal di dalam gua ini

Kami di bawa naik ke tempat yang tinggi di dalam gua, dipercayai tempat rehat para pelombong suatu masa dulu. Dari kedudukan ini, kami dapat menyaksikan ruangan gua dengan pandangan yang lebih luas. Nampak kayu tu? Terdapat banyak kayu-kayu seumpamanya di siling gua yang dipercayai digunakan sebagai titi/jambatan semasa aktiviti perlombongan

Antara penghuni di Gua Kelam 2 - Katak Gergasi. Mujur juru pandu dah bagitau kami, ada katak besar di sini. Kalau tak, mau terkejut saya. Katanya ada dua ekor, tapi nampaknya kami cuma jumpa seekor saja. Juru pandu kata boleh ambil gambar dekat-dekat dengan katak ni, tapi saya tak berani la pulak. Haha. Selain katak, sepatutnya ada kelawar. Tapi akhir-akhir ini kelawar dah tak kelihatan lagi di sini. 
Alhamdulillah, dah sampai di pintu keluar Gua Kelam 2. Terasa sekejap dan tak puas pulak. Yelah, cuma sekitar 1 km je jaraknya dan tempoh masa eksplorasi cuma sekitar 40 minit

Apa pun, ini merupakan satu pengalaman yang menarik kerana setiap gua ada keunikan tersendiri. Ini merupakan pengalaman pertama saya memasuki gua ada pintu masuk dan pintu keluar berbeza, biasanya kita perlu berpatah balik di laluan yang sama untuk keluar dari gua. Sebab tu jugak masa eksplorasi jadi lebih singkat

Gua Kelam 2 juga merupakan gua tanpa lubang/celah angin, menjadikan udara di bahagian tengah gua lebih panas dan paras oksigen terasa semakin rendah. Manakala di awal dan hujung gua terasa sejuk berangin

Pengalaman Bergelap di Dalam GuaDisebabkan tiada lubang/celah, gua ini juga sebenarnya sangat gelap tanpa kemasukan sebarang cahaya. Tapi jangan takut gelap, sebab gua ini dilengkapi lampu di beberapa tempat. Satu lagi pengalaman menarik, kami diberi peluang merasai kegelapan di dalam gua ini seperti mana yang dilalui oleh para pelombong dahulu (mereka cuma menggunakan lampu kabait sebagai sumber cahaya). Juru pandu mematikan suis utama elektrik dan kami matikan lampu suluh. Suasana berubah menjadi gelap gelita! Tiada apa yang dapat saya lihat dalam kegelapan. Suasana sunyi, saya hanya mendengar bunyi titisan air yang berjatuhan di dalam gua. Awalnya mungkin sedikit seram, tapi kemudiannya saya rasa satu ketenangan kerana pendengaran fokus pada bunyi titisan air

Dan…eh, sempat pulak saya berimaginasi babak dalam novel Pergi yang baru saya baca - watak Diego tinggal bertahun dalam gua gelap bersama kelawar untuk latihan keupayaan bertarung di dalam gelap. Begini agaknya, apabila deria penglihatan tertutup maka deria pendengaran kita akan menjadi lebih fokus

Video berdurasi 1:20 minit sekitar eksplorasi di Gua Kelam 2. Ringkas je, sekadar perkongsian buat yang tak berkesempatan ke sini dan buat kenangan saya sendiri tentang bagaimana rupa di dalam Gua Kelam 2

Tamat eksplorasi di Gua Kelam 2, juru pandu membawa kami melihat-lihat Tapak Perkhemahan Hujan-Hujan dan seterusnya ke Gua Kelam 1 (biasa disebut sebagai Gua Kelam). Kiranya, kalau ke Gua Kelam 2 kita memang perlu masuk laluan Gua Kelam 1 untuk kembali ke kawasan parkir

Bersambung cerita di entri seterusnya, InsyaAllah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/02/eksplorasi-gua-kelam-2-perlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gua Kelam 1 Perlis

Gua Kelam 1 Perlis

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 274 hits
Sambung kisah di Perlis Lebih tepat di Dari kita perlu melalui Gua Kelam 1 untuk kembali ke bahagian hadapan Untuk masuk ke Gua Kelam 1 tiada bayaran tambahan dikenakan Kiranya dengan bayaran masuk sebanyak RM2 ke pusat eko pelancongan ini ...
Jom Ke Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam Perlis

Jom Ke Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam Perlis

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 398 hits
AHAD 30 01 2022Sebelum ini saya dan encik suami cuma sempat ke dan Eksplorasi di negeri Perlis kami teruskan lagi kali ini kami ke Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam Perjalanan bermula dari rumah PP selepas solat Subuh Panorama yang dapat dili...
Seketika Di Tapak Perkhemahan Hujan Hujan Gua Kelam Perlis

Seketika Di Tapak Perkhemahan Hujan Hujan Gua Kelam Perlis

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 417 hits
Keluar dari saya bertanya kepada juru pandu berkenaan lokasi Tapak Perkhemahan Hujan Hujan Terus juru pandu bawa kami ke lokasi tapak perkhemahan tersebut yang terletak tak begitu jauh dari pintu gua Tapak Perkhemahan Hujan Hujan di bawah s...
Dinner Di Liza Mat Ikan Bakar Kuala Perlis

Dinner Di Liza Mat Ikan Bakar Kuala Perlis

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 223 hits
Tak sangka rupanya banyak post travel mama sangkut dalam draft Takpelah mama buat slow slow ye Selepas bercerita tentang homestay dan taman ular kali ni mama nak cerita yang mama ada pergi Dinner di Liza Mat Ikan Bakar Kuala Perlis Pada mul...
Pergi Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis

Pergi Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 203 hits
Semasa ambil anak mama dari Kedah bulan Disember lepas mama sempat Pergi Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis Alang alang dah pertama kali sampai ke Perlis ni maka singgahlah mana mana tempat menarik yang sempat kan Antara tarikan kat Perl...
Car With 350kg Ketum Leaves Crashes Into Tree In Perlis

Car With 350kg Ketum Leaves Crashes Into Tree In Perlis

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 197 hits
File photo of a ketum leaf 8211 Bernama Photo ALOR SETAR Police detained a man and seized 350 kilogrammes of ketum leaves after his car skidded and crashed into a tree in Kampung Kubang Tiga Chuping Perlis early this morning Kubang P
Mufti Pengislaman Anak Loh Sah Di Sisi Undang Undang Perlis

Mufti Pengislaman Anak Loh Sah Di Sisi Undang Undang Perlis

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 209 hits
Yasmin Abdul LatifPETALING JAYA Pengislaman tiga anak ibu tunggal Loh Siew Hong sah bawah undang undang negeri Perlis dan ia tidak boleh dipertikaikan kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin Asri berkata bawah Enakmen Islam Perlis sama ad...
Pahang Dan Perlis Sudah Meletup Letupkah Pembangunan Nya

Pahang Dan Perlis Sudah Meletup Letupkah Pembangunan Nya

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 222 hits
Kehadiran Najib ke Istana Johor dengan membawa keluar cerita Johor akan membangun pesat jika umno diberi peluang sangat lucu dan aneh Apakah erti pembangunan kepada mereka Projek Bawa masuk pelabur tanpa syarat Berjuta peluang pekerjaan Ata...
Kenyataan Mufti Perlis Rapuh Kata Hanipa Berkait Pengislaman 3 Anak Loh

Kenyataan Mufti Perlis Rapuh Kata Hanipa Berkait Pengislaman 3 Anak Loh

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 158 hits
Melihat daripada perspektif perundangan Mahkamah Persekutuan memutuskan pertukaran agama secara sebelah pihak bagi anak di bawah umur adalah tidak sah menurut Mohamed Hanipa Maidin PETALING JAYA Kenyataan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidi...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024