Eksklusif Pak Wan Dedah Faktor Sebenar Muhyiddin Letak Jawatan


Mohd Redzuan atau Pak Wan yang juga MPT Bersatu.


SHAH ALAM - Seorang menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendedahkan faktor sebenar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan hasrat meletak jawatan selain mendapati beliau jelas kehilangan majoriti sokongan ahli Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, Muhyiddin sudah berusaha sedaya-upaya termasuk menghulur cadangan supaya kerajaan PN kekal semata-mata demi menguruskan krisis Covid-19 dan ekonomi.

Justeru, beliau mendedahkan sememangnya berlaku perbincangan awal antara Muhyiddin dengan beberapa wakil parti pembangkang bagi tujuan kerjasama bipartisan itu kerana beliau tidak mahu lari daripada tanggungjawab demi kepentingan rakyat.

"Bagaimanapun, hasil persefahaman yang dicapai bersama-sama wakil-wakil pembangkang itu kemudian Muhyiddin umumkan tawaran kerjasama rentas parti secara terbuka, tetapi akhirnya ditolak pula secara rasmi oleh parti-parti mereka," katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Perkara itu didedahkan Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) ketika menyampaikan Perutusan Khas di Bangunan Perdana Putra Jumaat lalu. - Foto Bernama Jelas beliau, hasil persefahaman awal daripada perbincangan berkenaan, cadangan kerjasama bipartisan yang membolehkan kerajaan PN memiliki sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen selain program bantuan rakyat menerusi peruntukan disalurkan terus kepada setiap ahli Parlimen pembangkang, dikemukakan.

"Perkara berkaitan tawaran mega Muhyiddin sebenarnya sudah dibincangkan dengan beberapa wakil parti pembangkang yang pada mulanya memohon macam-macam konsesi.

"Antara konsesi dicadangkan wakil parti pembangkang termasuklah tuntutan secara berasingan puak 'kluster mahkamah' untuk dilepaskan kes mahkamah ahli-ahli Parlimen mereka.

"Namun Perdana Menteri akhirnya cuma mempertimbangkan tujuh perkara untuk dijadikan asas tawaran sebagai usaha terakhir untuk melestarikan pengurusan krisis sedang dihadapi," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu pengumuman khas pada Jumaat menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

Bagaimanapun, tawaran Perdana Menteri itu ditolak majoriti ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta ahli Parlimen UMNO yang sebelum ini menarik sokongan kepada beliau.

Sehingga kini, jumlah ahli Parlimen UMNO yang difahamkan sudah menarik sokongan terhadap Muhyiddin adalah seramai 15 orang diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menjelaskan Muhyiddin tidak lagi yakin dengan pendirian wakil parti-parti pembangkang walaupun telah membuat perbincangan bersama.

"Atas sebab kegagalan wakil parti pembangkang untuk menterjemahkan persefahaman awal kepada sokongan sebenar oleh sebahagian ahli Parlimen mereka, maka Muhyiddin tidak lagi percaya pendirian pemimpin-pemimpin ini yang dianggapnya 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.

"Jadi pertimbangan keputusan meletak jawatan Perdana Menteri adalah perkara terbaik kerana Tan Sri (Muhyiddin) merasakan apabila sudah hilang sokongan majoriti, maka beliau perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan meletak jawatan," katanya lagi.

Jelas Ahli Parlimen Alor Gajah itu, dalam sesi perbincangan dalaman termasuk ketua-ketua parti komponen PN pada Rabu lalu, Muhyiddin sudah mengemukakan tiga solusi penyelesaian isu keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri kepada mereka.

"Tan Sri sudah tunjukkan tiga opsyen solusi bagi menyelesaikan krisis politik ketika ini iaitu yang pertama mengusulkan undi percaya kepimpinan beliau di Dewan Rakyat, kedua mencadangkan pembubaran Parlimen dan ketiga mengusulkan beliau meletak jawatan.

"Jadi opsyen pertama telah dibincangkan bersama wakil pembangkang kerana pada saat krisis Covid-19 semakin memuncak selain tiada siapa yang mahukan Parlimen dibubar," katanya.

Menurut Mohd Redzuan, kesanggupan Muhyiddin menawarkan kerjasama bipartisan dengan pihak pembangkang demi mengekalkan kerajaan peka krisis Covid-19 ketika ini, membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu seorang negarawan yang berjiwa besar.

Menyifatkan Perdana Menteri itu bukan seorang gila kuasa, Mohd Redzuan sebaliknya berpandangan Muhyiddin merupakan seorang individu berprinsip yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan PN yang peka krisis Covid-19 semata-mata demi membantu negara.

"Setelah tawaran kerjasama bipartisan tidak diterima, Muhyiddin dengan 'gentleman' bersedia meletak jawatan pada saat beliau boleh sahaja untuk terus kekal berkuasa selagi pembangkang tiada sokongan majoriti.

"Beliau merupakan pemimpin berprinsip, malangnya ramai orang tidak nampak kualiti itu dalam dirinya," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/eksklusif-pak-wan-dedah-faktor-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Jawatan Muhyiddin Selesai Menghadap Agong Di Istana Negara

Letak Jawatan Muhyiddin Selesai Menghadap Agong Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 169 hits
stro AWANITan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap YDP Agong selepas selesai mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Info TerkiniOgos 16 2021Terkini01 07PMMuhyiddin sempat lambai ke arah media01 02PMMuhyiddin selesai me...
Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Dah Letak Jawatan

Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Dah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 203 hits
August 2 2021 Seorang pemimpin Umno harini memuat naik satu hantaran di laman sosialnya di facebook mengenai status terkini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Dalam status tersebut Rafi Awang Kechik yang juga antara blogger terkenal Umno menu...
Hiburan Menangis Hiba Di Ig Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

Hiburan Menangis Hiba Di Ig Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 333 hits
Penyanyi dan juga usahawan Mila Jirin meluahkan rasa sedih mendengarkan berita bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan daripada menjadi pucuk pimpinan negara Malaysia ARTIKEL BERKAITAN nAdvertisementPerkara ters...
Berita Muhyiddin Letak Jawatan Palsu

Berita Muhyiddin Letak Jawatan Palsu

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 225 hits
By August 14 2021 MOHD REDZUAN MD YUSOFTiada mesyuarat khas kabinet diadakanBERITA yang mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menandatangani surat peletakan jawatan Perdana Menteri yang tular sejak tengah hari Sabtu juga...
Desas Desus Muhyiddin Letak Jawatan Ahli Parlimen Bersatu Bermesyuarat Di Publika

Desas Desus Muhyiddin Letak Jawatan Ahli Parlimen Bersatu Bermesyuarat Di Publika

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan mereka yang berpihak kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di ibu pejabat Perikatan Nasional di Publika pagi ini Setakat jam 9 15 pagi ini pemimpin Bersatu ya...
Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 440 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid...
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar

Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 207 hits
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Me...
Kegagalan Kerajaan Hingga Muhyiddin Letak Jawatan Wajar Ke Kluster Mahkamah Yg Dipersalahkan

Kegagalan Kerajaan Hingga Muhyiddin Letak Jawatan Wajar Ke Kluster Mahkamah Yg Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 423 hits
Kita hargai Muhyiddin tidak CAMPURTANGAN untuk kes Najib dan Zahid Apakah Muhyiddin langsung tidak CAMPURTANGAN utk kes lain Muhyiddin tidak pernah mengadakan sidang akhbar dua hala mahupun melalui Maya sedangkan era PH Tun saban minggu bua...
Anwar Sambut Baik Muhyiddin Letak Jawatan Ucap Terima Kasih

Anwar Sambut Baik Muhyiddin Letak Jawatan Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 591 hits
Hilmi MalikOgos 16 2021 Anwar berkata keputusan itu akan membuka ruang untuk perubahan terhadap negara ini Gambar failKUALA LUMPUR Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri disambut baik Ketua Pembangkang D...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Agc Rejects Sanusi Bid To Dismiss Sedition Charges

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Apa Itu Berkat

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure

Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia