Ekonomi Makin Lemah Jika Pkp Dilanjutkan Pakar




Tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap perniagaan atau syarikat-syarikat kecil jika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan, malah ia akan melemahkan ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi Prof Barjoyai Bardai, selain hampir semua sektor terjejas, sektor perusahaan kecil juga kini hampir lumpuh akibat krisis Covid-19.
“Sektor (perusahaan) sederhana kecil (PKS), perniagaan sederhana saja yang tinggal, perniagaan kecil juga sudah hampir lumpuh.
“Maknanya ekonomi jadi semakin lemah kalau kita melanjutkan tempoh PKP.
“Kalau tambah dua minggu atau satu bulan lagi, keadaannya tidaklah banyak berubah, semakin teruk maknanya. Cuma usaha untuk memulihkannya nanti akan menjadi semakin susah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Status sama ada PKP dilanjutkan atau ditamatkan akan diketahui pada 10 April ini. PKP fasa kedua sepatutnya berakhir pada 14 April ini.
Hikmah pada yang berani mencuba
Dalam tempoh ini, orang ramai juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan jarak 1 meter apabila keluar rumah.
Oleh itu Barjoyai yang juga pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak berkata, dengan amalan baru ini, negara bakal menyaksikan usahawan kecil sudah mula belajar untuk hidup dalam lingkungan penjarakan sosial dengan memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup melalui atas talian.
“Contohnya petani-petani yang memetik hasil tanaman sudah memikirkan macam mana nak jual terus kepada pengguna melalui online (atas talian), nelayan-nelayan di Kedah misalnya pun sudah belajar bagaimana nak jual secara online.
“Jadi saya rasa kalau ditambah lagi dalam satu bulan, mungkin di akhir tempoh itu kita tengok kebanyakan daripada peniaga-peniaga ini sudah stabil dalam perniagaan online pula.
“Jadi maknanya ini akan menjadi satu hikmah. Tapi ia hanya untuk golongan yang berani dan inovatif sedikit kerana ada juga kumpulan-kumpulan yang masih menunggu mengharapkans sesuatu yang lain akan berlaku,” katanya.
Pada awal fasa kedua PKP, turut dilaporkan kedai dalam talian seperti Lazada juga menawarkan sayur-sayuran yang dipetik dari ladang di Cameron Highlands dengan harga RM29 satu set, dan semua pesanan yang dibuat sebelum 12 tengah hari akan dihantar antara pukul 3.00 petang ke 8.00 malam keesokan harinya.
Tambahnya, selepas tempoh PKP, negara juga akan melihat orang ramai akan mula menjadi selesa membeli barangan keperluan secara atas talian.
Yang hilang kerja akan mula kerja sendiri
Pada masa sama, beliau berkata meskipun kesan PKP ini akan menyaksikan pengangguran sehingga dua juta, tetapi kumpulan tersebut akan mampu berdikari dalam tempoh yang cepat untuk menjana pendapatan mereka.
“Itu akan beri kejutan baru tapi dalam masa yang cepat, kumpulan yang menganggur ni akan adopt (mengambil) satu gaya baru, (di mana) mereka akan mula menjadi usahawan, bekerja sendiri.
“Jadi mereka akan menjadi self-employed (bekerja sendiri) dalam ekonomi dan mereka tidak akan mengharapkan lagi kerja baru,” katanya.
Sebelum ini, kajian dari Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di negara ini akan kehilangan kerja berikutan wabak Covid-19.
Kira-kira 67 peratus daripada jumlah itu membabitkan pekerja tidak mahir dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Sementara itu, Barjoyai berkata bagi syarikat-syarikat dan institusi pengajian juga sudah mula memikirkan cara penjimatan kos dalam menghadapi PKP ini.
Antaranya pekerja tidak perlu hadir ke pejabat setiap hari tetapi hanya ke pejabat untuk urusan yang berkait dengan tugasan mereka (job specification).
“Gajinya mungkin kecil tapi kualiti hidupnya mungkin lebih baik kerana dia hanya bekerja untuk waktu kerja yang tertentu dengan pendapatan yang lebih tinggi secara rate basis, per hour (kadar jam bekerja), misalnya,” katanya.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/09/ekonomi-makin-lemah-jika-pkp-dilanjutkan-pakar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ekonomi-makin-lemah-jika-pkp-dilanjutkan-pakar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Pkp Dilanjutkan Bermula 15 Hingga 28 April

Covid 19 Pkp Dilanjutkan Bermula 15 Hingga 28 April

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 262 hits
Foto Oleh BernamaPUTRAJAYA 10 April Perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak COVID19 Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebe...
Pm Umumkan Pkp Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Putuskan Untuk Terus Berjuang

Pm Umumkan Pkp Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Putuskan Untuk Terus Berjuang

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 210 hits
Baru sahaja sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab persoalan yang bermain difikiran rakyat samaada Perintah Kawalan Pergerakan ini diteruskan atau tidak Dalam pengumuman tadi pihak kerajaan yang menerima nasih...
Pkp Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Hingga 28 April 2020 Pm

Pkp Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Hingga 28 April 2020 Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 303 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan akan disambung lagi dua minggu sehingga 28 April Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas...
Pkp Dilanjutkan 28 April Senarai Sektor Dibenarkan Operasi

Pkp Dilanjutkan 28 April Senarai Sektor Dibenarkan Operasi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 608 hits
Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac 2020 sebagai langkah untuk membendung penularan wabak Covid 19 PKP ini telah dijalankan menerusi dua fasa berlainan di mana fasa kedua PKP akan berakhir pada 14 April 2020...
Pkp Dilanjutkan Dua Minggu Lagi

Pkp Dilanjutkan Dua Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 168 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan akan disambung lagi dua minggu sehingga 28 April Keputusan itu dibuat susulan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung wabak Covid 19 Berdasarkan na...
Pungutan Suara Ramai Rakyat Malaysia Mahu Pkp Dilanjutkan

Pungutan Suara Ramai Rakyat Malaysia Mahu Pkp Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 300 hits
Pungutan suara Ramai Rakyat Malaysia mahu PKP dilanjutkanPasukan keselamatan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi menghalang pergerakan orang ramai tanpa alasan yang munasabah Gambar failPungutan suara Ramai berpendapat temp...
Adn Tanjung Sepat Cadang Pkp Dilanjutkan

Adn Tanjung Sepat Cadang Pkp Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 258 hits
SHAH ALAM 7 APRIL Perintah Kawalan Pergerakan patut dilanjutkan susulan penularan Covid 19 masih berada pada tahap bahaya kata ahli dewan negeri Tanjung Sepat Borhan Aman Shah berkata beliau khuatir jika PKP tamat 14 April ini kemungkinan v...
Tempoh Pkp Dilanjutkan Hingga 14 April 2020

Tempoh Pkp Dilanjutkan Hingga 14 April 2020

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 421 hits
DAY 10 Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berakhir pada 31 Mac 2020 akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 Ini berikutan susulan kes positif COVID 19 masih berlaku kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Keputusan perlanjut...
Peranan Penting Glic Rangka Strategi Ekonomi Semasa Pkp

Peranan Penting Glic Rangka Strategi Ekonomi Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 231 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa persidangan video bersama enam teraju utama GLIC hari ini KUALA LUMPUR Peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan penting dalam membantu kerajaan merangka strategi ekonomi yang komprehensif...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions