Ekonomi Gig Berjaya Harungi Badai Covid 19



KUALA LUMPUR: Bilangan pekerja dalam sektor ekonomi gig meningkat tahun ini terutamanya dalam perkhidmatan e-hailing dan penghantaran susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Cabaran ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini yang disebabkan oleh pandemik itu juga menyaksikan permintaan terhadap pekerjaan e-hailing melonjak tinggi apabila ramai yang kehilangan pekerjaan ekoran pelaksanaan PKP.
Pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sokongan berterusan daripada kerajaan membantu sektor gig yang terjejas akibat COVID-19 menongkah arus kegawatan ekonomi semasa dan bertahan daripada kesan pandemik itu.
Perangkaan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan e-hailing dan penghantaran dijangka lebih tinggi tahun ini apabila sektor perkhidmatan gig menawarkan peluang kepada lebih ramai pekerja yang diberhentikan kerja dan mereka yang gajinya dipotong.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, tahun lepas seramai 466,600 pekerja terlibat dalam sektor gig berbanding 559,900 pada 2018.
E-hailing pulih semula, perkhidmatan penghantaran makanan terus bertahan
Sektor e-hailing mencatatkan penguncupan hasil sebanyak 16 peratus dan 68.8 peratus masing-masing pada suku pertama dan suku kedua berikutan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara bermula 18 Mac hingga 9 Jun.
Bagaimanapun sektor tersebut bangkit kembali dengan mencatatkan pertumbuhan hasil yang kukuh sebanyak 237.8 peratus pada suku ketiga apabila aktiviti ekonomi dibuka semula bermula 10 Jun.
Sementara itu, jumlah syarikat e-hailing yang beroperasi di negara ini turun 25 peratus kepada 33 lesen pada November 2020, daripada 44 lesen yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas.
Grab, yang memiliki kira-kira 100,000 rakan pemandu, menerajui rangkaian tersebut di Malaysia diikuti MyCar (10,000 rakan-pemandu).
Sementara itu, perkhidmatan penghantaran mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 7.3 peratus dan 14.5 peratus masing-masing pada suku pertama dan suku kedua, apabila permintaan melonjak disebabkan pergerakan terhad semasa PKP dan PKPB.
Perkhidmatan penghantaran makanan merekodkan pertumbuhan hasil yang sederhana sebanyak 1.9 peratus pada suku ketiga berikutan pembukaan semula restoran dan kebenaran untuk makan di premis kedai.
Inisiatif untuk tingkatkan ekonomi gig
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun memperuntukkan RM75 juta untuk menggalakkan ekonomi gig dan menyediakan jaringan keselamatan sosial bagi pekerja dalam sektor ekonomi tidak formal.
Daripada jumlah ini, RM50 juta dalam bentuk geran padanan diperuntukkan kepada platform ekonomi gig yang mencarum bagi pekerja gig mereka kepada skim bencana kecederaan pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan skim i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Sementara itu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan diperuntukan dengan baki RM25 juta bagi program Tenaga Kerja Dalam Talian Global untuk menggalakkan pekerjaan sendiri secara bebas.
Menurut MDEC, 28,425 pekerja ekonomi gig telah mendaftar dengan Perkeso sejak 1 Jan, mewakili tujuh peratus daripada 400,000 pekerja yang terlibat dalam ekonomi gig.
Kerajaan juga mengumumkan tambahan RM5.3 bilion bagi lanjutan Program Subsidi Upah. Program ini merangkumi subsidi upah, program meningkatkan kemahiran sedia ada dan mempelajari kemahiran lain, bantuan pengambilan pekerja dan latihan serta perlindungan sosial ekonomi gig.
Cabaran
Jabatan Perangkaan berpandangan bahawa pekerja gig akan terus berdepan cabaran apabila gaji atau pendapatan keuntungan mereka bergantung kepada permintaan dan pelanggan, pekerjaan atau projek, terutamanya semasa pandemik ini meskipun ia menjadi satu daripada alternatif yang semakin popular untuk menjana pendapatan.
Selain itu, kebanyakan pekerja gig tidak mempunyai kontrak pekerjaan standard yang akan memberi kesan kepada kebajikan dan rangkaian perlindungan sosial mereka.
“Dari sudut pendapatan, susulan permintaan yang meningkat dalam aktiviti digital mungkin memberi faedah melalui pendapatan yang meningkat pada ketika krisis.
“Namun, terdapat juga sebahagian lagi dalam golongan ini yang terjejas pendapatannya. Menyedari keadaan ini, kerajaan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membantu meminimumkan kesan serta risiko krisis ekonomi akibat COVID-19 terhadap golongan ini,” kata Jabatan Perangkaan menerusi e-mel kepada Bernama.
Sehubungan itu jabatan tersebut percaya bagi pembangunan petunjuk pekerja gig yang lebih komprehensif, perlu untuk melihat kepada sumber yang lebih meluas selain daripada menggunakan data kaji selidik, antara lainnya, menerusi maklumat rekod pentadbiran daripada pelbagai agensi secara langsung atau tidak langsung yang terlibat dalam ekonomi gig.
Ekonomi gig di Malaysia merangkumi sektor perkhidmatan (pengangkutan, makanan dan minuman, penginapan, borong dan perdagangan runcit, seni dan hiburan, profesional dan maklumat dan komunikasi) sektor pembuatan (mengeluarkan produk makanan dan pakaian dan pencetakan), sektor pembinaan (pembinaan bangunan dan pertukangan khas) dan sektor pertanian.
–BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/12/ekonomi-gig-berjaya-harungi-badai-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Berita Vaksin Covid 19 Boleh Mempengaruhi Ekonomi As

Bagaimana Berita Vaksin Covid 19 Boleh Mempengaruhi Ekonomi As

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 327 hits
Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengatakan berita mengenai keberkesanan vaksin coronavirus adalah positif bagi ekonomi AS dalam jangka masa sederhana Pertumbuhan ekonomi secara langsung bergantung kepada kejayaan memerangi virus T...
Arab Saudi Umum Berjaya Tewaskan Covid 19

Arab Saudi Umum Berjaya Tewaskan Covid 19

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 243 hits
Hanya tiga jam dibenarkan untuk setiap jemaah menyempurnakan ibadah umrah masing masing Imej Handzalah Abdullah RIYADH Hanya merekodkan 139 kes baharu semalam Statistik itu disifatkan Arab Saudi sebagai sesuatu yang amat membanggakan sekali...
Icw Curiga Program Lain Di Kemensos Saat Pandemi Covid 19 Dijadikan Bancakan

Icw Curiga Program Lain Di Kemensos Saat Pandemi Covid 19 Dijadikan Bancakan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 247 hits
Pemangkasan sejumlah birokrasi di masa darurat menjadi pemicu penyelenggara negara berbuat culas dengan mendapat jatah dari setiap paket bantuan
Pecahkan Rekor Kasus Harian Covid 19 Di Yogyakarta Tembus 224 Pasien

Pecahkan Rekor Kasus Harian Covid 19 Di Yogyakarta Tembus 224 Pasien

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 216 hits
Penambahan pasien positif Covid 19 di Daerah Istimewa Yogyakarta terus meningkat Pada Minggu rekor harian penambahan pasien positif Covid 19 kembali pecah Pemda DIY merilis data bahwa hari ini ada 224 tambahan pasien positif Covid 19 Angka ...
Interstate Travel Ban Lift Shows Pn Govt Can No Longer Contain Covid 19 Najib

Interstate Travel Ban Lift Shows Pn Govt Can No Longer Contain Covid 19 Najib

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 299 hits
The government s decision to lift the conditional movement control order on many states and to lift the interstate travel ban despite a high number of Covid 19 cases shows that it can no longer contain the coronavirus outbreak said former p...
Terima Kasih Atas Semua Doanya Alhamdulillah Anak Anak Saya Dah Bebas Covid

Terima Kasih Atas Semua Doanya Alhamdulillah Anak Anak Saya Dah Bebas Covid

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 262 hits
Terima kasih atas doa semua Alhamdulillah anak anak saya yang positif Covid baru baru ini doktor dah sahkan bebas Itu luahan penuh kesyukuran ibu kepada 4 anak Nesra Ayob Menurut Nesra dia sangat sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan...
Sebanyak 42 Santri Di Bulungan Kaltara Terpapar Covid 19

Sebanyak 42 Santri Di Bulungan Kaltara Terpapar Covid 19

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 230 hits
Dinas Kesehatan Pemerintah Kabupaten Bulungan Kalimantan Utara mencatat ada 54 tambahan pasien terkonfirmasi positif Covid 19 Dari jumlah tersebut 42 di antaranya merupakan santri di pondok pesantren
Jokowi Sebut Vaksinasi Covid 19 Tidak Mungkin Dilakukan Serempak

Jokowi Sebut Vaksinasi Covid 19 Tidak Mungkin Dilakukan Serempak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 205 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi menyampaikan vaksin virus Corona atau Covid 19 tiba di Indonesia secara bertahap Untuk itu kemungkinan proses vaksinasi pun tidak dapat dilakukan secara serempak di seluruh wilayah Indonesia
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri