Ejen Insurans Rugi Rm252 074 Doktor Rm72 000 Diperdaya Sindiket Pinjaman Wang


 
Seorang ejen insurans di Pulau Pinang dan doktor di Melaka menjadi mangsa syarikat pinjaman wang tidak wujud.KEPALA BATAS: Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM252,074 selepas ditipu syarikat pinjaman wang tidak wujud di sini baru-baru ini, manakala seorang doktor di Melaka ditipu lebih RM72,000, juga gara-gara ingin membuat pinjaman RM200,000.
Di Kepala Batas, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata seorang ejen insurans wanita berusia 50 tahun dari Bertam Perdana pada mulanya mahu membuat pinjaman RM200,000 selepas berminat dengan iklan pinjaman wang yang menggunakan nama sebuah bank, yang dikesannya menerusi carian Google.
Beliau berkata, wanita itu mendakwa dia mengikut arahan di ruangan iklan itu, termasuk meninggalkan nombor telefonnya, sebelum dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang lelaki mendakwa sebagai pekerja di bank yang menawarkan pinjaman peribadi.
“Lelaki itu memaklumkan jika mahu meminjam wang, peminjam perlu membuat pelbagai bayaran untuk proses pinjaman termasuk bayaran insurans, dan dia bersetuju kerana mahu mengubah suai rumah serta kegunaan sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Noorzainy berkata, wanita itu membuat 25 transaksi pindahan wang RM 252,074 ke 18 akaun bank berbeza seperti diarahkan suspek dan dia masih diminta untuk buat tambahan bayaran tambahan.
Katanya, wanita yang merasa tertipu itu kemudian menghubungi pihak bank, namun pemeriksaan mendapati institusi kewangan itu tidak pernah menawarkan sebarang pinjaman menerusi carian Google, dan dia kemudian membuat laporan polis semalam selepas gagal menghubungi suspek.
Sementara itu di Melaka, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka E Sundra Rajan berkata penipuan bermula apabila doktor lelaki berusia 30 tahun itu berurusan dengan suspek melalui panggilan telefon, dan bersetuju untuk membuat pinjaman RM200,000.
Beliau berkata, doktor itu melakukan tujuh kali transaksi pembayaran secara berperingkat berjumlah RM72,165.74 ke dalam tiga akaun bank berbeza yang diberikan suspek, namun selepas membuat pembayaran suspek masih meminta wang dari doktor itu, kononnya untuk pelbagai bayaran seperti bayaran setem dan sebagainya.
Dalam kenyataan beliau berkata, lelaki itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah semalam dan menurutnya hasil semakan di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule polis mendapati nombor talian digunakan suspek terlibat dengan sembilan laporan menggunakan modus operandi sama.
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menipu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/ejen-insurans-rugi-rm252074-doktor.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teruja Hadiah 18 000 Euro Penganggur Rugi Rm418 400 Terpedaya Dengan Love Scam

Teruja Hadiah 18 000 Euro Penganggur Rugi Rm418 400 Terpedaya Dengan Love Scam

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 181 hits
KUANTAN Keterujaan seorang penganggur untuk menerima hadiah wang 18 000 Euro daripada kenalannya dari Perancis membawa padah apabila dia kerugian RM418 400 selepas tertipu dengan Love Scam Lebih menyedihkan apabila wang terbabit ialah darip...
Lepas Tutup Akaun Semua Baki Terus Jadi Rm0 Individu Dakwa Wang Simpanannya Rm5 000 Dalam Akaun Bank Lesap

Lepas Tutup Akaun Semua Baki Terus Jadi Rm0 Individu Dakwa Wang Simpanannya Rm5 000 Dalam Akaun Bank Lesap

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 489 hits
Lepas tutup akaun semua baki terus jadi RM0 Individu dakwa wang simpanannya RM5 000 dalam akaun bank lesapViral di media sosial sejak semalam seorang individu mendedahkan wang simpanan dalam akaun banknya berkurangan dan insiden itu hanya d...
Wow Bantu Rm500 Dibalas Rm30 000 Wanita Teruk Kena Prank Sebelum Terima Hadiah Emas Wang Tunai Daripada Bff

Wow Bantu Rm500 Dibalas Rm30 000 Wanita Teruk Kena Prank Sebelum Terima Hadiah Emas Wang Tunai Daripada Bff

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 379 hits
Bantu RM500 dibalas RM30 000 Wanita teruk kena prank sebelum terima hadiah emas wang tunai daripada BFF Saya sengaja main emosi dia Cekyana tidak kisah berhabis demi membuat kejutan kepada sahabat baiknya Cikzaza SAHABAT sejati ibarat perma...
2 Polis Antara 4 Ditahan Dalam Siasatan Wang Perlindungan Rm500 000

2 Polis Antara 4 Ditahan Dalam Siasatan Wang Perlindungan Rm500 000

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 249 hits
Predeep NambiarGEORGE TOWN Empat lelaki termasuk dua anggota polis ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung wang perlindungan berjumlah RM500 000 daripada sindiket dadah di sini Sindiket itu dipercayai menerima wang untuk mendapat ma...
Hiburan Belum Terima Bayaran Hampir Rm200 000 Ruhainies Bengang Dengan Syarikat Insurans

Hiburan Belum Terima Bayaran Hampir Rm200 000 Ruhainies Bengang Dengan Syarikat Insurans

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 379 hits
Pelakon Ruhainie meluahkan rasa berang apabila dia dilaporkan masih belum menerima bayaran berjumlah hampir RM200 000 daripada sebuah syarikat insurans terkemuka negara Sumber Instagram Ruhainies Pelakon kecil molek ini menzahirkan perasaan...
Perkasa Dan Ibrahim Diarah Bayar Ganti Rugi Rm150 000 Kepada Guan Eng

Perkasa Dan Ibrahim Diarah Bayar Ganti Rugi Rm150 000 Kepada Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 200 hits
February 26 2021 Mahkamah Persekutuan mengarahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan Presidennya Datuk Ibrahim Ali untuk membayar ganti rugi RM150 000 kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataan fitnah kump...
Ya Ampun Hingga Akhir Tahun 2020 Utang Ri Naik Makin Dekat Rp6 000 T

Ya Ampun Hingga Akhir Tahun 2020 Utang Ri Naik Makin Dekat Rp6 000 T

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 209 hits
Hingga akhir triwulan IV 2020 utang luar negeri Indonesia mencapai US 417 5 miliar atau setara Rp 5 845 triliun Bank Indonesia menyebut angka itu tumbuh 3 5 dibanding periode yang sama tahun lalu Sebagaimana diketahui sepanjang triwulan IV ...
Hingga Desember 2020 Btn Restrukturisasi Kredit 330 000 Nasabah Senilai Rp57 Triliun

Hingga Desember 2020 Btn Restrukturisasi Kredit 330 000 Nasabah Senilai Rp57 Triliun

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 204 hits
Restrukturisasi di segmen konsumer KPR senilai Rp40 triliun Lalu di segmen komersial sebesar Rp9 7 triliun
Bank Islam Sasar 500 000 Pelanggan Aplikasi Thenoor

Bank Islam Sasar 500 000 Pelanggan Aplikasi Thenoor

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 250 hits
BANK Islam Malaysia Bhd menyasarkan untuk meraih sehingga 500 000 pelanggan baharu menerusi pelantikannya sebagai bank rasmi untuk aplikasi TheNoor TheNoor ialah aplikasi gaya hidup Muslim yang dibangunkan oleh Noor Luminous Sdn Bhd dan tur...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang