Eh Bila Nak Habis Daa


 
Fadillah Yusof nampak seperti seorang yang berhati besar. Hanya sehari selepas mengulangi bahawa pintu rundingan berkaitan peruntukan buat Ahli Parlimen pembangkang sudah tertutup, timbalan perdana menteri bermurah hati membukanya semula.
Tak tahulah apa yang mendorong perubahan pendirian di pihaknya. Apakah ini terbit daripada kesedarannya sendiri untuk tidak terlalu berkeras dengan Perikatan Nasional (PN) atau beliau menerima teguran daripada bosnya – dalam soal ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Usah terlalu kisahkan apa puncanya kerana ikut mana pun, niat baik Fadillah itu bukan saja langsung tidak dihargai, malah tidak pun patut dibuatnya kepada pihak pembangkang yang menunjukkan keangkuhan mereka.
Keadaannya hanya ada dua. Satu, di pihak kerajaan, mereka dilihat sedia berkompromi untuk membuka ruang perundingan semula terhadap draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan buat Ahli Parlimen pembangkang itu sebelumnya.
Dengan pembangkang sebulat suara menolak draf MoU itu pada 15 Sept lalu, Fadillah masih berlembut. Beliau mengalu-alukan pembangkang mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas — draf sedia ada boleh menjadi asas kepada perbincangan.
Dua, di pihak pembangkang pula, mereka sudah menolak bulat-bulat MoU itu selepas ia diserahkan kerajaan, enggan memberi cadangan balas, menolak berunding untuk mencari titik pertemuan yang boleh memuaskan hati kedua-dua pihak dan kini menuntut supaya peruntukan itu diberikan tanpa sebarang syarat.
Jika anda di pihak yang membuat keputusan, apa yang anda akan putuskan?
Pertimbangkan juga bahawa peruntukan daripada kerajaan kepada ahli Parlimen bukan diberikan secara khusus kepada wakil rakyat itu, sebaliknya ia adalah untuk pembangunan kawasan berkenaan. Maknanya kerajaan tidak terikat untuk menyalurkannya kepada Ahli Parlimen pembangkang secara individu.
Ini yang harus dipertahankan kerajaan daripada perlu melayan kerenah pembangkang yang menunjukkan mereka tidak pun menghargai.
Pada 5 Nov lalu, Fadillah berkata pintu rundingan dengan pembangkang ‘sudah ditutup’ selepas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin pada 15 Sept mengumumkan Ahli Parlimen PN sebulat suara menolak draf MoU itu atas empat sebab fundamental, antaranya didakwa bertentangan Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
“Kalau orang dah tolak ‘pinangan’, tak kan you nak ‘rujuk’, malulah,” kata Fadillah selepas hadir majlis pelancaran Bulan Integriti Nasional 2024 di Kuala Lumpur.
Namun, entah apa yang timbalan perdana bermimpi atau dapat ilham pada malam itu, keesokannya beliau mengumumkan pendirian berbeza.
Kata Fadillah, kerajaan masih terbuka untuk berbincang dengan ahli Parlimen pembangkang secara individu – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman satu-satunya yang berbuat demikian — tetapi rundingan secara berkumpulan tidak lagi dibenarkan.
“Tugas saya hanya berunding, kalau tak nak runding saya pun tak boleh buat apa-apa,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 6 Nov.
Pertama memberikan reaksi ialah Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata Ahli Parlimen PN dilarang berunding secara individu dengan kerajaan berkait draf MoU itu. Tambahnya, sebarang rundingan mesti melalui parti dan hendaklah dimaklumkan kerana semua Ahli Parlimen terikat dengan parti diwakili.
Senada dengan timbalan presiden PAS, Ketua Pemuda PN Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan kemenangan wakil rakyat mereka atas nama PN dan sebarang rundingan perlu melalui gabungan itu, bukan secara individu.
Ahli Parlimen Alor Setar itu malah mendakwa cubaan kerajaan berunding secara peribadi seolah-olah mahu memecahkan pembangkang seperti dilakukan enam bekas wakil rakyat Bersatu yang mengalihkan sokongan kepada Anwar.
Dalam pada Fadillah hendak berbuat baik, beliau pula dituduh macam-macam. Tidak cukupkah ini untuk timbalan perdana menteri jadikan pengajaran – bahawa pembangkang tidak perlu dilayan?
Pembangkang juga menyerlahkan tiada kesepakatan, dengan Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor mencadangkan kerajaan sepatutnya bertemu dengan wakil PN selepas draf MoU itu ditolak.
“Kalau kerajaan ikhlas, mengapa tidak dipanggil berbincang? Tiada perjumpaan pun (selepas PN tolak draf). Asyik mengata wakil kita,” katanya.
Kita jadi keliru. Khlir pada 10 Nov 2023 berkata tidak akan mengikut jejak langkah empat rakannya dari PN (disusuli dua lagi kemudian) menyokong perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan wakil rakyat di samping tidak lagi akan ‘mengemis’ untuk menikmati dana berkenaan.
“Saya sudah tak fikir tentang peruntukan Ahli Parlimen dan saya tak mengharap apa-apa lagi,” katanya kepada FMT. Sudah tukar ke?
Terbaru semalam, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin yang turut menolak rundingan secara individu, berkata kerajaan perlu menghormati wakil pembangkang yang menang kerusi Parlimen bawah payung PN dan sebarang rundingan perlu dilakukan secara en-bloc atau bersama.
“Biarlah hanya ketua pembangkang dan ketua whip berbincang syarat-syarat peruntukan untuk memastikan kedua-dua belah pihak capai kata sepakat.
“Seeloknya dapat diberikan sahaja peruntukan tanpa syarat (MoU) kerana ia merupakan hak Ahli Parlimen,” kata ketua Wanita Bersatu itu.
Fadillah harus sudah mendengar dan membaca banyak mengenai reaksi pihak pembangkang untuk beliau memutuskan langkah selanjutnya.
Pulangkan paku buah keras kepada mereka. Apa juga komen atau reaksi secara individu tidak usah lagi diendahkan.
Biarkan Ahli Parlimen seperti Tuan Ibrahim, Afnan Hamimi, Khlir dan Mas Ermieyati mengusulkan cadangan masing-masing ke peringkat kepimpinan tertinggi PN untuk mereka bincang dan putuskan.
Sebarang hasrat lanjut kerajaan untuk berbincang mengenai draf MoU itu hendaklah dengan wakil kepimpinan PN – itu pun kalau mereka masih sudi dan boleh merendah diri – atau perkara ini tidak akan ada kesudahannya.
Hairan juga bila pembangkang yang berkehendak tapi menetapkan macam-macam syarat walhal kerajaan boleh menyalurkan terus peruntukan untuk pembangunan kawasan tanpa melalui wakil rakyat mereka. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/eh-bila-nak-habis-daa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Ngok Nak Buat Macamana

Dah Ngok Nak Buat Macamana

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 66 hits
Iin Idris Susah jika pemimpin pembangkang tiada point untuk hentam kerajaan melainkan terpaksa mainkan sentimen kaum saja Kan dah menyusahkan diri apabila terlalu try hard sangat untuk bakar emosi rakyat
Masih Nak Bossku Lagi

Masih Nak Bossku Lagi

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 70 hits
Anthony Loke kata tu betul jenayah tetap jenayah Dia tak kata Najib yang buat jenayah Dia tujukan kepada penjenayah Yang bukan penjenayah tak perlu bimbang kerana berpeluang untuk membuktikan diri tidak bersalah Yang penting Anwar dah bukti...
Shila Amzah Tenang Layan Perkembangan Anak Nak Tumbuh Gigi Menangis Tak Berhenti Sampai Tiga Jam

Shila Amzah Tenang Layan Perkembangan Anak Nak Tumbuh Gigi Menangis Tak Berhenti Sampai Tiga Jam

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 73 hits
Penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu berkongsi perkembangan anaknya Rhea Akira yang kini sudah mula tumbuh gigi Menerusi Instagramnya Shila turut berkongsi kisah Rhea yang menangis tanpa henti ...
Kami Juga Ada Aib Nak Kena Jaga Sweet Qismina Dan Adam Lee Elak Ulas Isu Rumah Tangga Rakan Selebriti

Kami Juga Ada Aib Nak Kena Jaga Sweet Qismina Dan Adam Lee Elak Ulas Isu Rumah Tangga Rakan Selebriti

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 74 hits
Kontroversi antara rumah tangga selebriti telah menjadi bualan ramai kerana isu penceraian yang kian meningkat Memetik dari Mstar pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee mengatakan mereka lebih selesa untuk tidak mengulas isu berkenaan ...
Nak Kibar Bendera Asing Mesti Ada Sebab Yang Kukuh Mca

Nak Kibar Bendera Asing Mesti Ada Sebab Yang Kukuh Mca

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 123 hits
27 October 2024 MCA mencabar mana mana pihak yang boleh menyebut atau menyatakan kalau ada mana mana negara lain yang membenarkan kibaran bendera lain di negara mereka Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata sudahlah perhimpunan...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

Air Laici Bunga Telang Minuman Sejuk Yang Menyegarkan

Relatif Berdasarkan Perbandingan

Munas Iv Relawan Tik Indonesia Hani Purnawanti Lanjutkan Tongkat Estafet Kepemimpinan

Lelaki Pengsan Dipukul Bekas Teman Wanita

Berang Kena Kacau Warga Asing Korek Mata Lelaki Tempatan