Ego Melangit Sangka Diri Kebal Punca Individu Ingkar Pkp


Mohd Zaini Samsu Hadi Anggota Polis membuat sekatan jalan raya OPS Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak Covid-19 di Persiaran Surian, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI 
KUALA LUMPUR – Rasa ego yang tinggi dan menganggap diri sendiri kebal menjadi punca masih ramai individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga memaksa kerajaan meningkatkan sekatan kepada ‘mood’ keras.

Pakar Psikologi Universiti Malaya, Profesor Dr. Mariani Md Noor berkata, dalam aspek tingkah laku manusia, sikap individu yang degil itu tercetus kerana menyangka diri mereka kebal dan ego melangit.
Dr. Mariani Md NoorIa berpunca apabila bahaya yang sedang dihadapi ketika ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar oleh individu -individu terbabit.

“Sebab itu manusia ini ada sifat apabila sudah terhantuk baru nak tengadah. Mereka tidak nampak betapa pentingnya amaran-amaran ini walaupun tentera dan polis telah digunakan.

“Selagi ada sangkaan kekebalan itu pada diri mereka, perkara ini akan tetap berlaku. Apa yang penting untuk atasi sangkaan kekebalan itu, setiap individu perlu ada kesedaran untuk tak pentingkan diri sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi hari ini.

Mariani berkata, sangkaan kekebalan itu menjadikan individu terbabit sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri.

Malah, golongan tersebut juga tidak mungkin boleh meletakkan diri mereka dalam kedudukan orang lain seperti merasakan keperitan terpaksa ditanggung oleh barisan hadapan yang ketika ini bertungkus lumus untuk memastikan rantaian wabak berkenaan disekat.

Dalam pada itu, Mariani berharap agar ada dalam kalangan setiap keluarga yang boleh memainkan peranan untuk memastikan agar ahli keluarganya akur dengan arahan kerajaan itu bagi membolehkan kehidupan dapat dinikmati seperti sedia kala.
Suzanna GhazaliUjarnya, jika ketua dalam keluarga itu sendiri tidak dapat memainkan peranannya dengan baik maka situasi getir yang dihadapi tidak mungkin dipulihkan.

Sementara itu, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzanna Ghazali berkata, individu-individu yang masih berdegil itu mungkin tidak dapat mengecapi nikmat kehidupan di rumah seperti slogan “rumahku syurgaku”.

Katanya, sama ada mereka itu mempunyai masalah dengan pasangan ataupun anak-anak seperti tidak suka bunyi bising daripada jeritan atau tangisan.

Keadaan itu sudah cukup untuk menjadikan diri mereka berada dalam situasi yang membosankan.

“Faktor utama, diri yang tidak mahu memahami tentang bahayanya Covid-19 ini. Ada faktor pencetus dan penghubung, kena ada jati diri dalam diri seseorang, kalau jati diri dia baik maka apa yang disampaikan oleh orang akan sampai kepada diri dia,” katanya.

Suzanna turut mencadangkan supaya diadakan hebahan dengan menunjukkan keadaan mereka yang menjalani rawatan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) ataupun kesedihan yang diratapi mereka yang kematian ahli keluarga akibat wabak tersebut.

Manakala pesalah yang ditangkap akibat melanggar arahan juga dicadangkan supaya dibawa ke pusat kuarantin agar mereka melihat sendiri petugas berat yang terpaksa ditanggung oleh barisan hadapan bagi menimbulkan rasa terhukum pada diri mereka itu. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/ego-melangit-sangka-diri-kebal-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
73 Individu Dituduh Di Mahkamah Ingkar Arahan Pkp

73 Individu Dituduh Di Mahkamah Ingkar Arahan Pkp

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 291 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA Seramai 649 individu telah ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menurut Menteri Pert...
Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 236 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi mengesahkan bahawa seramai 742 individu berjaya ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya jumlah individu yang ditah...
Ingkar Pkp 19 Individu Termasuk Pemain Bola Sepak Didenda Rm900

Ingkar Pkp 19 Individu Termasuk Pemain Bola Sepak Didenda Rm900

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 241 hits
ALOR GAJAH Seorang pemain bola sepak Kuala Lumpur antara 19 individu yang didenda RM900 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Jumaat lalu Tertuduh Abdul Azim Rahim 23 dan tiga ...
Individu Beli Makanan 4 Kali Sehari Antara Ditahan Ingkar Pkp

Individu Beli Makanan 4 Kali Sehari Antara Ditahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 395 hits
Seorang individu yang mendakwa dia keluar rumah untuk membeli makanan antara yang ditangkap kerana melanggar perintah kawalan pergerakan kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Walaupun PKP membolehkan seorang individu iaitu ...
Bilangan Individu Ditahan Ingkar Pkp Meningkat

Bilangan Individu Ditahan Ingkar Pkp Meningkat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 234 hits
Sepertimana semua tahu Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sejak 18 Mac lalu Namun sehingga hari ini masih ada lagi yang mengingkar perintah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidd...
Pkp 11 Individu Termasuk Warga Asing Ditahan Ketika Joging Kerana Ingkar Arahan Polis

Pkp 11 Individu Termasuk Warga Asing Ditahan Ketika Joging Kerana Ingkar Arahan Polis

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 349 hits
Gara gara tidak mengendahkan arahan polis susulan Perintah Kawalan Pergerakan 11 lelaki ditahan ketika joging di sekitar Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara di sini hari ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata menerus...
Polis Bakal Ambil Tindakan Tegas Kepada Individu Ingkar Pkp Di Tawau

Polis Bakal Ambil Tindakan Tegas Kepada Individu Ingkar Pkp Di Tawau

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 628 hits
Susulan keadaan sesak dan orang ramai keluar ke pusat beli belah di daerah Tawau walaupun perintah kawalan pergerakan PKP berkuat kuasa Polis bakal ambil tindakan tegas kepada individu ingkar PKP di Tawau Ketua Polis Dearah Tawau ACP Peter ...
Ini Jumlah Terkini Individu Ditahan Ingkar Pkp Di Johor

Ini Jumlah Terkini Individu Ditahan Ingkar Pkp Di Johor

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 329 hits
SEHINGGA semalam seramai 526 individu ditahan di negeri ini kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Ini Jumlah TERKINI Individu Ditahan Ingkar PKP Di Johor
30 Individu Ingkar Arahan Pkp Ditahan Di Petaling Jaya

30 Individu Ingkar Arahan Pkp Ditahan Di Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 250 hits
SHAH ALAM 29 MAC Polis menahan 30 individu dalam Op Covid 19 kerana ingkar arahan kerajaan dengan berada di luar kediaman tanpa alasan munasabah Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata penahanan ya...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo