Edutainment Fest Simpan Sspn Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Bakat Kanak Kanak Cilik Terserlah


Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Berbeza dengan festival kanak-kanak yang dibawakan Pa&Ma sebelum ini, Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 cukup meriah dengan penyertaan dari lebih 50 buah tadika serta menghimpunkan lebih daripada 2,000 pengunjung.
Mari Mewarna Merdeka!
Sebagai pembuka tirai festival, kesemua murid-murid dari taska dan tadika ini terlebih dahulu menyemarakkan acara dengan Perbarisan Cilik Mega yang menghimpunkan lebih 1,000 kanak-kanak sebelum berarak masuk ke ruang pentas utama untuk acara Mari Mewarna Saya Anak Merdeka!

Kesemua anak-anak cilik ini tampil cukup segak dan cantik dengan pakaian bertemakan kemerdekaan. Masing-masing memilih warna bendera Malaysia iaitu merah, biru, putih dan kuning.
Anak-anak kecil ini ternyata menunjukkan kepakaran masing-masing dan begitu leka mewarna bertemakan Saya Anak Merdeka!
Perasmian Edutainment Fest 2024 Meriah
Sementara anak-anak mewarna, acara yang ditunggu-tunggu iaitu Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 dilancarkan di pentas utama. Pengacara cantik manis, Uyaina Arshad mengemudikan majlis perasmian ini sambil disaksikan oleh ribuan pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa yang turut sama menyokong anak-anak.

Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh En. Syamil Fahim, Ketua Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, En. Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan YM Tengku Khairil Azwan Pegawai Pemantau Operasi DatumCorp International Sdn Bhd/Ketua Pelaburan PKNS.

Lima anak-anak comel diiringi ke pentas utama untuk sama-sama memecahkan kek sebagai acara simbolik pelancaran majlis. Lima orang kanak-kanak yang mempunyai masa depan gemilang turut dilantik sebagai Hero Cilik Simpan SSPN 2024 yang memulakan perjalanan pendidikan mereka melalui simpanan di Simpan SSPN.

Majlis perasmian cukup meriah ini juga turut dihiburkan dengan persembahan Umai, anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang turut membawakan beberapa buah lagu bagi menghiburkan semua.
Merdeka Marathon Catwalk, Meriah Dengan Warna
Pada sebelah petangnya pula, kanak-kanak tadika ini berpeluang beraksi comel di pentas utama untuk Merdeka Marathon Catwalk. Lengkap dengan baju dan busana bertemakan Hari Merdeka, kesemuanya tampil cukup berwarna-warni.

Masing-masing mempamerkan aksi catwalk yang pelbagai dan comel disamping rekaan baju yang cukup cantik-cantik belaka.
Pertandingan Mewarna Saya Anak Merdeka!
Acara pada hari Ahad pula dimulakan dengan pertandingan Mewarna, Saya Anak Merdeka yang mengumpulkan lebih 200 orang kanak-kanak.

Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemerdekaan yang unik.
Borak Pa&Ma, Syamel & Ika Nabella Kongsi Tip Menyimpan
Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Puan Suhailin Sharul Anuar yang merupakan Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Koporat PTPTN serta tidak ketinggalan dua orang selebriti popular, Syamel dan Ika Nabella yang turut berkongsi tip menyimpan masa depan untuk anak-anak mereka.

Bayi Marathon Latih Fizikal Anak Kecil
Berbeza dengan Pertandingan Bayi Merangkak sebelum ini, Pa&Ma kali ini membawakan Baby Marathon yang mana melibatkan tiga ujian fizikal buat anak-anak comel ini seperti melalui terowong kecil, mendaki landasan tinggi serta mencari barang tersembunyi.

Konsert Meletop Bintang Kecil Meriah
Potensi dan bakat anak-anak kecil di tadika ini sekali lagi dicungkil bila mana kesemuanya tampil beraksi comel di pentas utama.
Masing-masing membawakan nyanyian, lakonan dan puisi serta sajak bertemakan hari merdeka. Anak kecil ini tampil dengan pelbagai busana comel dan menyerlahkan bakat dan keberanian mereka di pentas.

Konsert penuh meriah dan mendapat sorakan pengunjung ini diadili oleh tiga juri iaitu En. Ahmad Shahril Ghazali, Pengurus PTPTN cawangan Kuala Lumpur, Dr. Tengku Asmadi, Pakar Motivasi & Perkembangan Kanak-Kanak serta selebriti Mark Adam.
Gerai Jualan Pelbagai
Acara dua hari ini juga turut meriah dengan penyertaan pelbagai jenama kanak-kanak yang sama-sama berjualan. Antaranya termasuklah Jungle Gym, Little Gym, Klinik Dr Anitawaty, Joie serta yang pastinya booth dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menarik perhatian ramai ibu bapa.

Acara petang Ahad diakhiri dengan Putaran Mega yang menyenaraikan hadiah cabutan yang cukup lumayan kepada semua pengunjung.
Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang.
The post Edutainment Fest Simpan SSPN Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti, Bakat Kanak-Kanak Cilik Terserlah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/edutainment-fest-simpan-sspn-meriah-dengan-pelbagai-aktiviti-bakat-kanak-kanak-cilik-terserlah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbarisan Cilik Mega Gamat Lebih Seribu Kanak Kanak Tunjuk Bakat Kreatif Mewarna

Perbarisan Cilik Mega Gamat Lebih Seribu Kanak Kanak Tunjuk Bakat Kreatif Mewarna

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 89 hits
Aktiviti mewarna dan kanak kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan Semuanya demi melatih kekuatan tangan dan daya kreativiti anak anak dan bermain dengan warna ketika mewarna Aktiviti ini juga turut menjadi aktiviti utama di Edutainment Fe...
Bayi Marathon Race Simpan Sspn X Pa Ma Meriah Tampil Kelainan Trek Berhalangan Untuk Laluan Bayi

Bayi Marathon Race Simpan Sspn X Pa Ma Meriah Tampil Kelainan Trek Berhalangan Untuk Laluan Bayi

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 95 hits
Bersempena dengan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 pertandingan Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa Ma telah diadakan di Datum Jelatek Shopping Centre Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2024 yang lalu Comelnya Salah seorang peserta menggayakan paka...
Polis Tangkap Pemandu Bas Sekolah Rakam Kanak Kanak

Polis Tangkap Pemandu Bas Sekolah Rakam Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 64 hits
MalaysiakiniPolis telah menahan pemandu bas yang merakam video murid sekolah rendah dan memuat naiknya di TikTok Ketua Polis Johor M Kumar berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada kira kira pukul tiga pagi di Simpang Renggam hari in...
10 Baju Hujan Terbaik Untuk Dewasa Kanak Kanak

10 Baju Hujan Terbaik Untuk Dewasa Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 68 hits
Apakah baju hujan terbaik yang sesuai untuk anda beli untuk dewasa dan kanak kanak pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 baju hujan terbaik pelbagai saiz untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Raincoat G...
Aktiviti Merumput Di Kebun Dania

Aktiviti Merumput Di Kebun Dania

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 53 hits
Assalamualaikum Cadangnya tadi nak buat entry WW je itu je satu Eh x leh la dh biasa update entry banyak untuk sehari kan hahaha not me la kalau entry seketul je sehari x tenang hati dibuatnya Tadi dapat WhatsApp dari anak dara bertuah tu h...
Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Ketua Setiausaha Kpkt Ppim 16 08 2024

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Ketua Setiausaha Kpkt Ppim 16 08 2024

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 114 hits
Sesi perjumpaan PPIM bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira M Noor Azman Taib di Pejabat KPKT Putrajaya Perjumpaan membincangkan beberapa isu berkaitan masalah perumahan Antaranya projek terbengkalai...
Cara Mudah Aktiviti Walking And Brisk Walking

Cara Mudah Aktiviti Walking And Brisk Walking

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 105 hits
18 Ogos 2025 13 Safar 1446H Jika sebelum ni aktiviti walking and brisk walking yang aku buat lebih kurang 1 5 km dalam tempoh masa 30 hingga 35 minit tetapi gara gara marah dan merajuk dengan en Hubby Masa merajuk 60 minitJarak merajuk 3 26...
Disangka Hilang Dua Kanak Kanak Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

Disangka Hilang Dua Kanak Kanak Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 65 hits
Dua kanak kanak rupanya terperangkap 9 jam dalam lif selepas disangka hilang oleh ahli keluarga memandangkan tidak dapat dikesan keberadaannya Memetik laporan dari Harian Metro dua kanak kanak berkenaan dilaporkan hilang di sebuah pangsapur...
Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Kedah Ceroi

First Look The 2025 Triumph Speed Twin 1200 And Speed Twin 1200 Rs

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Ramai Di Atas Jalan Balik Kampung


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi Teras

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Seketika Di Bandar Hatyai

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Bersama Melawan Denggi Meningkatkan Kesedaran Komuniti Tentang Denggi Dan Pencegahannya

Syarikat Yang Bagus Cari Pekerja Yang Bagus Cari Syarikat Yang Bagus Cari Pekerja Yang Bagus