Edry Kru Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar Mereka Hanya Berada Di Dunia Anda Sekejap Sahaja


Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar, “Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja.” Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Edry KRU Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.

Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
“Mereka Hanya Berada Di Dunia Anda Sekejap    Sahaja” Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Edry Abdul Halim (@edryabdhalim)

“EMERY ANAK ISTIMEWA SAYA, DIA AUTISTIK, ‘NON-VERBAL’ DAN TIADA CARA KOMUNIKASI SEPERTI KITA YANG SEMPURNA INI. DIA BERADA DI KUALA LUMPUR UNTUK BERCUTI DAN DUA MALAM JUGA KITA PERGI MAKAN DI PUSAT BANDAR.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.

“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“JADI, MEREKA TINGGIKAN SUARA, MARAH DAN MAKI. MASYARAKAT KITA TAK PEKA DENGAN INSAN YANG MEMPUNYAI KEKURANGAN DARI SEGI KEUPAYAAN MENTAL,” KATANYA.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.

“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“BAGI MEREKA RUANG UNTUK ‘MENUMPANG LALU’ KEHIDUPAN NORMAL KALIAN UNTUK BEBERAPA MINIT DAN MEREKA AKAN PERGI DARIPADA KEHIDUPAN ANDA SELAMANYA,” KATANYA.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Pindah Ke UK Untuk Pendidikan Terbaik Anak Autisme, Pengorbanan Edry Abdul Halim & Isteri Jadi Inspirasi
Asid Folik Boleh Sebabkan Risiko Anak Autisme? Mitos Atau Fakta?
Fahami Tanda Awal Autisme & Kenapa Dia Berkelakuan Begitu
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
The post Edry KRU Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar,”Mereka Hanya Berada Di Dunia Anda Sekejap Sahaja” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/edry-kru-terkilan-anak-autistik-dilayan-kasarmereka-hanya-berada-di-dunia-anda-sekejap-sahaja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 145 hits
Komposer dan penyanyi terkenal Edry KRU tampil meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang melayan orang kelainan upaya dan autistik dengan tidak baik Menerusi satu video di Instagram Edry tampil berkongsi momen ketika dia menikm...
Jadi Hanya Ada Bukan Hidup Ibu Malaysia Berhutang Rm100k Dengan Along Untuk Bayar Hutang Kad Anak

Jadi Hanya Ada Bukan Hidup Ibu Malaysia Berhutang Rm100k Dengan Along Untuk Bayar Hutang Kad Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 173 hits
Seorang ibu di Malaysia kini terpaksa menanggung hutang besar akibat tindakan anak perempuannya yang pergi ke Amerika Syarikat untuk mencari peluang lebih baik Dalam sebuah video TikTok yang viral dari mhomalaysia Setiausaha Agung Pertubuha...
Wanita Dakwa Ditekan Polis Tarik Balik Laporan Anak Autistik Diserang

Wanita Dakwa Ditekan Polis Tarik Balik Laporan Anak Autistik Diserang

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 154 hits
Shahrin Aizat NoorshahrizamPemuda autistik berusia 23 tahun Syaidina Zurhailef Hailmi didakwa telah diserang oleh rakan sekerjanya di sebuah restoran makanan segera tempat mereka bekerja Memburukkan lagi keadaan ibunya Adra Azura mendakwa s...
Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 129 hits
Anak anak adalah pemerhati yang hebat Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling Sebagai ibu bapa setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peri...
Foto Dari Aryan Khan Hingga Sara Ali Khan Ini Anak Selebriti Yang Wajah Hampir 100 Sama Dengan Mereka

Foto Dari Aryan Khan Hingga Sara Ali Khan Ini Anak Selebriti Yang Wajah Hampir 100 Sama Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 91 hits
Anak anak selebriti ini nampak sangat mirip dan hampir 100 sama dengan ibu bapa mereka sehinggakan ramai yang perlu lihat berkali kali untuk bezakan Berikut Murai kongsikan anak selebriti manakah yang mempunyai wajah seakan sama dengan ibu ...
Antara Beli Kereta Alphard Atau Hanya Menyewa Bila Diperlukan Sahaja Yang Mana Lebih Baik

Antara Beli Kereta Alphard Atau Hanya Menyewa Bila Diperlukan Sahaja Yang Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 197 hits
Saya ada seorang kawan yang memiliki sebuah rumah teres di hujung sudut tepi atau biasa disebut nbsp corner lot maksudnya dia ada kemampuan yang lebih baik dari mereka yang memiliki lot tengah Dia juga memiliki sebuah kereta BMW 5 series se...
Pahala Membantu Mereka Dalam Kesusahan

Pahala Membantu Mereka Dalam Kesusahan

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 135 hits
Sifat membantu mereka dalam kesusahan amat besar pahalanya Bantuan itu dalam pelbagai bentuk sama ada tenaga fikiran masa kewangan kepakaran dan sebagainya Apa yang penting sumbangan itu dapat membantu orang dalam kesusahan Sabda Rasulullah...
Siapa Musuh Orang Melayu Mereka Tuan Tuan

Siapa Musuh Orang Melayu Mereka Tuan Tuan

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 82 hits
Aman MohammadPAS PPBM dan Mahathir buat sidang media kata Melayu terancam dan mahu lawan Musuh orang Melayu PAS beri tanah Melayu kepada warga asing China PPBM projek Jana Wibawa yang dibuat untuk bantu Melayu beri kepada saudagar perabot b...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Sambal Hitam Belimbing Buluh

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati