Edit Gambar Cantik Dengan Free Presets Lightroom
Zaman sekarang ni nak edit gambar cantik lebih mudah dengan gunakan pelbagai jenis aplikasi yang boleh download secara percuma melalui smartphone masing-masing. Fiza pernah kongsikan 5 aplikasi edit gambar cantik dan untuk letak watermark yang mungkin kau orang boleh cuba guna. Sekarang Fiza dah jatuh cinta dengan aplikasi 'Lightroom' sebab memudahkan kerja edit gambar dengan menggunakan preset. Sebelum ni Fiza pernah beli preset dan memang suka sangat dengan hasil editing menggunakan preset
Dengan itu, rajin lah Fiza cari preset yang menarik dan cantik. Finally Fiza jumpa FREE presets Lightroom yang boleh digunakan secara PERCUMA, of course! Banyak sangat pilihan presets yang buat rambang mata nak pilih. Rasa nak download semua tapi tak mungkin lah sebab kalau semua nak sumbat dalam smartphone memang penuh lah kan. Jadi, download mana yang mampu memenuhi kriteria citarasa masing-masing
Boleh terjah website presetlove.com untuk download FREE Presets Lightroom. Pastikan sudah siap-siap download aplikasi lightroom dan telegram dalam smartphone kau orang tu. Preset yang kau orang download tu boleh pindahkan ke dalam handphone melalui telegram lagi mudah atau boleh gunakan google drive. Hanya transfer file 'DNG' sahaja ya.
Cara Edit Gambar Guna Preset LightroomOpen file DNG kat telegram dan copy to lightroom
Lepas klik akan terus ke lightroom dan create preset
Namakan preset yang kau orang nak save tu
Okay, settle untuk save preset dalam lightroom. Kemudian untuk edit gambar tu add gambar dan klik preset. Then gunalah preset yang kau orang dah save dalam user presets tu ye. Pilih ikut sesuai dengan gambar untuk dapatkan hasil editing gambar yang lebih cantik daripada gambar asal
Dah siap edit, jangan lupa save okay
Gambar lebih nak cantik dan menarik. Lagi-lagi gambar travel, food dan products. So bolehlah create theme instafeed kau orang tu dengan theme yang cantik-cantik. Selamat mendownload dan mengedit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/08/edit-gambar-cantik-dengan-free-presets.html