Edar 488g Kanabis Tukang Kebun Ke Tali Gantung


BernamaMohd Zamri Saidin didapati bersalah mengedar kanabis di hadapan sebuah rumah di Kampung Baru pada 2018. (Gambar AFP)KUALA LUMPUR: Seorang tukang kebun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 488g dadah jenis kanabis, tiga tahun lepas.
Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh menjatuhi hukuman itu ke atas Mohd Zamri Saidin, 53, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakiman ringkasnya, Ahmad Shahrir berkata keterangan kes pembelaan nyata bersifat bertentangan dan menongkah naratif kes pendakwaan.
“Keterangan kes pendakwaan menjurus kepada penemuan plastik hitam berisi 488g kanabis itu dalam raga motosikal Yamaha yang ditunggang tertuduh sedangkan keterangan pembelaan mengatakan plastik hitam itu dijumpai berhampiran pasu di pekarangan kawasan rumah di Kampung Baru di sini,” katanya.
Hakim itu berkata apabila pembelaan mengemukakan naratif yang bertentangan dan menongkah naratif kes pendakwaan, pada hakikatnya, pembelaan mengutarakan gagasan yang menunjukkan saksi-saksi pendakwaan tidak berkata benar dan telah menganiayai tertuduh melalui keterangan mereka.
“Tanpa sebarang keterangan yang boleh dipercayai bagi menunjukkan wujudnya sebarang hasad atau dendam terhadap tertuduh hingga sanggup memberikan keterangan palsu yang boleh mengakibatkan tertuduh dihukum mati atau penjara seumur hidup, mahkamah ini tidak mempunyai sebarang justifikasi untuk membuat dapatan bahawa saksi-saksi pendakwaan telah mereka-reka keterangan semata-mata untuk menganiayai tertuduh,” katanya.
“Setelah menilai keterangan pembelaan dan mempertimbangkan keterangan kes pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan mengedar di bawah Seksyen 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah bagi pertuduhan mengedar 488g kanabis di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 seperti dalam pertuduhan. Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh,” kata hakim itu.
Mohd Zamri dituduh mengedar dadah berbahaya itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Baru pada 3.45 petang, 8 Mac 2018, mengikut Seksyen 38B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 15 sebatan.
Sembilan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hanum Abdul Hadi manakala Mohd Zamri diwakili peguam Luqman Mazlan, Rosal Azimin Ahmad dan Muhammad Amiraizat Abdul Rani.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/edar-488g-kanabis-tukang-kebun-ke-tali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali Akhirnya Saya Sudah Bercerai Nadia Brian

Hiburan Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali Akhirnya Saya Sudah Bercerai Nadia Brian

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 237 hits
Kontroversi rumahtangga pelakon Nadia Brian dan suami Muizz Nasruddin akhirnya selesai apabila mereka sah bercerai talak satu kelmarin Memetik laporan penceraian dilafazkan di luar mahkamah sebagaimana yang diminta bekas suami BACA Advertis...
Dsp Asp Antara 34 Anggota Jadi Tali Barut Geng Nicky

Dsp Asp Antara 34 Anggota Jadi Tali Barut Geng Nicky

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 512 hits
PETALING JAYA Deputi Superintenden Polis dan Asisten Superintenden Polis antara kira kira 34 nama anggota dan pegawai polis yang telah dikenal pasti menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Lio...
Warga Emas Maut Disambar Petir Di Kebun Durian

Warga Emas Maut Disambar Petir Di Kebun Durian

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 318 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN ABD WAHAB TALIBDUNGUN Seorang warga emas maut dipercayai disambar petir di kebun durian miliknya di Kampung Sungai di Kuala Jengai di sini hari ini Mangsa Abd Wahab Talib 64 ditemukan tidak sedarkan di...
Diduga Depresi Wn Afrika Gantung Diri Di Guest House Kuta Bali

Diduga Depresi Wn Afrika Gantung Diri Di Guest House Kuta Bali

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 206 hits
Berdasarkan hasil keterangan identifikasi Polres Badung bahwa diduga penyebab kematian korban karena jeratan kain batik di leher Nihil ditemukan tanda tanda kekerasan terhadap korban kata Kapolsek Kuta Utara Kompol Marzel Doni Rabu malam
Bekas Koperal Bunuh Anak Tiri Dihukum Gantung Sampai Mati Sempat Pesan Pada Keluarga Jaga Anak Abang Baik Baik

Bekas Koperal Bunuh Anak Tiri Dihukum Gantung Sampai Mati Sempat Pesan Pada Keluarga Jaga Anak Abang Baik Baik

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 332 hits
Seorang bekas koperal polis sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya reda dan menjaga anak anaknya selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan tirinya enam tahun lalu Ha...
Umno Gantung Keahlian Setiausaha Akhbar Annuar Musa

Umno Gantung Keahlian Setiausaha Akhbar Annuar Musa

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 347 hits
BORHAN AHMADSelepas sekian lama menjadi tukang kempen menyerang pimpinan partinya Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz telah digantung keahlian Umno selama enam tahun Surat pemakluman keputusan oleh Setiausaha...
As Gantung Hubungan Perdagangan Dengan Myanmar

As Gantung Hubungan Perdagangan Dengan Myanmar

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 178 hits
Images KONGSI ARTIKEL AMERIKA SYARIKAT Amerika Syarikat menggantung semua hubungan perdagangan dengan Myanmar sehingga pemerintah yang dipilih dikembalikan Wakil Dagangan Amerika Katherine Tai mengumumkan demi
6 Destinasi Wisata Kopi Terbaik Di Indonesia Menikmati Sensasi Ngopi Di Kebun Kopi

6 Destinasi Wisata Kopi Terbaik Di Indonesia Menikmati Sensasi Ngopi Di Kebun Kopi

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 310 hits
Mulai dari cerita kehidupan petani panen kopi hingga mengolahnya sampai bisa diminum sendiri
Cara Unik Petani Prancis Melindungi Kebun Anggur

Cara Unik Petani Prancis Melindungi Kebun Anggur

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 216 hits
Cara Unik Petani Prancis Melindungi Kebun Anggur Petani Chabis menggunakan pemanas api untuk melindungi kebun anggurnya dari kerusakan akibat embun beku
When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berehat Seketika Dari Tulis Artikel Seo

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Johor Wau Bulan Di Muzium Layang Layang Pasir Gudang

Resipi Sayur Lemak Putih Tauge

First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org