Dsp Asp Antara 34 Anggota Jadi Tali Barut Geng Nicky





PETALING JAYA: Deputi Superintenden Polis (DSP) dan Asisten Superintenden Polis (ASP) antara kira-kira 34 nama anggota dan pegawai polis yang telah dikenal pasti menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Turut dikenal pasti bersekongkol dengan penjenayah Geng Nicky membabitkan beberapa pegawai polis berpangkat inspektor dan pangkat rendah koperal serta lans koperal.

Lebih mengejutkan, mereka yang disyaki tersebut bertugas di sebuah jabatan polis di Bukit Aman selain turut dipercayai terlibat dengan kartel Polis Diraja Malaysia ( PDRM) seperti didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid baru-baru ini.
Sumber berkata, kumpulan kartel ini rupanya bukan hanya melindungi Geng Nicky, malah mereka juga dipercayai menjadi petualang yang bersubahat, bersekongkol dengan beberapa sindiket jenayah terancang lain di negara ini.

Geng penjenayah lain turut dilindungi kumpulan polis tersebut ialah Geng Addy Kanna dan Geng Alvin Goh selain Geng Wan Padang Besar,Geng Paksu Kayu Hitam dan Geng Tiger 99 (AYT 99).
“Setakat ini, seorang berpangkat DSP dan dua ASP ini antara lebih 10 polis yang sudah dimasukkan dalam senarai untuk siasatan. Namun akan ada pegawai kanan tinggi lain akan turut dimasukkan dalam senarai tersebut,” kata sumber itu semalam.
Sementara itu, di Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang akhbar beliau semalam memberitahu, senarai nama pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan Geng Nicky tidak akan didedahkan.
Ketua Polis Johor itu berkata, tindakan yang akan diambil terhadap pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti terlibat dengan geng penjenayah itu akan dibuat di mahkamah kerana terlibat dengan kumpulan jenayah terancang.
Ayob Khan tidak menolak kemungkinan terdapat ramai lagi pegawai dan anggota yang bersekongkol dengan Geng Nicky ditahan selepas ini.
“Tunggu dan lihat, yang pasti akan lebih ramai (terbabit dengan Geng Nicky), bukan setakat 34 (pegawai dan anggota polis) sahaja. Kes ini semakin berkembang.
“Saya juga tidak akan mendedahkan senarai nama berkenaan. Kita akan ambil tindakan di bawah jenayah terancang,” katanya.
Menurut beliau, keutamaan mengenakan tindakan tatatertib ke atas tali barut ini adalah pilihan terakhir.
“ Saya tidak akan serah (senarai nama) pada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk ambil tindakan. “Kita masih kemas kini kertas siasatan, Insya-Allah bila sudah lengkap nanti, kita akan buat tangkapan,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, JIPS Bukit Aman memaklumkan masih menunggu senarai nama pegawai dan anggota polis yang didakwa bersekongkol dengan Geng Nicky.
Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya memerlukan senarai nama itu daripada polis Johor sebelum mengambil tindakan susulan termasuk merakam keterangan dan mengambil tindakan jika didapati menyalahi tata kelakuan serta disiplin.

Pada 30 Mac lalu, Abdul Hamid mendedahkan terdapat 34 pegawai dan anggota penguat kuasa termasuk polis terlibat melindungi jenayah Geng Nicky.
Kesemua individu berkenaan dikesan bergaul selain menjadi ahli serta membantu kumpulan jenayah terancang tersebut selepas menerima suapan.
Dalam pada itu, akhbar melaporkan kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan Polis Kontinjen Johor dalam serbuan di Setia Walk, Puchong, menyebabkan Nicky berjaya melarikan diri.
Dalam 70 serbuan Op Pelican 3.0 di Lembah Klang dari 20 hingga 28 Mac lalu, 118 individu diperiksa dan 68 ditahan, manakala wang tunai lebih RM770,000 dirampas. 
Sumber: UTUSAN





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/dsp-asp-antara-34-anggota-jadi-tali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imigresen Tidak Terima Anggota Terbabit Geng Nicky

Imigresen Tidak Terima Anggota Terbabit Geng Nicky

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 177 hits
BH ONLINE Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen setakat ini tidak menerima sebarang makluman daripada Polis Diraja Malaysia berhubung pembabitan anggota jabatan itu dengan ahli per...
Geng Nicky Polis Johor Tahan Asp Polis Kl Bawah Sosma

Geng Nicky Polis Johor Tahan Asp Polis Kl Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 251 hits
JOHOR BAHRU Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan jenayah terancang yang diketuai ahli perniagaan buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee Menurut sumber pegawai yang dit...
Gambar Geng Nicky Diedar Di Pos Kawalan Sempadan Negara

Gambar Geng Nicky Diedar Di Pos Kawalan Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 261 hits
MALAYSIAKINI Polis telah mengedarkan gambar ahli kumpulan Geng Nicky kepada petugas di sepanjang pos kawalan sempadan negara bagi memastikan ahli kumpulan jenayah terancang itu tidak melarikan diri atau cuba memboloskan diri ke negara jiran...
Serbuan Gempur Geng Nicky Dibuat Ikut Sop Pdrm

Serbuan Gempur Geng Nicky Dibuat Ikut Sop Pdrm

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 268 hits
Penggeledahan dibuat berdasar risikan atas sebab sebab munasabah JOHOR BAHRU Polis Diraja Malaysia hari ini menegaskan serbuan Ops Pelican 3 0 yang dilakukan di Trigon Residence Setiawalk Puchong Selangor pada 20 dan 21 Mac lepas bagi mengg...
Pegawai Polis Dikaitkan Geng Nicky Disiasat Di Bawah Jenayah Terancang

Pegawai Polis Dikaitkan Geng Nicky Disiasat Di Bawah Jenayah Terancang

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 223 hits
MALAYSIAKINIPolis Johor tidak akan menyerahkan nama pegawai mereka yang dikaitkan dengan ketua geng dalam buruan Nicky Liow Soon Hee kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Piawaian polis sebaliknya akan mengambil tindakan di bawah kesalahan...
Dua Adik Nicky Liow Antara 16 Individu Didakwa Pagi Ini

Dua Adik Nicky Liow Antara 16 Individu Didakwa Pagi Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 247 hits
Oleh MASZUREEN HADZMAN Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan Datuk Seri Nicky yang dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial PETALING JAYA Dua adik kepada Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nick...
Kemungkinan Lebih Ramai Pegawai Anggota Babit Kes Nicky Ayob Khan

Kemungkinan Lebih Ramai Pegawai Anggota Babit Kes Nicky Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 307 hits
381 total views 381 views today JOHOR BAHRU 14 April Polis Johor tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky dipercayai diketuai ahli perniagaan dal...
Geng Nicky Asisten Superintenden Polis Ditahan

Geng Nicky Asisten Superintenden Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 180 hits
Oleh Mohd Shariza Abdullah PETALING JAYA Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintenden Polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee Pegawai berusi...
Berbuka Dengan Geng Codm

Berbuka Dengan Geng Codm

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 264 hits
tak plan dan tiba tiba je jadi heee oh sabtu dan ahad aku kerja kesian kan jadi aku rasa macam nak berbuka dekat luar sebab acah acah stress gituh kebetulan aqish update status nak berbuka dekat luar siapa nak teman gituh lah bunyi nya aku ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian