Eat Sushi Malaysia Sunway Giza Kota Damansara Memperkenalkan Signature Sushi Yang Pertama Di Malaysia
Sapa peminat Sushi di sini? Tentu ramai gak yang suka makan sushi tapi tau tau kat mana nak restauran yang ada sushi kan? Seri Wangi pun tak tau nak cari restauran yang ada makanan sushi kalau gi KL mungkin senang nak cari, tapi sejak PKP ni malas nak kuar KL jalan jalan cari makan. Seri Wangi selalu gak dengar orang cakap makan sushi ni sedap, sejujurnya Seri Wangi jarang makan sushi sebabnya takde geng yang nak ajak kita. Akhirnya dapatlah juga Seri Wangi nak makan sushi ni.. kat mana? hmmm.. tak jauh kalau dari tempat Seri Wangi iaitu Eat Sushi Malaysia kat Sunway Giza Kota Damansara.
Kalau korang nak tau @eatsushi.malaysia ni bermula pada tahun 2009 di Capalaba Centre Shopping Centre Australia dan mempunyai 6 branch dan Eat Sushi adalah yang pertama dibuka kat Sunway Giza, Kota Damansara di Malaysia pada 11 Oktober 2020. Eat Sushi ni sebenarnya berbeza sedikit dari traditional Japanese food sebabnya resepi mereka mempunyai element Australia dan Jepun tapi rasa tetap sama macam sushi jepun gak.
Eat Sushi Kota Damansara
First time tau Seri Wangi masuk restoran Eat Sushi ni, tempat dia memang best sebab santai jer... korang boleh makan kat luar ataupun kat dalam. Kalau bawak family terutamanya yang budak kecik memang bagus sebab sambil makan, anak anak boleh main tempat permainanan yang ada di depan restoran ni. Seri Wangi suka makan kat luar open air haaa..!Dekorasi dalaman Eat Sushi pun cantik dan menarik dengan susunan deretan bekas bekas yang berpusing menanti pelanggan memilihnya.
Ditingkat satu pulak korang boleh lihat dekorasinya yang sangat cantik dengan susunan meja dan hiasan dalaman yang menarik, di sini korang boleh adakan pelbagai majlis bersama kekawan, family anda party harijadi dan jamuan office...macam-macam ada...!
Eat Sushi Signature Sushi
Eat Sushi Sunway Giza Kota Damansara memperkenalkan Signature Sushi yang terdiri dari:
✳️Unagi Rainbow Maki - Kami telah menambah cream cheese dari maki unagi tradisional
✳️Grill Salmon Rainbow Maki - Kami telah menambah special source untuk menjadikannya sedikit masam
✳️Tempura Sushi Maki - Kami menggoreng maki dengan tempura
✳️Avocado Rainbow Maki - Kami menambah avocado untuk menjadikannya enak dan sihat
✳️Grill Hotate Rainbow Maki - Campuran Crabstick Salad dengan scalloppanggang
✳️Egg Rainbow Maki - Masukkan egg sheet untuk kelihatan menarik dan enak
Harga plate bermula dari RM2.80, RM3.80 & RM4.80 murah jer.. murahkan?
Okay...jom tengok apa yang Seri Wangi makan? Sebenarnya Seri Wangi tak reti nak pilih Sushi yang sedap dan boleh diterima tekak ni!! Nasib baik ada gengkaki shusi yangtolong pilihkan,naknya bilatengok bekas-bekas sushi tu dukround and berjalan-jalan....haaaaa...naik juling mata kita dibuatnya. Ni...first time tau nak rasa and makan sushi jadi jakon sikit....jangan gelak tau!!! Setiap bekas tu cuma ada seketul dua sushi tapi bila korang dah tamak amik sampai 5/6 bekas memang jadi kenyang and minum teh hijau sejuk/panas memang ngam.
Macam mana? Sedap kan? Tentu korang pun nak join sama Seri Wangi makan, puas hati dapat rasa and makan sushi kalau boleh nak makan semua sushi yang ada kat dalam tu...tapi dah kenyang dah....jangan tamak...next time boleh repeat lagi. Korang kalau nak makan sushi bolehlah datang ke Eat Sushi Malaysia Sunway Giza Kota Damansara.
Jom Cuci Mata
Untuk maklumat lanjut dan tempahan Eat Sushi
Facebookwww.facebook.com/EatSushiMalaysia
Instagramwww.instgram.com/eatsushi.malaysia
Alamat
Eat Sushi MalaysiaA-13-G Sunway GizaJalan PJU 5/14Kota Damansara47810 Petaling Jaya
Tel: 03-74967318
#eatsushisunwaygiza #eatsushimediaevent #eatsushimalaysia #japanesecuisine #bestsushikl #bloggermalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2020/10/eat-sushi-malaysia-sunway-giza-kota.html