Easy Cancel Oleh Airasia Move Menawarkan Fungsi Pembatalan Efisen Untuk Sebarang Alasan
Assalammualaikum semua! Berita gembira buat anda yang suka travel tetapi ada kebimbangan jika ada perkara berlaku semasa tarikh percutian menghampiri. Kita tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa akan datang kan?
Easy Cancel oleh AirAsia MOVE adalah satu penambahan fungsi yang direka untuk beri lebih fleksibiliti kepada penumpang. Terutamanya untuk mereka yang berkeluarga seperti Ruby yang mungkin tak selalu batalkan penerbangan, tetapi tetap perlukan pelan sokongan kalau berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti perubahan jadual kerja suami atau hal persekolahan anak-anak.
EASY CANCEL OLEH AIRASIA MOVE MENAWARKAN FUNGSI PEMBATALAN EFISEN UNTUK SEBARANG ALASAN
Merancang perjalanan kini menjadi lebih mudah dengan pengenalan Easy Cancel oleh AirAsia MOVE, ciri tambahan baharu yang membolehkan pengguna membatalkan penerbangan AirAsia mereka dalam masa 48 jam sebelum berlepas dan menerima pemulangan wang dalam tempoh sepuluh hari.
Ditawarkan secara eksklusif di aplikasi AirAsia MOVE, Fungsi Easy Cancel memberikan jaminan kepada pengembara untuk membuat tempahan, dengan kebebasan untuk membatalkan tempahan penerbangan tanpa perlu menjelaskan sebab. Sama ada disebabkan perubahan jadual secara tiba-tiba atau sekadar berubah fikiran, ciri baharu ini memberikan fleksibiliti yang lebih tinggi, menjadikan perancangan perjalanan lebih mudah dan selari dengan keperluan pelanggan
Dengan Easy Cancel, para pengembara boleh memilih antara pilihan pemulangan wang sebanyak 80% atau 100%, termasuk untuk pembelian tambahan seperti bagasi, makanan, dan caj lain. Easy Cancel mesti dibeli semasa proses tempahan dan tidak boleh ditambah kemudian melalui bahagian Manage Booking
Untuk menambah pilihan Easy Cancel ke dalam tempahan, selepas memilih penerbangan dan mengisi butiran penumpang, tetamu hanya perlu klik ‘Continue to Add-Ons’, teruskan dengan klik ‘Continue’ sekali lagi, dan pilih pilihan Easy Cancel yang tersedia.
Ciri tambahan baharu ini tersedia untuk semua laluan AirAsia, kecuali penerbangan ke Korea Selatan dan laluan domestik Indonesia. Bagi penerbangan AirAsia X (D7) seperti dari Kuala Lumpur ke Almaty dan Sydney, Easy Cancel akan tersedia menjelang akhir bulan Mei
Penumpang boleh batalkan penerbangan dan mendapat pulangan dalam bentuk tunai dengan syarat ia dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan jiwa semasa menempah tiket awal, terutama bagi perjalanan yang melibatkan ramai ahli keluarga.
Apabila anda memilih Easy Cancel. Bayaran balik akan dikembalikan kepada anda dalam bentuk pembayaran asal semasa anda membuat tempahan di platform AirAsia MOVE. Sama ada melalui akaun bank atau Paypal
Kalau anda tempah tiket jauh lebih awal (contohnya semasa promosi) dan tahu ada kemungkinan jadual berubah kerana kerja suami atau peperiksaan anak-anak, Easy Cancel adalah pelindung yang wajar. Jika kebimbangan utama anda hanya pada “mungkin tak jadi pergi”, Easy Cancel lebih mudah dan terus dalam aplikasi AirAsia MOVE.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2025/04/easy-cancel-oleh-airasia-move.html