E Invois Lhdn Usaha Tingkatkan Pengurusan Cukai
Kerajaan telah mengumumkan pengenalan e-Invois LHDN dalam usahanya untuk meningkatkan tahap pengurusan cukai di negara ini, selari dengan pertumbuhan ekonomi digital.
Usaha ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, di mana salah satu tumpuan utamanya adalah untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai.
e-Invois akan membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi hampir masa nyata, memenuhi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).
Apa itu e-Invois?
e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang
dilaksanakan antara penjual dan pembeli, menggantikan penggunaan
dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format pdf, jpeg, doc dan lain-lain.
e-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen
tradisional, contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti,
harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan, yang merekodkan data
transaksi untuk operasi perniagaan harian.
Artikel menarik: e-Billing LHDN: Semakan Nombor Bil Untuk Bayaran Cukai
Manfaat dan kelebihan
Pelaksanaan e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi
perniagaan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai dan berikut adalah kelebihan lain yang akan diperoleh dengan pengenalan ini:
Proses penyediaan invois secara manual telah diringkaskan melalui
penyediaan dokumen dan pengemukaan invois secara elektronik.
Pengautomasian kemasukan data invois ini juga mengurangkan kesilapan
dan proses manual oleh pembayar cukai.
Memudahkan pengemukaan borang nyata melalui integrasi sistem yang lancar bagi tujuan pelaporan cukai yang efisien dan tepat.
Bagi syarikat besar, pelaksanaan e-Invois dapat memperkemaskan operasi perniagaan, meningkatkan kecekapan serta menjimatkan masa dan kos melalui proses automasi, integrasi data yang lancar dan pengurusan invois yang lebih efisien;
Bagi Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS), pelaksanaan e-Invois secara berperingkat dapat memastikan peralihan kepada sistem baru ini secara lebih progresif dan terkawal. Selain itu, PMKS juga dapat menyelaras digitalisasi proses kerja dan pelaporan kewangan mengikut piawaian industri
> Dapatkan konsultansi penghantaran borang B/BE/P (E-Filling)
Jenis-jenis e-Invois
Invois: Dokumen komersial yang menyenaraikan atau merekodkan
transaksi antara penjual dan pembeli, termasuk pengeluaran sendiri e-Invois
seperti mendokumenkan perbelanjaan dengan penjual asing.
Nota Kredit: Nota kredit dikeluarkan oleh penjual untuk membetulkankesilapan, memberikan diskaun atau merekodkan pulangan dalam e-Invoisyang telah dikeluarkan sebelum ini dengan tujuan mengurangkan nilai e-Invois asal. Ia juga digunakan dalam situasi di mana pengurangan e-Invois asal tidak melibatkan pemulangan wang kepada pembeli;
Nota Debit: Nota debit dikeluarkan untuk menunjukkan caj tambahan dalam e-Invois yang dikeluarkan sebelum ini; dan
Nota Bayaran balik: Nota bayaran balik ialah dokumen yang dikeluarkanoleh penjual untuk mengesahkan pemulangan bayaran yang telah dibuatoleh pembeli. Ini digunakan dalam situasi di mana terdapat pemulanganwang kepada pembeli.
Tarikh perlaksaan
Garis masa pelaksanaan mandatori e-Invois adalah seperti di bawah:
No.Sasaran Pembayar CukaiTarikh Pelaksanaan1. Pembayar cukai dengan pendapatan
atau jualan tahunan melebihi RM100 juta1 Jun 20242.Pembayar cukai dengan pendapatan
atau jualan tahunan melebihi RM50 juta
dan sehingga RM100 juta1 Januari 20253.Pembayar cukai dengan pendapatan
atau jualan tahunan melebihi RM25 juta
dan sehingga RM50 juta1 Januari 20264.Semua pembayar cukai dan transaksi
bukan perniagaan tertentu1 Januari 2027
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/e-invois-lhdn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=e-invois-lhdn