Duwa Music Memeriahkan Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Baru-baru ini Cik iena berkesempatan ke Buffet Ramadhan di The Everly Putrajaya Hotel. Walaupun tiba agak lewat selepas azan berbuka namun Cik iena dapat merasakan kemeriahan berbuka puasa disini. Makanan yang habis akan di refill dengan cepat. Servis yang bagus dari pekerja Hotel berkenaan.
Jika sebelum ini Cik iena pernah hadir untuk sesi preview buffet ramadhan 2019 The Everly Putrajaya, kali ini Cik iena hadir untuk berbuka puasa disini. Pengalaman berbuka puasa disini sememangnya menyeronokkan. Terdapat lebih dari 100 menu makanan yang dihidangkan .
Klik untuk baca artikel review Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Antara makanan yang Cik iena makan yang Cik iena suka ketika berbuka puasa di The Everly Putrajaya baru-baru ini adalah sambal sotong, ayam masala, sambal ikan keli, kerabu mangga, ikan bakal ala portugis , lala masak halia dan kerabu kacang panjang.
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Untuk pengetahuan ini merupakan pertama kali Cik iena makan sambal ikan keli. Selepas makan sambal ikan keli disini Cik iena rasa suka sambal ikan keli. Tapi kalau masakan orang lain tak taulah sama rasa atau tidak. Yang pasti pertama kali Cik iena makan sambal ikan keli disini Cik iena terpaut hati dengan sambal ikan keli.
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Sambal ketam disini juga agak unik. Ketam digoreng dengan tepung terlebih dahulu kemudian dimasak sambal. Memang menarik dan sedap di makan. Pertama kali Cik iena cuba masakan sambal ketam goreng tepung. Kebiasaannya sambal ketam sahaja. Rasa rangupu ketam goreng tepung membuatkan Cik iena dan adik makan berulang-ulang sambal ketam tersebut.
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Antara hidangan sampingan lain yang cik iena makan adalah satay, pau, dimsum, apam balik, tapai dan abc. Terdapat banyak lagi menu sampingan dan pencuci mulut cuma cik iena tiba agak lewat jadi tak sempat nak makan semuanya. Lagipun masa bulan puasa memang tak larat nak makan banyak :D
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Duwa Music Memeriahkan Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Duwa Music Memeriahkan Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Selain dari hidangan makanan yang banyak dan pelbagai, Buffet Ramadhan disini juga meriah dengan persembahan dari Duwa Music. Alunan merdu acoustic duo yang dimainkan beserta suara yang lunak merdu menambat hati para tetamu yang berbuka disini terutamanya Cik Iena.
Duwa Music Memeriahkan Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Iqqa selaku penyanyi Duwa Music sendiri sangat petah bercakap menghiburkan para tetamu. Bukan sahaja menyanyi beliau juga menghiburkan tetamu dengan ucapannya dan juga yang paling digemari tetamu mereka akan menyanyikan lagu yang di minta oleh para tetamu.
Para pekerja hotel disini juga kelihatan sangat senang dan selesa dengan kemesraan Duwa Music ini yang menghiburkan mereka yang sedang bekerja.
Mengenai Duwa Music
Dianggotai oleh pasangan suami isteri yang cukup romantik iaitu Iqqa dan Fahmi. Mula bertapak dalam dunia seni sejak tahun 2016. Pada asalnya Duwa Music ditubuhkan kerana iqqa dan fahmi ingin mengumpul duit untuk melansungkan perkahwinan.
Duwa Music Memeriahkan Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Selain aqoustic duo , mereka juga mempunyai kumpulan ghazal dan live band juga untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Kumpulan ghazal ini dianggotai oleh mereka berdua dan beberapa rakan yang lain.
Duwa Music Memeriahkan Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Sekiranya anda berminat untuk memanggil Duwa Music memeriahkan majlis anda anda boleh hubungi mereka di talian 0168157871 atau email mereka di duwamusic@gmailcom. Anda juga boleh mengikuti perkembangan mereka di laman sosial mereka seperti berikut'
Instagram : https://www.instagram.com/duwamusic/
Facebook : https://web.facebook.com/duwamusic
Youtube : Duwa Music
Promosi Terbaru Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Kini dapatkan harga istimewa RM88 di mana harga asal adalah RM108 nett untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak dan warga emas. Harga ini sah sehingga 12 May 2019. Walaubagaimanapun Cik iena dimaklumkan tarikh promosi dilanjutkan sehingga diberitahu kelak.
Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
Untuk promosi istimewa bagi pakej bilik Ramadan , sila hubungi 03-88922929 atau e-mel kepada
[email protected]Cik iena nasihatkan untuk membuat tempahan anda perlu call. Sebelum ni Cik iena call untuk membuat tempahan. Whatsapp tidak di reply kerana mereka kekurangan staff buat masa ini. Jadi adalah lebih baik untuk anda call untuk membuat tempahan berbuka puasa disini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2019/05/buffet-ramadhan-the-everly-putrajaya.html