Dustakan Cinta Kelly Azman


Dustakan Cinta Kelly Azman | Siapa yang tak kenal penghibur serba boleh, Kelly Azman? 


Terkini Kelly Azman turut sama merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta. Menariknya mengenai single kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri.
Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45 lagu tersebut berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan keseorangan.
“Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula sukamuntuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kongsikan buah tangan terbaharu kepada mereka yang mengikuti perkembangan saya. Saya amat teruja dengan penghasilan lagu ini kerana ia merupakan ciptaan saya sendiri selain mendapat sentuhan karya daripada mereka yang hebat dan berpengalaman” kata Kelly. 
Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR.
 
Video Muzik Dustakan Cinta

Lagu yang mula dirakamkan pada Julai dan siap sepenuhnya pada September itu turut mempunyai sebuah video muzik yang menceritakan perjalanannya. Bercerita mengenai proses rakaman video muzik tersebut, menurut salah seorang juri All Together Now itu ia telah dirakamkan di Genting Highlands.
Meskipun mengalami kesukaran pada awal penggambaran berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, Kelly bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh yang dirancang.


“Sebenarnya masa awal penggambaran terdapat beberapa masalah tertentu seperti saya dimaklumkan jalan untuk ke Genting Highland akan ditutup selain cuaca juga yang tidak menentu. Tetapi saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan cuaca sepanjang di sana juga seperti kena dengan emosi lagu ini. Sebagai contoh ada babak tertentu saya perlu terkena hujan dan secara kebetulan ketika itu memang hujan turun.” katanya lagi.
Harapan Kelly, lagu ini akan terus membawa pengenalan dirinya sebagai seorang penghibur serba boleh. Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon, malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air. 
Untuk rekod, lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula 21 Oktober yang lalu manakala video muzik boleh ditonton menerusi YouTube MVM Music pada 3 November 2022, jam 9 malam.
Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd. 
 
Lirik Dustakan Cinta
Kamu Bagaikan Jiwa Ku Kasih
Menemani Aku Selalu
Tapi Engkau Berpaling Dari Ku
Meninggalkan Ku Dalam Rindu
Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu
Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan Takdir Ku
Kamu Bagai Pelita Ku Kasih
Menerangi Tiap Waktu Ku
Tapi Engkau Mendustakan Aku
Melenyapkan Kasih Ku Pada Mu
Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu
Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan Takdir Ku
Suratan Takdir Ku
Mengapa Dustakan
Janji Mu Yang Pernah
Kau Lafazkan
Hu... Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu
Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan Takdir Ku
Adakah Ini Suratan Takdir Ku


#KellyAzman #DustakanCinta #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM


 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.byrawlins.com/2022/11/dustakan-cinta-kelly-azman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Kelly Azman Dustakan Cinta

Lirik Lagu Kelly Azman Dustakan Cinta

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 275 hits
Lirik Lagu Kelly Azman Dustakan CintaLirik Lagu Kelly Azman Dustakan Cinta Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari Kelly Azman yang berjudul Dustakan Cinta Lagu ini adalah hasil cipta...
Baby Shima Cinta Darimu

Baby Shima Cinta Darimu

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 251 hits
Baby Shima Cinta Darimu Saat indah cinta kita Sudah menjadi sejarah Senyumku kuburkan luka Simpan cinta kita Setelah sekian lama Kenyataan ku terima Terkadang ku menyesal Perpisahan kita Aku merasa cinta darimu Bayangkan mu ada di sisiku Ke...
Sembuh Dari Kanker Intip 5 Potret Terbaru Cinta Penelope

Sembuh Dari Kanker Intip 5 Potret Terbaru Cinta Penelope

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 208 hits
Beberapa tahun lalu Cinta Penelope berjuang untuk sembuh dari kanker Ia menjalani perawatan untuk kesembuhannya Cinta Penelope sudah melakukan pemeriksaan final untuk penyakitnya Kini kondisinya semakin membaik dengan dibuangnya kedua tuba ...
Konsert Amal Agungnya Cinta Beramal Melalui Inisiatif Kutipan Dana Amal Yayasan Uniti

Konsert Amal Agungnya Cinta Beramal Melalui Inisiatif Kutipan Dana Amal Yayasan Uniti

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSebuah konsert islamik berjudul Konsert Agungnya Cinta bakal diadakan pada penghujung tahun 2022 ini sebagai kemuncak bagi inisiatif amal Agungnya Cinta yang diusahakan oleh Yayasan UNITI dan dengan kerjas...
Konsert Agungnya Cinta Inisiatif Dana Amal Oleh Yayasan Uniti Bekerjasama Dengan Afocus Media Ventures

Konsert Agungnya Cinta Inisiatif Dana Amal Oleh Yayasan Uniti Bekerjasama Dengan Afocus Media Ventures

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhInisiatif Dana Amal Agungnya Cinta Yayasan UNITI yang terkenal dengan pelbagai gerakerja amal kini menjalin kerjasama dengan Afocus Media Ventures produser media Islamik kontemporari dalam menganjur...
Rheka Restu Cinta Dibalas Tuba Chord

Rheka Restu Cinta Dibalas Tuba Chord

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 266 hits
Fm A m D G C A m Gm C C Fm A msakit kurasakan D G saat bersamamu C A mkau buat diriku Gm Cbagaikan sembilu Fm A maku sudah lelah D G dengan semuanya C A mcinta yang ku jaga Gm Ckau balas dengan tuba Fm A m sudah terlalu sakitnya D G aku men...
Andmesh Putus Tapi Cinta Chord

Andmesh Putus Tapi Cinta Chord

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 213 hits
A D Gm F A Semua Cerita D Cerita Indah GmTentang Hubungan FKita Berdua Dm A mYang lama telah usai D Hilang begitu saja A CmWalaupun sebenarnya D m FMasih ada rasa A Hati tak tega D Melihat wajahnya Gm Mencoba sembunyikan luka Fdengan senyum...
Eina Azman Kongsi Foto Umrah Tapi Lain Pula Reaksi Netizen Spek Tak Cukup Besar Lagi

Eina Azman Kongsi Foto Umrah Tapi Lain Pula Reaksi Netizen Spek Tak Cukup Besar Lagi

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 238 hits
Tindakan pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik beberapa posting menunaikan ibadah umrah buat kali kedua menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram Hantaran tersebut memaparkan foto dan video Eina atau nama sebenarnya Ainur Syaki...
Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Telefilem Joie De Vivre

Gelombang Senyap Pengundi Melayu Tolak Dap Dan Parti Sekutu Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Akan Datang

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Makan Di Kafe Frenc E Roast

Sup Tulang Daging Korban Hidangan Tengahari

Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat