Dunia Gerun Kehebatan Pemanah Melayu Media Variasi 26 01 2023


 

KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak tahu bahawa dunia kini amat mengagumi pemanah tradisional dari Malaysia yang memiliki kehandalan luar biasa dalam sukan ini.
Rasa kagum itu hadir apabila melihat penyertaan pemanah Melayu di pentas antarabangsa memecah rekod dimonopoli Hungary yang sekian lama mengungguli kejohanan HDH-IAA World Historical Traditional Archery, itu sejak dua dekad lalu. 
Lebih manis lagi, ada pertandingan itu dianjurkan di Turkiye, Hungary, Macau, Thailand, pemanah Melayu lengkap bertanjak mahupun peserta wanita tidak pulang dengan tangan kosong tetapi pasti bersama gangsa, perak ataupun emas kerana diketahui datang untuk menang.
Kekuatan mereka hanya bersandarkan mata hati, bersama akal dan jasad menjadikan pemanah lebih yakin dan tenang memegang busur dan melepaskan anak panah tepat pada sasaran.
Malangnya, meskipun berjaya menempa nama di mata dunia sejak lapan tahun lalu, tetapi pasukan di bawah Pemanah Tradisional Malaysia (TAAM) ini seperti dianaktirikan di mata kerajaan tanpa tahu punca.
Membawa pulang pelbagai pingat dan plak berprestij dunia seolah-olah tidak mampu ‘menambat’ perhatian kerajaan untuk diiktiraf di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pengasas Pusat Latihan Memanah Berkuda Percuma, Darul Jariyah, Jalijah Awang Kenit, berkata, sukan memanah tradisional sudah bertapak lama dalam negara, tetapi anehnya kurang diberi perhatian oleh pihak berkaitan berbanding di luar negara.Katanya, pemanah yang berjaya selama ini bertungkus lumus mencari dana sendiri melalui perniagaan sendiri, yang sudi menghulurkan bantuan, selain membantu satu sama lain malah ada yang sanggup menggadaikan barang peribadi.
“Mereka bukan setakat juara kampung tetapi hebat di mata dunia, ada pelapis baharu tempatan pun boleh mengalahkan juara dunia.“Cuma… kalau ada agensi korporat yang nampak kami (TAAM), bantulah kami dari segi tajaan kewangan dan sukan memanah tradisional kita.
“Apa sahaja agensi yang sudi beri tajaan, boleh menaikkan lagi semangat mereka, mengadakan pertandingan lebih kerap, dan melahirkan pelapis lebih hebat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media penganjuran Pertandingan Cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM di Pusat Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Bukit Beruntung, yang dijadualkan pada 28 Januari ini.
Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; wakil Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan, Mejar Bersekutu (PA) Zamri Mohd Zaman Khan serta barisan pemanah tradisional TAAM.Jalijah turut mendedahkan beberapa senarai pemanah tradisional yang pernah bergelar juara dunia dan meningkat naik di peringkat antarabangsa dan tempatan.
Mohd Saharuddin Hassan, pemegang Juara HDH-IAA World Historical Archery Championship 2022, kelompok pemanah tradisional lapan terbaik dunia, pemegang pingat perak World Nomad Games di Iznik, Bursa di Turkiye.Muhammad Mustaqqim Rosman, pemegang pingat emas Kejohanan Pemilihan ke Islamic Solidarity Game di Konya, Turkiye; pingat emas di Festival Pemanah Dannok Thailand 2023, dan pingat gangsa di Pateh Laga 2, Malang Indonesia 2022.
Muhammad Zarul Shafiq Zahar, pemegang pingat gangsa Festival Pemanah Dannok Thailand 2023, pingat emas Festival Memanah Tradisional Sepang 2022, dan emas Liga Memanah Selangor 2022.
Said Hawa Mohd Salleh, pemegang pingat perak di Macau 2018, pingat perak berkumpulan World Nomad Games Iznik, Bursa di Turkiye 2022, pingat emas Liga Memanah Tradisional Kebangsaan 2022, pingat emas jemputan Bintulu.
Ahmad Zulqarnain Murad, pemegang emas berkumpulan International Traditional Archery Festival 2018, emas berkumpulan ke Islamic Solidarity Game di Konya, Turkiye; perak di Dannok Archery Festival 2023.


Artikel oleh: Media Variasi
DUNIA GERUN KEHEBATAN PEMANAH MELAYU
https://mediavariasi.com/2023/01/dunia-gerun-kehebatan-pemanah-melayu/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/01/dunia-gerun-kehebatan-pemanah-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Cabaran Bukit Uhud Ppim Pemanah Tradisional Negara Kenyataan Media Ppim 26 01 2023

Program Cabaran Bukit Uhud Ppim Pemanah Tradisional Negara Kenyataan Media Ppim 26 01 2023

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 169 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan sukan tradisional khususnya untuk umat Islam di negara ini Dalam arus serba moden kini sukan tradisional semakin ditinggalkan Menyedari hakikat ini PPIM bersama Pusat Ke...
10 Tempat Paling Instagrammable Di Dunia Tahun 2023

10 Tempat Paling Instagrammable Di Dunia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 158 hits
Memandangkan media sosial terus berkembang dan memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan seharian kita tidak hairanlah bahawa Instagram telah menjadi alat penting untuk pengembara yang ingin mendokumentasikan dan berkongsi pengemba...
Lupus Semua Kepentingan Multinasional Sweden Kenyataan Media Ypnm 25 01 2023

Lupus Semua Kepentingan Multinasional Sweden Kenyataan Media Ypnm 25 01 2023

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 128 hits
Yayasan Patriot Negara Malaysia mengutuk perbuatan membakar al Quran oleh seorang pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs Rasmus Paludan di hadapan Kedutaan Turkiye Sabtu lalu Perbuatan itu menunjukkan kebiadapan melampau terhadap kitab s...
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Tahun 2023

Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Tahun 2023

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 221 hits
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Tahun 2023 Terkini info baru sahaja telah dibuka peluang kerjaya khusus untuk rakyat Malaysia Untuk makluman Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong Jawatan jawatan kosong tela...
Bali Peringkat Ke 2 Destinasi Wisata Terpopuler Di Dunia 2023 Kalahkan London Dan Paris

Bali Peringkat Ke 2 Destinasi Wisata Terpopuler Di Dunia 2023 Kalahkan London Dan Paris

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 207 hits
Penilaian wisata terpopuler ini berdasarkan Travelers Choice Award for Destination 2023 yang diselenggarakan TripAdvisor berdasarkan ulasan para wisatawan
Ppim Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden Kenyataan Media Ppim 25 01 2023

Ppim Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden Kenyataan Media Ppim 25 01 2023

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 168 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pengguna di negara ini bertindak atas kebiadaban ahli politik Sweden Rasmus Paludan yang membakar al Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata tin...
Kenapa Tidak Dihapuskan Bankrap Sebelum 2017 Kenyataan Media Ppim 31 01 2023

Kenapa Tidak Dihapuskan Bankrap Sebelum 2017 Kenyataan Media Ppim 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR 31 Januari 2023 Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius nasib mereka yang dihukum bankrap sebelum tahun 2017 yang seolah olah dinafikan hak mereka berikutan langkah penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi pada t...
Hoki Piala Dunia 2023 Jadual Keputusan

Hoki Piala Dunia 2023 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 211 hits
Kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 berlangsung di Bhubaneswar Rourkela India akan membuka tirai pada 13 hingga 29 Januari 2023 Skuad Senior Lelaki Kebangsaan bakal bersaing di Kumpulan C bertemu dengan pasukan Chile Belanda d...
Kenapa Tidak Hapuskan Bankrap Sebelum 2017 Sidang Media Ppim 31 01 2023

Kenapa Tidak Hapuskan Bankrap Sebelum 2017 Sidang Media Ppim 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 187 hits
Dunia dilaporkan akan mengalami kemelesetan ekonomi bermula tahun 2023 Walaupun data kebankrapan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan penurunan kadar kes kebankrapan pada tahun 2022 berbanding 2021 namun dikhuatiri ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco