Dunia Diambang Kemelesetan Besar



Kredit: Prof Mohd Nazari Ismail
Dalam sejarah manusia, kejadian wabak bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan sebenarnya terdapat kejadian wabak yang berlaku sebelum ini yang jauh lebih menggerunkan berbanding Covid-19. Sebagai contoh wabak `Kematian Hitam’ (Black Death) yang berlaku sekitar 1350 telah membunuh 20 juta nyawa di benua Eropah dan kemungkinan puluhan juta di benua lain, sementara wabak Demam Sepanyol (Spanish flu) yang berlaku pada tahun 1918 mengorbankan 50 juta nyawa di seluruh dunia.
Sebagai perbandingan, Covid-19 walaupun sudah berlaku beberapa bulan dan telah merebak ke seluruh dunia, namun jumlah kematian di seluruh dunia masih belum mencecah 10 ribu lagi. InshaAllah dengan usaha kerajaan dan pelbagai pihak lain serta berkat doa-doa kita semua memohon perlindungan kepada Allah SWT, jumlah kematian mungkin tidak akan dapat menandingi angka 50 juta yang dikorbankan oleh wabak Demam Sepanyol.
Namun satu perkara yang harus disedari ialah kesan ekonomi kepada masyarakat manusia di seluruh dunia akibat Covid-19 berkemungkinan adalah yang paling teruk dalam sejarah manusia. Punca utama kepada perbezaan ini adalah perbezaan yang sangat besar dari aspek keadaan kewangan manusia pada masa dahulu dan sekarang, khasnya dalam aspek saiz industri hutang sekarang ini berbanding zaman dahulu.
Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut, kita perlu sedar bahawa wabak Covid ini telah memberi kesan ekonomi yang sangat teruk kepada banyak sektor. Ini terutama sekali apabila beberapa kerajaan di seluruh dunia melaksanakan langkah `kawalan pergerakan’ (atau lockdown). Kebanyakan daripada mereka adalah dari sektor swasta yang memerlukan pendapatan untuk membayar kos operasi.
Walaupun terdapat kos yang dapat dikurangkan oleh syarikat swasta akibat penutupan operasi (seperti petrol, disel, elektrik dan air), namun terdapat kos tetap yang terpaksa ditanggung seperti kos sewa premis dan kos gaji kakitangan. Tambahan pula kebanyakan daripada syarikat swasta mempunyai beban hutang yang sangat tinggi kepada sektor perbankan. Di Malaysia beban hutang sektor swasta adalah lebih dari RM1 trillion. Syarikat-syarikat ini akan menghadapi keadaan kewangan yang sangat mencabar kerana pendapatan mereka akan jatuh mendadak sementara beban hutang mereka masih perlu diselesaikan. Besar kemungkinan banyak syarikat tidak akan mampu membayar hutang mereka dan akan jatuh muflis. Akibatnya mungkin ratusan ribu pekerja akan kehilangan pekerjaan. Sebagai contoh dalam sektor penerbangan sahaja, syarikat Qantas dilaporkan akan meminta 20 ribu pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji. Jika ratusan ribu pekerja di seluruh dunia yang kehilangan sumber pendapatan ini juga mempunyai beban hutang yang tinggi (di Malaysia hutang isi rumah pada tahun 2019 adalah lebih dari RM1.1 trillion), kita boleh bayangkan kesengsaraan yang bakal dihadapi oleh mereka dan ahli keluarga mereka.
Oleh kerana masalah Covid-19 ini berlaku di seluruh dunia, maka tidak hairanlah kenapa ramai penganalisa ekonomi menyatakan ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan yang teruk akibat daripada bencana ini. Ada yang meramalkan bahawa ekonomi negara Amerika dan Eropah akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif sementara ekonomi negara China mungkin akan berkembang sebanyak 1.5 peratus sahaja. Oleh itu kemungkinan ekonomi dunia mengalami penguncupan ekonomi yang mendadak adalah sangat tinggi.
Ramai pihak akan menuntut agar kerajaan di seluruh dunia memberikan bantuan kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang dalam keadaan tersepit. Namun hakikatnya kebanyakan kerajaan juga dalam keadaan kewangan yang tenat dengan bebanan hutang yang tinggi. Sebagai contoh kerajaan Malaysia sendiri mempunyai beban hutang dan tanggungan yang melebihi RM1 ribu billion atau RM1 trillion sementara kerajaan Amerika mempunyai beban hutang melebihi USD22 trillion atau hampir RM90 trillion. Pendapatan kerajaan di seluruh dunia juga akan meleset kerana kutipan cukai juga akan menurun apabila banyak syarikat jatuh muflis atau mengalami kerugian. Dalam kes Malaysia pendapatan kerajaan daripada sumbangan Petronas juga dijangka menurun kerana harga minyak yang sudah jatuh ke bawah paras USD30 se tong.
Di dalam keadaan di mana hutang di seluruh dunia daripada semua sektor adalah berjumlah lebih daripada USD250 trillion (atau lebih dari RM1 quadrillion), maka sudah tentu kemelesetan ekonomi ini akan mengakibatkan krisis hutang yang sangat serius di masa akan datang yang akan melibatkan sektor kerajaan, swasta dan isi rumah.
Pendek kata, dalam beberapa bulan lagi walaupun inshaAllah ramai daripada pesakit Covid-19 di seluruh dunia akan kembali sembuh kerana paru-paru mereka akan kembali pulih dan mereka juga akan boleh bernafas dengan lega, namun malangnya dari aspek kewangan pula, ramai dari kalangan kita akan berada dalam keadaan yang semakin tenat dan mungkin tidak akan dapat bernafas langsung untuk tempoh masa yang sukar diramalkan dengan tepat dan yakin. Sebagai rumusan, apabila industri hutang dibiarkan berkembang, maka masalah wabak atau apa-apa bencana akan melipatgandakan kesengsaraan manusia. Hanya pemilik industri hutang sahaja yang mungkin masih boleh hidup dengan selesa di celah-celah kesengsaraan tersebut.
Prof Nazari Ismail UM
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
Penulis bertugas di Jabatan Polisi dan Strategi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya. Buku terkini beliau bertajuk “Membujur Lalu Berhutang Parah – Kesan Industri Hutang Terhadap Masyarakat Dunia’.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26792

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Ransangan Besar Hadapi Kemelesetan Diperlukan Exco

Pakej Ransangan Besar Hadapi Kemelesetan Diperlukan Exco

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 196 hits
Apabila COVID19 mula menular saya mula teringatkan pada tahun 1997 apabila Malaysia terlibat di dalam krisis ekonomi pada ketika itu Memetik pandangan Tun Dr Mahathir COVID19 akan menyebabkan kita kembali ke zaman 1997 malah lebih parah dar...
Sejarah Wabak Besar Yang Melanda Dunia Setiap 100 Tahun

Sejarah Wabak Besar Yang Melanda Dunia Setiap 100 Tahun

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 317 hits
Entah sebuah kebetulan atau tidak dalam catatan sejarah setiap 100 tahun ada wabah atau pandemi luar biasa besar yang melanda dunia Sejarah Wabah Besar yang Melanda Dunia Setiap 100 Tahun Pandemi tersebut adalah Wabah Besar Marseille Wabah ...
Inilah Jentera Pengorek Bijih Timah Paling Besar Di Dunia

Inilah Jentera Pengorek Bijih Timah Paling Besar Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 602 hits
Bagger 288 dibuat oleh syarikat Jerman Thyssen Krupp untuk tenaga dan kos Rheinbraun kos AS 100 juta Alat ini sering dikenali dengan nama perlombongan jalur mesin mudah alih Apabila pembinaan alat siap pada tahun 1978 Bagger 288 telah diang...
Imf Ramal Dunia Alami Kemelesetan Macam Krisis 2008

Imf Ramal Dunia Alami Kemelesetan Macam Krisis 2008

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 186 hits
Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan wabak Covid 19 mencetuskan kemelesetan ekonomi global pada 2020 dan kesan buruknya akan sama seperti krisis kewangan yang melanda dunia 12 tahun lalu lapor agensi berita Sputnik Pengarah Urusan IMF Kr...
2020 Kemelesetan Baru Yang Besar

2020 Kemelesetan Baru Yang Besar

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 182 hits
Krisis epidemiologi berkembang menjadi ekonomi Ekonomi global bebas kuarantin kehilangan kekuatan Tambahan pula jumlah kes meningkat setiap hari dan Amerika Syarikat sudah berada di kedudukan ketiga dari segi jumlah yang dijangkiti Menurut ...
Tinjauan Pasangan Mata Wang Nzd Usd Dan Aud Usd Dunia Dengan Pantas Merosot Ke Dalam Kemelesetan Yang Lebih Mendalam

Tinjauan Pasangan Mata Wang Nzd Usd Dan Aud Usd Dunia Dengan Pantas Merosot Ke Dalam Kemelesetan Yang Lebih Mendalam

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 241 hits
Kerugian bursa saham global berterusan namun penstabilan diperhatikan untuk beberapa aset Harga emas mula menyesuaikan diri ke bawah jelas bahawa ini adalah hasil daripada kerja kerja 6 Bank Pusat terkemuka yang telah menjalankan operasi se...
Ugm Masuk Jajaran 100 Kampus Terbaik Di Dunia Ini 4 Faktanya

Ugm Masuk Jajaran 100 Kampus Terbaik Di Dunia Ini 4 Faktanya

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 149 hits
QS World University Ranking merilis peringkat universitas terbaik di dunia Universitas Gadjah Mada menjadi satu satunya kampus yang masuk dalam daftar 100 kampus besar di dunia tersebut
Adakah Covid 19 Menjejaskan Pasaran Saham Seluruh Dunia Wahed Invest

Adakah Covid 19 Menjejaskan Pasaran Saham Seluruh Dunia Wahed Invest

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 776 hits
Tiada sebab untuk bimbang dengan pergolakan pasaran dalam masa terdekat Dengan berita pergolakan pasaran saham terkini naik turun harga saham kami faham bahawa ramai pelabur akan risau dengan bagaimana ianya akan memberi kesan kepada pegang...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya