Dun Chini Kubu Kuat Bn Badi Lima Undi Jangan Di Lupakan



Pilihnraya Kecil DUN Chini yang bakal diadakan pada 4 Julai ini pasti menjadi medan untuk kedua-dua pihak baik Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Harapan (PH) untuk menguji kekuatan sokongan masing-masing. 
Rakyat akar umbi lebih menyokong Tun Mahathir atau Tan Sri Muhyiddin? Sebelum ini, kekuatan hanya ditentukan dikalangan wakil rakyat semata-mata. Namun dengan kenyataan terbaru, hanya titah Diraja sahaja dan tidak ada perbahasan di parlimen maka medan penentuan kini dikembalikan kepada rakyat marhaen di PRK DUN Chini pada 4 Julai ini.

Pemergian wakil rakyat kawasan terbabit iaitu Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun baru-baru ini amat mengejutkan warga Chini sebenarnya. 
Tambahan pula ia berlakj tatkala musim Covid-19 masih melanda dan rakyat masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ia ditambah lagi dengan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadn Al-Mubarak

Pada awalnya, PDO menjangkakan PRK DUN Chini akan ditangguhkan selepas PKPB. Namun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat semalam akhirnya bersetuju agar ia diadakan

Persoalannya sekarang ialah, mampukan PH menggugat kekuatan BN di DUN Chini?. Jika dilihat kepada keputusan Pilihanraya Umum Ke-14 lalu, ternyata BN amat kuat di situ. Majoriti yang diterima oleh calon BN terus meningkat setiap kali pilihanraya umum. 
Calon BN, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun tiga penggal mewakili rakyat di situ. Malah pada PRU-14 lalu beliau berjaya mempertahankan kerusi disandangnya uti dengan undi sebanyak 10,027. Allahyarham menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin (1,065)

Jika dilihat kepada keputusan itu dengan keadaan BN kini bersama PAS dalam Muafakat Nasional yang kini membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), maka dijangkakan BN akan menang mudah pada PRK kali ini. Majoriti mudah yang mereka ada hampir mencecah 15,000 undi berdasarkan PRU-14 lalu

Walau bagaimana pun, "sejarah hitam" DUN Chini tidak wajar dilupakan. Badi kekalahan lima undi calon BN ketika PRU-10 masih kekal dalam ingatan. Siapa sangka calon tidak popuar Mohd Jafri Ab Rashid (KeADILan) berjaya menewaskan Allahyarham Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin. Jafri mendapat 4,060 undi, manakala Wan Razali hanya mendapat 4.055 undi sahaja. 
Kemenangan Jafri mengejutkan ramai pemerhati politik di seluruh negara, ia ditambah lagi dengan kemenangan tipis BN di Parlimen Pekan yang diwakili oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (Timbalan Perdana Menteri ketika itu). Semua ini  masih kekal dalam ingatan rakyat di DUN Chini, biar pun ia berlaku pada tahun 1990 yang lalu

Soalnya, apakah kali ini 'badi 5 undi' bakal terjadi lagi?. Sudah pasti peratusan mengundi akan menurun pada musim Covid-19 ini dan ia membolehkan PH mempunyai peluang membuat kejutan sekali lagi. 
Apa pun, PDO melihat UMNO BN perlu bijak menentukan siapakah calon paling sesuai untuk bertanding di DUN Chini pada pilihanraya kecil ini

Jika tersilap percaturan, pasti ia boleh 'makan diri'. PRK ketika musibah melanda berbeza dengan keadaan normal seperti biasa sebenarnya. Penangan badi lima undi pada tahun 1999 tidak harus dilupakan. #PDOhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/dun-chini-kubu-kuat-bn-badi-lima-undi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Chini Spr Akan Adakan Mesyuarat Khas Jumaat Ini

Prk Dun Chini Spr Akan Adakan Mesyuarat Khas Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Pahang Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat itu akan dipengerusik...
Barisan Nasional Akan Meletakkan Calon Di Prk Dun Chini

Barisan Nasional Akan Meletakkan Calon Di Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional akan meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Chini pada Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan nanti Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ...
Usul Undi Tidak Percaya Tun M Jangan Obses Kuasa Pemerhati Politik

Usul Undi Tidak Percaya Tun M Jangan Obses Kuasa Pemerhati Politik

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 322 hits
Pemerhati politik menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak terlalu obses terhadap kuasa semata mata sehingga sanggup membelakangkan keutamaan yang perlu diberi tumpuan pada waktu ini iaitu menangai wabak Covid 19 Pensyarah Kanan Univ...
Spr Minta Pandangan Mkn Kkm Tatacara Prk Dun Chini

Spr Minta Pandangan Mkn Kkm Tatacara Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mendapatkan pandangan dan nasihat dalam menyusun tatacara pilihan raya kecil DUN Chini daripada agensi berkepentingan susulan penularan pandemik Covid 19 di negara ini Agensi yang terbabit dalam ...
Mungkinkah Bersatu Lawan Umno Di Dun Chini

Mungkinkah Bersatu Lawan Umno Di Dun Chini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 492 hits
Sebelum aku meneruskan tulisan aku ini marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun Adun Chini yang telah meninggalkan kita Baiklah perkara yang aku nak tulis pada kali ini berkaitan dengan Pilihanraya Ke...
Muqaddimah Di Dun Chini Macam Cerita P Ramlee Keluarga 69 Pulak

Muqaddimah Di Dun Chini Macam Cerita P Ramlee Keluarga 69 Pulak

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 379 hits
Komen Pembaca Weblog IHAnonymous said MUNGKINKAH PH ATOK BERSATU LAWAN UMNO PAS MUHYIDDIN BRRSATU DI DUN CHINI MACAM CERITA P RAMLEE KELUARGA 69 PULAK BERSATU parti mati segan hidup tak mahu telah menjadi duri dalam daging PN pergolakan did...
Prk Dun Chini Pada 4 Julai 2020

Prk Dun Chini Pada 4 Julai 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 411 hits
PRK DUN Chini Pada 4 Julai 2020 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun mengumumkan bahawa pilihan raya kecil bagi dewan undangan negeri Chini akan berlangsung pada 4 Julai Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun sementar...
Tolong Jangan Bully Lagi Saya Sudah Tidak Kuat Tuhan Pelaku Bully Bocah Di Pangkep Minta Maaf

Tolong Jangan Bully Lagi Saya Sudah Tidak Kuat Tuhan Pelaku Bully Bocah Di Pangkep Minta Maaf

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 441 hits
Pembuli bocah penjual pastel atau Jalangkote di Kabupaten Pangkep Sulawesi Selatan melayangkan permohonan maaf setelah diamankan polisi Orang yang terekam dalam video memukul dan mendorong Rizal hingga jatuh tersungkur yang menyampaikan per...
Ph Umum Keputusan Bertanding Prk Dun Chini Dalam Masa Terdekat

Ph Umum Keputusan Bertanding Prk Dun Chini Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 393 hits
May 16 2020 1 28 PMFuziah Salleh menggesa SPR mengemukakan SOP berkempen yang jelas berikutan petugas PRK berdepan risiko jangkitan Covid 19 PETALING JAYA Pakatan Harapan akan memuktamadkan keputusan sama ada akan mencabar kerusi DUN PRK Ch...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand