Dulu Takut Geli Tapi Sekarang Ok



Kuala Lumpur: Ular pernah menjadi haiwan digeruni suri rumah dan ibu tiga anak, Wan Siti Hajar Wan Jaipol, satu ketika dulu.
Namun , ketakutannya beransur hilang selepas bermain dan belajar menjinakkan diri dengan reptilia itu hasil daripada tunjuk ajar adiknya, Wan Muhamad Rafi, 25.
Keberanian wanita itu terbukti apabila mengambil keputusan memelihara ular sejak lima tahun lalu
Bercerita lanjut, Wan Siti Hajar, 29, yang menetap di Batang Kali, Selangor berkata, dia memelihara pelbagai spesies ular antaranya sawa batik, sawa Burma, albino dan harimau.
Bagaimanapun, katanya, reptilia itu tidak tinggal bersamanya, tetapi ditempatkan di rumah sewa berhampiran kediamannya.
“Kalau diikutkan, memang takut dengan ular, tetapi perasaan itu beransur hilang sejak melihat adik membawa pulang haiwan itu ke rumah dan bermain dengannya.
“Kebetulan, adik memang gemar bermain dengan ular sejak kecil lagi, malah kerap menerima undangan membuat pertunjukan sempena program di sekolah, jadi dia yang meyakinkan dan banyak mengajar cara menjinakkan haiwan itu.
“Lama-kelamaan, saya terbiasa dan bermula dengan suka-suka akhirnya timbul keinginan untuk memeliharanya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Wan Siti Hajar berkata, dia bersyukur kerana suaminya, Azrie Abdul Manap, 27, memahami dan tidak pernah menghalang minatnya itu.
Katanya, malah Azrie menemaninya memberi makan, memandikan dan bermanja dengan haiwan kesayangannya itu pada masa terluang.
“Jujurnya, tidak sukar untuk memelihara ular kerana hanya perlu memberi makan ayam segar atau tikus putih setiap dua minggu atau sebulan sekali mengikut keadaan.
“Rutin lain adalah memandikannya sekali dalam seminggu dan saya kerap bermain dengannya.
“Adakalanya, anak akan ikut sama tetapi dipantau suami,” katanya yang membantu ibunya, Rajeah Buang, 50, mengambil tempahan dan membuat penghantaran nasi ayam, pulut kuning, kuih koci labu dan kuih buah Melaka labu kepada pelanggan.
Memandangkan hobinya dianggap pelik bagi wanita, Wan Siti Hajar tidak dapat lari daripada tanggapan sinis masyarakat terhadap hobinya itu.
Namun, dia tidak mengambil peduli kerana apa yang penting, dia tahu menjaga keselamatan dirinya.
“Segelintir individu yang tahu saya memelihara ular pasti akan mengingatkan supaya berhati-hati kerana bagi mereka, ia tetap berbahaya dan boleh ‘makan tuan’.
“Saya anggap kata-kata mereka sebagai peringatan saja mungkin kerana bimbang dengan keselamatan saya.
“Sepanjang empat tahun memelihara ular, saya pernah tercedera akibat dipatuk, tetapi sekadar luka kecil dan ia berpunca daripada kesilapan ketika memberi makan sewaktu mula-mula memelihara ular dulu,” katanya yang turut memelihara dua ekor iguana dan kucing Parsi.
Biarpun nampak berbahaya, Wan Siti Hajar seronok menghabiskan rutin harian dengan hobinya itu selain menguruskan keluarga.
Katanya, antara kepuasannya adalah setiap kali memberi makan, memandikan dan bermanja dengan ular itu.
“Selain itu, saya seronok melihat ular dipelihara itu bersalin kulit yang menjadi sebahagian proses tumbesarannya.
“Bagi mereka yang ada keinginan untuk memeliharanya terutama wanita, belajar dulu cara mengendalikannya daripada orang berpengalaman kerana ular boleh dijinakkan jika tahu kaedahnya.
“Paling penting minat dan serius memeliharanya,” katanya.-HM
‘Ular Tiga Kepala’, Nak Ketuk Yang Mana Dulu?

The post ‘Dulu takut, geli tapi sekarang OK…’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/29/dulu-takut-geli-tapi-sekarang-ok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Kutuk Sekarang Lofa Dah Kearah Lebih Baik Tapi Kau Pula Sarah Dikecam Kembali Freehair

Dulu Kutuk Sekarang Lofa Dah Kearah Lebih Baik Tapi Kau Pula Sarah Dikecam Kembali Freehair

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 1596 hits
Saat ni orang dok sibuk bercerita dan puji dengan perubahan yang dibawa oleh pelakon dan pengacara Neelofa kerana bertudung labuh dan turut mengenakan purdah Namun berlainan pula dengan aktres Sarah Hildebrand dimana perubahannya yang terki...
Azwan Ali Dulu Hari Hari Orang Kecam Sekarang Tidak Lagi

Azwan Ali Dulu Hari Hari Orang Kecam Sekarang Tidak Lagi

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 282 hits
Selebriti dan pengacara kontroversi Azwan Ali lega apabila kecaman terhadapnya sekarang semakin berkurangan berbanding dulu Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali 54 berkata situasi ini berlaku selepas dia membayar denda berjumlah RM1...
Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 370 hits
Along dah tu tengok TV Gi mandi Jap lagi dah nak maghrib Along masih juga tetap duduk depan TV tanpa menghiraukan panggilan mama nya Along dengar tak mama panggil Pergi mandi Mama ulang lagi arahannya Aaa Along menjawab pendek Along SEKARAN...
Ibu Zaman Sekarang Lebih Stres Berbanding Ibu Zaman Dulu Semua Benda Kena Buat

Ibu Zaman Sekarang Lebih Stres Berbanding Ibu Zaman Dulu Semua Benda Kena Buat

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 315 hits
Dalam kehidupan moden pada masa ini kita sentiasa berada dalam keadaan stress Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini me...
Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah Betulkan 2 Perkara Ni Dulu

Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah Betulkan 2 Perkara Ni Dulu

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 435 hits
Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya bijak dalam serba serbi Malah untuk pastinya anak bijak dan cemerlang awal awal lagi kita sudah mencari tadika yang dirasakan cukup baik untuk anak kita menimba ilmu Hakikatnya ilmu asas bermula dari ru...
Dulu Saya Tak Percaya Sekarang Pun Tak Percaya Tun Mahathir Tidak Percaya Anwar Ada Sokongan

Dulu Saya Tak Percaya Sekarang Pun Tak Percaya Tun Mahathir Tidak Percaya Anwar Ada Sokongan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 218 hits
336 total views 336 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru Dari awal lagi bila Anwar buat dakwaan kononnya dapat soko...
Bale Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang Mourinho Mahu Penyokong Spurs Berhenti Berharap

Bale Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang Mourinho Mahu Penyokong Spurs Berhenti Berharap

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 269 hits
Pengurus Tottenham Hotspur Jose Mourinho menjelaskan beliau tidak pernah meletakkan jangkaan yang tinggi kepada Gareth Bale untuk beraksi seperti mana ketika meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris tersebut tujuh tahun lalu Pemain berusia ...
Hiburan Dulu Kutuk Neelofa Sekarang Kau Pulak Susulan Buka Tudung Sarah Hilderbrand Dikecam Netizen

Hiburan Dulu Kutuk Neelofa Sekarang Kau Pulak Susulan Buka Tudung Sarah Hilderbrand Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 2257 hits
Kecoh dua tiga lepas mengenai isu pelakon Sarah Hildebrand mengambil keputusan untuk tidak bertudung setelah berhijrah sebelum ini Setelah menerima banyak kritikan kali ini Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildeb...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti