Dulu Kurus Cengkung Penampilan Taeyeon Lepas Tambah Berat Badan Dipuji
Sebagai seorang peminat, kita pastinya risau apabila melihat selebriti kesayangan tampil berbeza dari sebelum ini..

ARTIKEL BERKAITAN
"Terkejut!" - Peminat Tak Keruan Lihat Taeyeon SNSD Tampil Seksi Dalam Foto Baru
Sebelum ini, ramai telah meluahkan rasa risau mereka selepas melihat penampilan Tae-yeon yang begitu kurus dan mukanya yang cengkung.
Terbaru ketika konsert solo wanita itu di Jepun, peminat sedar bahawa Tae-yeon nampak sikit berbeza dan dia sendiri mengaku bahawa dia telah menambah berat badan baru-baru ini.
Sebelum meneruskan persembahan, idola itu memberitahu peminat,
Berat badan saya bertambah sedikit dan ahli saya sangat menyukainya.
taeyeon sending a video message to her mom in a middle of her concert is really cute and sweet
“mom, i’m really eating well. so, please don’t worry about me and take care of yourself. hwaitto! i love you ~”pic.twitter.com/EUm5Y8sQ4C
— ᴛᴀᴇʏᴇᴏɴ ꜱᴛᴜꜰꜰ (@kimtaenos) July 9, 2023
Sambungnya lagi dengan memberi mesej kepada ibunya, meyakinkan bahawa dia sedang makan dengan baik,
Ibu, saya benar-benar makan dengan baik. Jadi, tolong jangan risau dan tolong jaga diri sendiri. Fighting! Saya sayang awak.
Seronok melihat transformasi Tae-yeon, netizen telah memujinya dengan meninggalkan komen,
Dia kelihatan sangat cantik sejak akhir-akhir ini!
Saya suka Tae-yeon yang gempal!
Dia nampak cantik selepas menaikkan semula berat badan.
Tae-yeon yang chubby sedikit mengingatkan saya pada waktu awal debutnya.
Tae-yeon macam mana pun tetap cantik kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily

The post Dulu Kurus & Cengkung, Penampilan Taeyeon Lepas Tambah Berat Badan Dipuji first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dulu-kurus-cengkung-penampilan-taeyeon-lepas-tambah-berat-badan-dipuji/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dulu-kurus-cengkung-penampilan-taeyeon-lepas-tambah-be