Dulu Kini Dan Selamanya




1. Saya membesar di kampung Melayu terbesar di Malaysia. Gugusan Manjoi namanya. Terletak di Ipoh, Perak. Jadi disebabkan kampung Melayu, parti politik yang saya kenal hanya dua, UMNO dan PAS. Sebab Tok, Ayah dan kebanyakan keluarga saya bekerja Kerajaan, naturally UMNO yang kami sokong.2. Dari kecil saya diberitahu UMNO ni parti pejuang Melayu. Tanpa UMNO melingkuplah Melayu. Kita taknak mengemis di negeri sendiri, orang lain akan membuli. Makanya, orang Melayu perlukan UMNO supaya kita dilindungi.3. Namun UMNO yang dulu bukan UMNO yang sekarang. 60 tahun memerintah Malaysia, mereka dah naik tocang. Dirompaknya negara, digadaikan bangsa kerana secebis kuasa. 4. Sejak UMNO tumbang selepas PRU14, taktik demi taktik dibuat untuk mereka kembali berkuasa. Dijatuhnya Kerajaan PH, tak puas hati lagi dijatuhkan pula Kerajaan PN. Bukannya kita tak tahu Presiden UMNO sejak 2019 lagi sudah cium tangan Tun. Nak buat Kerajaan Melayu Islam. Kononnya ini yang negara perlukan.5. Cuma ada yang jadi Tipah tertipu. Disambutnya game UMNO itu, kerana nak jadi Perdana Menteri. Kita memang tahu ketika Langkah Sheraton, geng UMNO yang propose TSMY jadi PM. Ada pulak 2 kutu dalam Bersatu yang memang serigala jadian. Last-last TSMY juga mereka jatuhkan.6. Satu saja tuan puan. Mereka ini tak boleh hilang kuasa. Hilang kuasa tu macam hilang nyawa. Mana boleh jadi pembangkang berterusan, apa yang nak dibuat makan? Kena ingat, lifestyle pemimpin UMNO bukan macam Nik Aziz. Mereka ada kelas tersendiri. Perhatikan saja lah, melawat mangsa banjir pun pakai Burberry. Jam di tangan pun boleh beli rumah sebijik.7. UMNO sekarang, pada saya, kalau tak dibendung akan jadi parti facist. Ramai di kalangan Melayu sendiri yang muak dan menyampah. Kalau terus menerus begini, UMNO akan tumbang jua dan susah bangkit semula. 8. Yang paling menghampakan, mereka masih lagi sanjung pemimpin korup. Yang jatuh hukum 12 tahun penjara dan denda RM210 milion pun digelar Bossku. Patutnya dah jadi banduan di Sungai Buloh, la ni masih berkeliaran berkempen tak malu.9. Presidennya tubuh Yayasan Akalbudi. Tapi orang pun heran, di mana akal di mana budi? Sampai duit anak yatim pun disonglap sekali. Buat bayar barangan mewah dan bercuti. Anaknya pulak buat komen tak berpijak ke bumi. Buat jenaka mengenai tuala wanita, perlu ke memerli orang miskin?10. Kalau inilah kualiti pemimpin UMNO yang disanjung, parti ini akan melingkup. Yang di dalam pun tak kuat melawan. Ada yang berkualiti macam Tok Mat, KJ, Syahril Hamdan, Ismail Sabri dan Johari Ghani. Tapi mereka yang pandai2 dan boleh buat kerja ni, geng UMNO tak suka. Kenapa? Sebab mereka susah nak memberi.11. Banyak orang Melayu masih sayangkan UMNO. Tapi, kami rindukan UMNO yang dulu. Yang pemimpinnya cerdik pandai, berintegriti, cakap serupa bikin, yang kita boleh banggakan. Mereka model kita, acuan bangsa kita yang berjaya. Banyak Towering Malays yang kita sanjung dan junjung. Cerita mengenai mereka buat kita senyum. 12. Dulu kalau cakap pasal Malaysia, terus kawan2 luar negara tanya pasal KLCC. Sekarang, dengan sinisnya mereka tanya pasal 1MDB. Tu beza pemimpin UMNO dulu dan kini.13. Bagi UMNO nak naik kembali, saya yakin formulanya ada empat:(i) Tolak pemimpin korup dan yang selalu guna kuasa;(ii) Tolak budaya Cash is King dan patron politik;(iii) Tampilkan orang muda dan buang semua warlords;(iv) Embrace kembali Malaysia yang majmuk. Maknanya, terima semua kaum sebagai rakan membangunkan negara. Jangan jadikan mereka musuh. Slogan Kerajaan Melayu Islam tu yang membunuh.14. Yang paling penting sekali, kualiti pemimpinnya. Cari yang Towering Melayu. Yang cerdik pandai dan bukan sijil ditipu. Yang ada kaliber memimpin bukan hanya jaguh kampung. Kita nak Menteri Melayu yang lantang bersuara di persada antarabangsa, yang jadi rujukan orang di dunia. Tapi kalau Bahasa Inggeris pun ke laut dan otak pun tak berhubung, macam mana la nak orang sokong?15. Kita nak pemimpin Melayu yang duduk sama tinggi dan sama rendah dengan pemimpin kaum lain. Yang bercakap pasal data dan polisi negara, buat orang kagum. Yang bersih integritinya, buat orang sanjung. Namun, pemimpin yang dicari tak kunjung2. Kalau ada pun, masih lagi duduk bawah tempurung.16. Kena ingat, fikiran orang kita kini sudah lain. Pada kami, kami akan tetap Melayu tanpa UMNO. Kami tetap Islam tanpa PAS. Cina pun sama, pada mereka, mereka tetap Cina walaupun tanpa DAP. Itu psyche Rakyat terkini. Politik perkauman ini sudah basi. 17. Makanya, kalau UMNO nak diterima kembali, berubahlah… Sebelum bercakap nak membela dan berjuang untuk bangsa, kami cabar anda semua. 18. Berjuang lah untuk membersihkan parti dari rasuah dan salah guna kuasa. Lantanglah bersuara menolak pemimpin haprak yang ada. Angkat balik martabat parti sebagai pejuang bangsa. Buktikan anda pendekar sebenar.19. Selagi itu tak dibuat, janganlah harap Melayu mudah lupa. Sokongan kami mungkin ada dulu, namun bukan untuk selamanya….Wallahu a’alam.Salam hormat,Liyana Marzuki

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/dulu-kini-dan-selamanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sederet Makanan Viral Indonesia Yang Kini Mulai Terlupakan Dulu Kamu Pernah Coba Yang Mana

Sederet Makanan Viral Indonesia Yang Kini Mulai Terlupakan Dulu Kamu Pernah Coba Yang Mana

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 266 hits
Dari mulai Dalgona sampai pie susu telfon Mana makanan viral yang paling enak tapi kini mulai terlupakan
Hiburan Kalau Dulu Duduk Di Kerusi Penonton Kini Saya Pula Buat Persembahan Aina Abdul

Hiburan Kalau Dulu Duduk Di Kerusi Penonton Kini Saya Pula Buat Persembahan Aina Abdul

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 493 hits
Penyanyi Aina Abdul yang sering mengikuti persembahan atau konsert di Istana Budaya sejak di bangku sekolah lagi kini diberi peluang membuat persembahan di pentas berprestij itu sendiri ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAina atau nama sebenar ...
Sah Perusahaan Facebook Kini Berganti Nama Jadi Meta Apa Alasan Di Baliknya

Sah Perusahaan Facebook Kini Berganti Nama Jadi Meta Apa Alasan Di Baliknya

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 396 hits
Lantas apakah platform media sosial mereka seperti Facebook Instagram dan Whatsapp juga akan berganti nama Cek selengkapnya
7 Bekas Atlet Yang Kini Menjadi Pelakon Popular

7 Bekas Atlet Yang Kini Menjadi Pelakon Popular

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 375 hits
Setelah memerhatikan setiap pergerakan mereka di atas padang ia hampir nampak natural bagi sesetengah atlet untuk mempamerkan persembahan yang meyakinkan malah memenangi anugerah apabila mereka menceburkan diri ke dalam The post appeared fi...
6007 Mahkamah Benarkan Semakan Kehakiman Kes Bekas Sarjan Enggan Vaksin Malaysia Kini 28 10 2021

6007 Mahkamah Benarkan Semakan Kehakiman Kes Bekas Sarjan Enggan Vaksin Malaysia Kini 28 10 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 445 hits
Seorang bekas sarjan hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang undang terhadap pemecatannya kerana menolak vaksinasi Covid 19 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memberi kebenaran kepada Wan Ramli Wan Seman untu...
Wadahi Anak Muda Belajar Sejumlah Isu Masa Kini Tanoto Foundation Gelar Teladan Youth Summit 2021

Wadahi Anak Muda Belajar Sejumlah Isu Masa Kini Tanoto Foundation Gelar Teladan Youth Summit 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 310 hits
Lewat gelaran TELADAN Youth Summit 2021 yang akan diselenggarakan tanggal 30 Oktober secara daring Tanoto Foundation ajak anak muda pelajari isu isu penting masa kini Yuk ikutan
Pembinaan Tapak Pelupusan Kekal Sisa Radioaktif Kilang Lynas Kini Masih Lagi Dinilai

Pembinaan Tapak Pelupusan Kekal Sisa Radioaktif Kilang Lynas Kini Masih Lagi Dinilai

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Pembinaan tapak pelupusan kekal sisa radioaktif di kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd dijangka dapat dilaksanakan selepas kelulusan diperoleh dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar bulan depan Menteri Sains Tek...
Awalnya Direstui Pernikahan Putri Mako Dengan Rakyat Biasa Kini Ditentang Sampai Ada Demo

Awalnya Direstui Pernikahan Putri Mako Dengan Rakyat Biasa Kini Ditentang Sampai Ada Demo

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 333 hits
Sempat ditunda selama 4 tahun rakyat Jepang tak setuju Putri Mako menikah setelah muncul isu keuangan dari keluarga pihak laki laki
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern