Dulu Jenis I Bayar You Buat Atikah Suhaime Dedah Sisi Lain Suami Selepas Bergelar Ayah


Ramai pasangan berkahwin akan bersetuju, fasa paling mencabar dalam hubungan suami isteri selalunya bermula selepas kelahiran anak pertama. Bukan sebab cinta dah hilang, tapi sebab cabaran baru yang tak pernah dijangka.
Dulu bercinta pegang tangan, sekarang pegang botol susu. Dulu keluar tengok wayang, sekarang berjaga malam tukar lampin. Dan dalam keletihan itu, kadang-kadang rindu mula terasa  bukan rindu pada masa lalu, tapi rindu pada pasangan yang dulu jadi tempat bermanja, bukan sekadar jadi partner jaga anak.
Inilah kisah yang jarang kita dengar  kisah realiti pasangan selepas jadi ibu bapa. Bukan semuanya indah, tapi di sebalik setiap cabaran, terselit satu bentuk cinta yang baru yang lebih jujur, lebih dalam, dan lebih kuat.
“Dugaan lepas lahir anak tu memang lain macam. Rasa macam hari-hari nak gaduh, ketawa pun ada, nangis pun ada.”
 
Kehidupan baru selepas bergelar ibu dan ayah ada cabarannya. Begitulah kisah figura cantik, Datin Atikah Suhaime, selebriti yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada tahun 2022.
Kini bergelar isteri dan ibu kepada si comel Lyla Mulan Teh, Atikah perlahan-lahan membina babak baru dalam hidupnya lebih tenang, lebih matang, dan penuh makna.
Dalam temubual eksklusif menerusi podcast Borak Pa&Ma sempena Hari Ibu, Atikah yang  mendedahkan kehidupan berbeza selepas kelahiran Mulan. Malah mengejutkan suaminya juga berubah bersikap dalam menguruskan anak kesayangan mereka.
SUAMI BERUBAH SIKAP LEPAS DAPAT MULAN, RUPANYA MEMANG TAK SANGKA LEBIH ‘SWEET’!

Ramai pasangan tidak menyangka betapa besarnya perubahan yang datang bersama kelahiran seorang anak.
Seperti kata Atikah, “Kenapa tak ramai orang cerita pasal hubungan suami isteri lepas ada anak?” Ramai sebenarnya clueless termasuklah saya sendiri. “Saya rindu sangat dengan suami, tapi dalam masa yang sama tak nak berjauhan dengan anak. Memang rasa berbeza. Dulu kami macam partner in crime, sekarang partner in diaper.”
Fasa selepas kelahiran anak banyak mengajar tentang kesabaran. Dalam waktu yang sama, ia membuka mata melihat sisi berbeza pasangan.
“Saya sendiri tak sangka akan nampak sisi lain suami saya. Dulu dia nampak lain — iyalah, anak orang berada. Semua benda maid buat.”
Tapi bila baby lahir, dari hari pertama dia tolong tukarkan lampin, saya macam… ‘Eh, you tolong I ke ni?’ Saya tak percaya, sebab dia bukan jenis macam tu. Dia selalu ‘I bayar you, you buat’. Tapi kali ni, dia buat sendiri.”
Tindakan kecil seperti menukar lampin atau mendukung anak yang sedang menangis memberi impak besar kepada isteri.
“Saya nampak dia berbeza. Dan jujurnya, saya makin sayang.”
Kasih sayang selepas bergelar ibu bapa bukan lagi bersifat romantis seperti zaman bercinta, tetapi lebih kepada sokongan dan kerjasama.
“Saya bersyukur, dia tak pernah paksa-paksa saya. Tapi saya ni, hari-hari akan tanya dia… ‘You still love me tak? You masih sayangkan I ke?’ Dan dia akan jawab, ‘Iyer lah, I masih sayang you.'”
Apabila melihat suami yang sanggup bersama-sama menguruskan bayi, perasaan cinta itu hadir semula dalam bentuk yang lebih matang.

“Saya tak sangka dia boleh handle baby dengan tenang dan sabar. Semua dia buat sendiri. Saya ingat dia jenis nak serahkan semua pada orang lain. Tapi tak, dia buat dan saya jatuh cinta sekali lagi  tapi dalam bentuk yang berbeza.”
Hakikatnya, selepas kelahiran anak, hubungan memang berubah. Tidak sama seperti waktu bercinta dahulu. Namun, perubahan itu bukan bermakna cinta semakin pudar.
Kadangkala, dari perubahan itulah kita melihat cinta berkembang dalam versi yang lebih matang, lebih dalam, dan lebih bermakna.
The post Dulu Jenis ‘I Bayar, You Buat’, Atikah Suhaime Dedah Sisi Lain Suami Selepas Bergelar Ayah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dulu-jenis-i-bayar-you-buat-atikah-suhaime-dedah-sisi-lain-suami-selepas-bergelar-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
You Re Doing Amazing Imran Aqil Jadi Ayah Terbaik Dahlia Hargai Pengorbanan Suami

You Re Doing Amazing Imran Aqil Jadi Ayah Terbaik Dahlia Hargai Pengorbanan Suami

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 284 hits
Dahlia Rizal nama yang dikenali dalam dunia fesyen dan media sosial Malaysia merupakan seorang model dan pempengaruh yang aktif berkongsi gaya hidup dan fesyen berhijab Pada 9 September 2023 Dahlia sah bergelar isteri kepada pelakon dan bek...
Kalau Tiba Tiba Lumpuh Macam Mana Atikah Suhaime Kongsi Detik Cemas Sebelum Terima Epidural

Kalau Tiba Tiba Lumpuh Macam Mana Atikah Suhaime Kongsi Detik Cemas Sebelum Terima Epidural

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 300 hits
Buat pertama kali secara terbuka pelakon dan usahawan Datin Atikah Suhaime mendedahkan pengalaman penuh emosi saat melahirkan cahaya mata pertamanya Lyla Mulan Teh menerusi episod sulung Podcast Pa Ma Isteri kepada ahli perniagaan Datuk Lok...
Podcast Pertama Datin Atikah Dedah Tak Dapat Kahwin Anak Raja Dapat Kahwin Datuk Pun Dah Cukup Bahagia

Podcast Pertama Datin Atikah Dedah Tak Dapat Kahwin Anak Raja Dapat Kahwin Datuk Pun Dah Cukup Bahagia

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 282 hits
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik untuk anaknya Setiap ibu di dunia ini sentiasa mahu melindungi dan memastikan anaknya hidup tanpa derita atau kesusahan Dari lubuk hati yang paling dalam kita mahu anak kita sentiasa bahagia dan s...
Hiburan Dia Taknak Satu Cincin Dia Nak Dua Dia Maki Pukul Saya Muntazar Ghufran Dedah Sisi Gelap Saidah

Hiburan Dia Taknak Satu Cincin Dia Nak Dua Dia Maki Pukul Saya Muntazar Ghufran Dedah Sisi Gelap Saidah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 345 hits
Semalam kecoh mengenai isu selebriti Muntazar Ghufran bersama bekas tunangnya iaitu Saidah selepas wanita itu dakwa aktor tersebut hanya mempunyai wang RM500 di dalam bank akaun Muntazar dedah sisi gelap Saidah Susulan dituduh bertubi tubi ...
Tak Tahu Nak Gelak Ke Nangis Intan Najuwa Dedah Aksi Spontan Suami Gunting Rambut Anak

Tak Tahu Nak Gelak Ke Nangis Intan Najuwa Dedah Aksi Spontan Suami Gunting Rambut Anak

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 403 hits
Janji settle masalah Itulah yang dikongsi oleh pelakon cantik Datin Intan Najuwa yang mendedahkan kisah spontan suaminya Datuk Ahmad Azraf Azman yang tanpa banyak cakap terus bertindak menggunting rambut anaknya si comel Imane Lunara Menuru...
Hiburan Tragedi Fru Pemandu Lori Dipenjara Selepas Gagal Bayar Wang Jaminan

Hiburan Tragedi Fru Pemandu Lori Dipenjara Selepas Gagal Bayar Wang Jaminan

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 251 hits
Difahamkan melalui laporan pemandu lori muatan batu yang menjadi punca kemalangan maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan terpaksa kembali ke penjara selepas gagal membayar wang jaminan sebanyak RM6000 yang telah ditetapkan ole...
Awak Tu Ustaz Cakap Berterus Terang Kahwin Lain Pun Tak Minta Izin Suami Dakwa Tak Dilayan Farisha Irwayu Bersuara

Awak Tu Ustaz Cakap Berterus Terang Kahwin Lain Pun Tak Minta Izin Suami Dakwa Tak Dilayan Farisha Irwayu Bersuara

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 283 hits
Melalui laporan Harian Metro pelakon 90 an iaitu Farisha Irwayu tampil bersuara selepas didakwa tidak melayan serta memaksa bekas suami tidur di ruang tamu Kahwin wanita lain di Thailand tak minta izin Menurut Farisha perkara tersebut berla...
Rasa Bersalah Bukan Ibu Yang Baik Ini Luahan Jujur Datin Atikah Suhaime

Rasa Bersalah Bukan Ibu Yang Baik Ini Luahan Jujur Datin Atikah Suhaime

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 319 hits
Pertama kali bergelar ibu satu anugerah yang tak mampu diungkap dengan kata Itulah yang dirasai oleh pelakon cantik Wan Atiqah Wan Ali atau lebih dikenali sebagai Atikah Suhaime selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya Lyla Mulan Te...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd