Dulu Demi Lencana Di Dada Sekarang Saya Berjuang Demi Iman Baddrol


Bekas kapten Kedah dan Sabah ajak rakyat Malaysia berhijrah demi perjuangkan agama dan bangsa. klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Baddrol sudah mula ‘panas badan’ jadi calon DUN Gurun ALOR SETAR: Dari arena sukan beralih ke dunia politik apabila nama bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah, Baddrol Bakhtiar diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Kedah.

Baddrol Bakhtiar dilihat semakin aktif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun. Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Sanusi Md Nor pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN) Kedah di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.

Pengumuman itu sekali gus menjawab teka teki berhubung nama pemain bola sepak itu yang sebelum ini disebut bakal menjadi salah seorang calon PN di Kedah. Baddrol (kanan) menjadi calon PN di Gurun, manakala Radhi (kiri) bertanding di DUN Alor Mengkudu. (Gambar Fail ©AWANI) PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din sah calon PN di Gurun, Alor Mengkudu Selain Baddrol, seorang lagi legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din turut diumumkan bertanding bagi kerusi DUN Alor Mengkudu.

Radhi yang ketika ini memegang jawatan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Lada, pernah menjadi calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun tewas di Parlimen Pokok Sena.

Sebelum ini, Baddrol yang juga merupakan tunjang kepada pasukan Sabah FC membuat keputusan untuk berundur dari pasukan itu setelah menzahirkan hasrat untuk menyertai politik tanah air.

Mohammed Firdaus Johari Parti:(PKR)
Baddrol dijangka berdepan saingan sengit di Gurun apabila beliau bakal berdepan dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari (PKR).

Nama kedua-dua bintang bola sepak tanah air itu juga sebelum itu telah disebut-sebut oleh Sanusi apabila memberi bayangan wujud dua nama pemain bola sepak yang akan mewakili PN pada PRN15.

Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, DUN Gurun dimenangi Johari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) selepas meraih 10,732 undi, namun beliau mengosongkan kerusi itu susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Disember lalu.

DULU saya bermain demi lencana di dada, tetapi sekarang saya berjuang demi iman di dalam dada saya ini, kata Baddrol Bakhtiar.

Sehubungan itu bekas kapten Kedah dan Sabah tersebut mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama berhijrah demi memperjuangkan agama dan bangsa.

“Dan terakhirmya kita mesti mempertahankan Menteri Besar yang sekarang ini banyak tentangan dan ujian yang beliau hadapi,” kata legenda bola sepak Kedah itu menerusi video yang dimuatnaik di Facebooknya.

Baddrol, 35, meninggalkan skuad Sabah baru-baru ini untuk menyertai politik.

Bekas kapten skuad muda negara yang meraih pingat emas Sukan Sea 2011 itu dikatakan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah mewakili Perikatan Nasional (PN).

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata PN bakal meletakkan dua bekas pemain bola sepak sebagai calon dalam PRN di Kedah.

Seorang lagi bekas pemain yang disebut-sebut bakal dicalonkan ialah kapten Kedah era 1990-an iaitu Radhi Mat Din. – Malaysiapost

SOURCE: Malaysiapost

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/07/dulu-demi-lencana-di-dada-sekarang-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikon Pas Dulu Almarhum Tgna Sekarang Sanusi Jauh Sangat Beza

Ikon Pas Dulu Almarhum Tgna Sekarang Sanusi Jauh Sangat Beza

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 251 hits
Tiba di Alor Setar lebih 1 000 penyokong sambut Sanusi seperti wiraMalaysiakiniLebih seribu berkumpul di balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar Kedah petang ini bagi menunjukkan sokongan terhadap Menteri Besar seme...
Undi Dulu Baru Tahu Rahsia Manifesto Baddrol Bakhtiar Dibahan Netizen

Undi Dulu Baru Tahu Rahsia Manifesto Baddrol Bakhtiar Dibahan Netizen

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 257 hits
Bekas kapten skuad bola sepak Kedah Baddrol Bakhtiar mencuri tumpuan ramai apabila menjadi calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Gurun dalam Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos nanti Bagaimanapun tular sebuah video di laman
Sekarang Zaman Idea Lawan Idea Pembangkang Miskin Idea Fadhlina

Sekarang Zaman Idea Lawan Idea Pembangkang Miskin Idea Fadhlina

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 268 hits
Oleh Noraini NordinKetua Wanita KEADILAN Pusat Fadhlina Sidek menyelar sikap pembangkang di Pulau Pinang yang asyik memainkan isu azan setiap kali tiba musim pilihanraya Kata Fadhlina dalam forum terbitan Media Perpaduan baru baru ini isu a...
Hiburan Saya Pregnant Sekarang Semoga Guna Filter Jadi Tua Video Uqasha Amp Kamal Raih Perhatian Peminat

Hiburan Saya Pregnant Sekarang Semoga Guna Filter Jadi Tua Video Uqasha Amp Kamal Raih Perhatian Peminat

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 193 hits
Pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli diminati ramai dan netizen menantikan mereka memberikan perkhabaran gembira tentang zuriat Aktres itu sebelum ini pernah memaklumkan dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun l...
Livegood Indonesia Gabung Sekarang Dan Jadilah Mitra Distributor Independen

Livegood Indonesia Gabung Sekarang Dan Jadilah Mitra Distributor Independen

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 513 hits
LiveGood Indonesia Semua lini produk yang dijual dapat dilihat melalui website resmi Selain vitamin yang dibutuhkan oleh tubuh tersedia juga magnesium suplemen serum anti aging krim pencerah kulit yang semuanya dibuat dari bahan alami Demi ...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Masak Black Pepper

Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana