Dulu Asyik Marah Anak Ada Je Tak Kena Ayah Ini Menyesal Rupanya Anak Cuma Nak Perhatian


Bila berhadapan dengan anak-anak kecil, pastinya ada pelbagai perangai dan kerenah yang perlu di layan. Mereka hanya mahukan perhatian dari insan yang bergelar ayah dan ibu.
Sama seperti yang dikongsi ayah ini apabila si kecil hanya mahukan perhatian daripada ayahnya. Bukan niat untuk menganggu kerja seharian ibu bapa cuma mahukan sedikit rasa kasih sayang.

Saya pernah berjumpa seorang kawan. Mula-mula sekadar berborak biasa. Entah macam mana, boleh berborak pula mengenai anak-anak kami.
Dia cerita dulu dia seorang yang asyik marah pada anaknya. Dari seawal subuh, ada saja yang tak kena.
Anak makan terlalu cepat, ditegur kata gelojoh. Kalau susu di gelas tertumpah, habis dijeritnya cuai. Sapu mentega banyak-banyak atas roti dikatanya tamak.
Ada sekali tu, anak dia baru selesai mandi. Belum lagi badannya kering, dah terus disarung baju sekolah.
Apa lagi, ditempik anaknya tu.
Dah jadi kebiasaan, bila tiba saja di sekolah, anaknya akan salam dan terus masuk ke pintu kecil sekolah.
Dan setiap kali tu lah, dia akan lambai ayahnya sambil tersenyum sebelum masuk ke kelas.
Tapi kawan saya kata mukanya tetap masam. Asyik mencari lagi apa yang tak kena.
Bila kawan saya balik ke rumah, apa saja yang anak dia main, ada saja salahnya. Main guli tak boleh. Main itu dan ini semuanya salah.

Satu malam, isteri dia tanya kenapa marah sangat dengan anak. Sepanjang masa, anak mereka baik saja.
Cuma kadang-kadang, dia merengek dan buat sedikit perangai.
Tapi dia kata dia tak endah.
Sampai satu hari, dia tengah tekun baca surat khabar. Anaknya datang dan masuk ke bilik.
Kawan saya pandang sikit dan tanya nak apa. Dia rasa seperti budak tu datang nak mengganggu dia.
Perlahan-lahan si anak ni berjalan dekat dan peluk kawan saya ni dari belakang.
Tangan di sekeliling leher ayahnya, dan dia bisik, “Sayang ayah.”
Serta merta nafasnya rasa berat dan rasa itu pun berkumpul di dada. Anak tadi berlari terus ke bilik tidurnya.
“Apa dah jadi dengan aku ni,” kata kawan saya ni seorang diri.
Sibuk mencari salah anak. Ini rupanya hadiah seorang ayah pada seorang anak lelaki.
Bukannya dia tak sayangkan anaknya. Tapi dia berharap yang bukan-bukan dari anak kecilnya.
Budak kecil dianggapnya seperti anak yang sudah besar dan matang. Dilayannya seperti orang dewasa.
Pada waktu tu, barulah dia faham apa maksud isterinya.
Terlalu banyak lihat apa yang silap, sampai dia lupa pada sifat anaknya yang baik, yang jujur dan penuh kasih sayang itu.
Dia lupa yang satu masa dulu, dia pun kanak-kanak juga yang hanya inginkan perhatian ayahnya.
Hari ni rumah kita penuh dengan gelak tawa dan tangisan anak. Satu hari nanti, rumah itu akan menjadi sunyi dan kita akan terasa betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.
Kredit: Dr Redza Zainol

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post “Dulu Asyik Marah Anak, Ada Je Tak Kena” Ayah Ini Menyesal, Rupanya Anak Cuma Nak Perhatian appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dulu-asyik-marah-anak-ada-je-tak-kena-ayah-ini-menyesal-rupanya-anak-cuma-nak-perhatian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Nak Buat Aqiqah Untuk Anak Meh Baca Ni Dulu

Ibu Ayah Nak Buat Aqiqah Untuk Anak Meh Baca Ni Dulu

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 228 hits
Mereka yang ada anak kecil mesti tak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak mereka Namun korang tahu tak apa tujuan aqiqah yabg sebenarnya Ibadah aqiqah adalah tanda syukur kepada Allah atas nikmat anak yang diberikan Rujuk...
Video Kronologi Viral Ayah Keji Aniaya Anak Pelaku Kini Ditangani Polisi

Video Kronologi Viral Ayah Keji Aniaya Anak Pelaku Kini Ditangani Polisi

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 204 hits
Sebuah rekaman video kekerasan dalam rumah tangga viral di media sosial Rekaman ini dibagikan akun Instagram Keyla Evelyne Yasir
Curahan Hati Bunga Citra Lestari Ungkap Beratnya Lihat Hidup Sang Anak Tanpa Sosok Ayah

Curahan Hati Bunga Citra Lestari Ungkap Beratnya Lihat Hidup Sang Anak Tanpa Sosok Ayah

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 206 hits
Bagi Bunga Citra Lestari hal terberat setelah ditinggal sang suami adalah saat menjadi orang tua tunggal Bahkan Noah nggak mau datang ke sekolah saat ada peringatan Hari Ayah
Hadiah I Tak Seberapa Untuk You Ayu Raudhah Hamil Anak Ke 6 Wish Zaquan Jadi Perhatian

Hadiah I Tak Seberapa Untuk You Ayu Raudhah Hamil Anak Ke 6 Wish Zaquan Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 179 hits
Lama tak dengar khabar adik kepada Che Ta Ayu Raudhah Setelah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Zaquan Adha Ayu lebih selesa memberi tumpuan pada anak anak dan rumah tangga berbanding kerjaya seninya Kehidupan pasangan ini ju...
Kenapa Anak Kecil Tertunggu Tunggu Ayah Balik Kerja Dunia Mereka Hanya Ada Ibu Ayah

Kenapa Anak Kecil Tertunggu Tunggu Ayah Balik Kerja Dunia Mereka Hanya Ada Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 227 hits
Yeay yeay ayah balik antara ayat yang keluar dari mulut anak anak saat mendengar kereta atau motor ayah memasuki laman rumah Menjerit apabila melihat ayah membuka pintu Rindu seharian ditinggalkan tiada teman bermain Raut wajah anak anak be...
Tak Lena Tidur Nak Suapkan Anak Makan Bunga Dah Mula Makan Elisya Sandha Teruja Rutin Baru

Tak Lena Tidur Nak Suapkan Anak Makan Bunga Dah Mula Makan Elisya Sandha Teruja Rutin Baru

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 211 hits
Saat anak sudah mula makan ibulah insan paling teruja menyiapkan makanan untuk anak Pelakon jelita Elisya Sandha turut merasa teruja bila mana anak sulungnya Bunga Elhaq kini sudah pun mula diberikan makanan pejal pada usianya empat bulan l...
Nak Tampal Legolah Siapkan Sensory Board Adik Elfira Loy Bangga Dengan Anak Sulung

Nak Tampal Legolah Siapkan Sensory Board Adik Elfira Loy Bangga Dengan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 181 hits
Muhammad Rayyan Khalaf anak sulung selebriti Elfira Loy dipuji kerana bukan hanya kreatif bahkan begitu rajin menyiapkan Sensory board khusus buat adiknya Menerusi Instagram Elfira turut memuat naik sekeping gambar hasil kerja tangan kreati...
Duduk Rumah Apartment Tak Ada Taman Bukan Alasan Nak Grounding Dengan Anak 10 Minit Dah Cukup

Duduk Rumah Apartment Tak Ada Taman Bukan Alasan Nak Grounding Dengan Anak 10 Minit Dah Cukup

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 210 hits
Tidak dinafikan rumah kita yang kebanyakkannya terdiri dari rumah apartment atau pangsapuri membuatkan aktiviti luar anak jadi terbatas Namun ia bukan alasan Sebaiknya cari apa jua aktiviti grounding sebagai rutin mingguan anak anak Banyak ...
Tak Perlu Letak Banyak Doktor Kongsikan Jumlah Tepat Nak Letak Ubat Gigi Anak

Tak Perlu Letak Banyak Doktor Kongsikan Jumlah Tepat Nak Letak Ubat Gigi Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 258 hits
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak anak menjaga gigi yang dikurniakan pada kita Namun tanpa kita tahu bahawa menjaga gigi juga perlukan ilmu dan cara tepat Nak letak sedikit sapuan ubat gigi pun perlu ada ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital