Duit Yang Dicuri Disimpannya Dalam Bank Kekalkan Melayu Susah Biar Bergantung Pada Bantuan


 

By ARIF ATAN / March 18, 2022Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan kadar bunga atas pinjaman yang dibuat atas nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dijamin oleh kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM2.7 bilion setahun.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, kerajaan terpaksa bayar sebanyak RM7 juta sehari untuk menguruskan kadar bunga sahaja.
“Daripada RM32 bilion yang diperolehi daripada 1MDB, RM3.2 bilion ‘dimakan’ oleh Najib, disimpan oleh Najib, dicuri oleh Najib. Yang Jho Low pula (curi) RM5.9 bilion.
“RM3.2 bilion ini kalau kita simpan dalam bank, ambil bunga saja, katakan paling rendah pun empat peratus setahun, dah RM160 juta setahun.
“Maknanya, sebulan dia boleh belanja lebih RM10 juta. Duit yang dicuri dan disimpannya dalam bank, boleh dapat RM160 juta setahun,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam Bicara YB Khalid Samad (Siri 146) menerusi saluran Jom Channel malam tadi.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mengulas pendedahan ejen Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Erin Van Dorn di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York di Amerika Syarikat (AS) pada 14 Mac lalu.
Van Dorn dilapor berkata, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa mencuri AS$1.42 bilion (RM5.98 bilion) daripada tiga transaksi bon yang diatur oleh bank pelaburan, Goldman Sachs untuk dana kekayaan Malaysia.
Ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng yang didakwa bersubahat dalam penyelewengan 1MDB, Van Dorn mendedahkan bahawa Najib mengaut AS$756 juta (RM3.2 bilion) daripada AS$6.5 bilion (RM27.4 bilion) yang diperoleh dalam tawaran bon manakala anak tirinya, Riza Aziz yang juga rakan Jho Low meraih AS$238 juta (RM1.01 bilion).
Mengulas lanjut, Khalid berkata, “jahatnya Najib” apabila dengan rakyat menghulurkan wang sehingga pengundi memuji dan terhutang budi.
“Dia masuk kampung boleh bagi duit pada makcik-makcik. Terima kasihlah Datuk Seri. Baiklah Datuk Seri Najib bagi duit.“Bila mengundi semua undi Najib sebab baik bagi duit. Bukan duit dia pun. Kita yang kena tanggung.
“Itu yang kena RM7 juta sehari tanggungan ke atas bunga sahaja. Jahatnya Najib ni,” tegasnya.
‘Cash is king’
Dalam masa sama, Khalid menegaskan bahawa masyarakat Melayu kekal dalam keadaan susah akibat pendekatan ‘cash is king’ iaitu pemberian wang tunai untuk membeli sokongan atau merasuah.
Hal itulah, katanya, yang ditentang pihak Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain.
“Oleh sebab Umno adalah Umno, dia nak tutup hal ini, dia beritahu pada orang Umno, sokonglah nak pilihan raya. Inilah dasar yang dikatakan ‘cash is king’ yang dibawa oleh Najib.
“Dia rompak. Dia guna duit rompakan itu. Dia boleh beli sokongan daripada rakyat kerana dia tahu orang Melayu dalam kesempitan ekonomi yang dihasilkan oleh dia dan dasar-dasar yang dia lakukan.
“Kekalkan orang Melayu dalam keadaan susah dan miskin serta bergantung pada bantuan dan sumbangan-sumbangan yang dia beri.
“Inilah yang jahatnya strategi dan pendekatan yang dipakai oleh Najib dan Umno. Inilah sebab yang kita tentang mereka daripada dulu hingga sekarang,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar rakyat menyedari bahawa tindakan Najib sememangnya membebankan negara.
Tambahnya, pendedahan terbaharu oleh ejen FBI di AS pada 14 Mac lalu itu bukti yang tidak harus dinafikan oleh mana-mana pihak.
“Kita harap rakyat akan sedar bahawa sebenarnya memang dia memang membebankan negara dengan tindakan-tindakannya itu.
“Ini pendedahan yang baru. Tiada orang boleh nafi kononnya yang curi duit itu (1MDB) adalah Roger Ng dan Tim Leissner.
“Najib yang ambil. Leissner dan Ng dapat sampingan-sampingan saja. Ratusan juta (ringgit) mungkin tetapi bukanlah berbilion-bilion seperti diperoleh Najib dan Jho Low,” kata Khalid lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/duit-yang-dicuri-disimpannya-dalam-bank.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Transfer Duit Bsn Ke Bank Lain Secara Online

Cara Transfer Duit Bsn Ke Bank Lain Secara Online

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 668 hits
AssalamualaikumBismillahSejak aku buat tentang cara dapatkan penyata bank BSN secara online Ramai yang email dan bertanya macam mana nak transfer duit dari BSN ke akaun bank yang lain secara online Apabila aku tanya adik aku macam mana nak ...
Bukan Susah Berkempen Pada Orang Melayu

Bukan Susah Berkempen Pada Orang Melayu

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 159 hits
NORMAN RADZUANPopulis dan nilai komersial BUKAN SUSAH BERKEMPEN PADA ORANG MELAYU Dahulu filem Yusof Haslam ada pihak mengatakan ia filem sampah bagi pengkritik filem Yusuf Haslam Sutradara seperti Uwei dan Mansur Putih itu adalah sutradara...
Rupanya Boleh Keluarkan Duit Di Mesin Atm Tanpa Guna Kad Bank Mudah Saja Caranya

Rupanya Boleh Keluarkan Duit Di Mesin Atm Tanpa Guna Kad Bank Mudah Saja Caranya

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 226 hits
Rupanya boleh keluarkan duit di mesin ATM pun tanpa guna kad bank ini caranya Ada masa waktu rush nak keluar kita boleh pulak tertinggal beg duit dan kad bank kat rumah Dah sampai destinasi baru perasan Haha Kalau macam ni kita selalu patah...
Ulasan Susah Rupanya Pemimpin Umno Mahu Berubah

Ulasan Susah Rupanya Pemimpin Umno Mahu Berubah

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 210 hits
agendaily comMohd Azreen MustaphaPresiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad terperangkap dengan sindiran Singapura maju tanpa UMNO Geli hati melihat beberapa pimpinan utama UMNO menelan bulat b...
Arak Disimpan Setempat Halal Susah Sangat Ker Nak Selesai Kan

Arak Disimpan Setempat Halal Susah Sangat Ker Nak Selesai Kan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 166 hits
SUSAH SANGAT KER MANA MENTERI DAN PENGUATKUASA Bila teman melihat ada juga NGO yg perihatin ttg Negara yg Agama Islam dijunjung dan diutamakan Terfikir dimanakah mereka yg sepatutnya punya kuasa malah dihormati sebagai taraf Ulama membetulk...
Subjek Matematik Spm Sekarang Sangat Susah

Subjek Matematik Spm Sekarang Sangat Susah

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 259 hits
Subjek Matematik SPM Sekarang Sangat SusahTerbaca beberapa artikel di internet dan media sosial mengatakan matematik SPM zaman sekarang 2021 2022 sangat susah Ditambah dengan topik baharu yang tak masuk akal mengarut dan yang sewaktu dengan...
Tak Perlu Susah Jahit Tanda Nama Lencana Sekolah Anak Tampal Gosok Siap

Tak Perlu Susah Jahit Tanda Nama Lencana Sekolah Anak Tampal Gosok Siap

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 155 hits
Sesi persekolahan penggal 2022 2023 akan bermula tak lama lagi Nampaknya ibu bapa kembali sibuk untuk membuat persiapan anak anak setelah bercuti beberapa minggu lalu Makin dekat sekolah dibuka banyak persediaan anak anak perlu dilakukan An...
Orang Bujang Jangan Susah Hati Ustaz Azhar Idrus

Orang Bujang Jangan Susah Hati Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 232 hits
Jadi bagi yang belum berkahwin toksah susah hati Mu nak orang puan lagu mana perempuan hok gitu ustaz aa gi khabar ke dia jangan tunggu tunggu Nabi suruh usaha Perkahwinan cukup budak mu cari nak hok lagu mana nak orang mari masjid sokmo Mi...
Pakar Saran Aktiviti Untuk Anak Susah Fokus Buat Bersama Lebih Mudah Anak Nak Hadam

Pakar Saran Aktiviti Untuk Anak Susah Fokus Buat Bersama Lebih Mudah Anak Nak Hadam

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 196 hits
Membuat aktiviti aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan Ada y...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini