Duit Tin Milo Atau Kasino Duhai Parti Politik


 

APA yang menimpa Bersatu daripada Perikatan Nasional baru-baru ini iaitu pembekuan akaun parti itu membawa kita kembali kepada perbincangan yang “tersenyapkan” iaitu usaha untuk menggubal Akta Pendanaan Parti Politik. Rasanya sudah berbusa mulut aktivis masyarakat sivil dan reformis pilihan raya seperti gerakan Bersih, Ilham Centre, Iman Research dan Ideas agar satu Rang Undang-Undang (RUU) persendirian mengenai pendanaan politik segera diberi laluan.
Apa yang dialami oleh parti itu boleh saja menimpa parti politik lainnya termasuk gabungan parti Pakatan Harapan yang sebelum PRU15 begitu garang mendorong reformasi. Parti jenis Umno kita tidak berapa hairan. Ada yang sudah ke jel pun.
Ekoran tiadanya satu undang-undang khusus untuk menangani hal ini maka tidaklah menghairankan jika Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika mengesahkan pembekuan akaun itu menyatakan, ia disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
Sekiranya benar pembekuan akaun Bersatu dibuat bagi memudahkan siasatan yang dakwaan parti itu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor ketika parti itu menjadi kerajaan, maka kita tahu mengapa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia untuk negara kita tidak pernah beroleh markah memuaskan.
Setiap tahun Malaysia menyaksikan kejatuhan skor lantaran tiadanya reformasi institusi yang bermakna. Dek kerana tiada tekad untuk menjadikan Akta Pendanaan Parti Politik ini berjaya maka kita pun dapat melihat bagaimana politik wang menjadi-jadi ketika PRU15 lalu.
Akta persendirian tentang pendanaan politik ini andai lulus dibentangkan, akan menjadi langkah sulung dalam memastikan sistem politik yang lebih telus dan bertanggungjawab. Rakyat justeru tidak dalam kekelaman untuk mengetahui bagaimana sesebuah parti melakukan pendanaan, akauntabiliti dan seterusnya bagaimana dana itu diuruskan. Zaman tin milo untuk mendanai parti politik sudah lama berlalu. Kita pengundi ingin tahu siapa yang mendanai parti kesayangan kita, apakah ia didanai jemaah masjid, atau oleh tahi judi? Artis mabuk dakwah yang sudah menerima banyak wang ketika kempen PRU15 sedang kepanasan kerana tidak tahu wang yang mereka terima selama ini apakah wang mesin slot, atau wang taikun.
Penggubalan akta yang saya sebutkan di atas bakal membolehkan kita pengundi dan pihak berkepentingan lainnya memastikan pelaksanaan langkah susulan seperti deklarasi aset serta akta yang mengawal selia parti politik ini.
Bersekali dengan ini tentunya kita perlu menjayakan reformasi ke atas Jabatan Peguam Negara dalam memisahkan peranan peguam negara dengan pendakwa raya. Ini kerana ia boleh menjadi punca terjadinya pendakwaan terpilih, sehingga menimbulkan konflik kepentingan dalam peranan peguam negara. Justeru tiada parti politik boleh melalak-lalak menuduh difitnah atau ada pendakwaan terpilih.
Seingat saya, pada tahun 2022 Perikatan Nasional sendiri menerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia ada menghantar cadangan RUU Akta Persendirian Pendanaan Parti Politik ini menerusi Pengerusinya, Ahmad Fadhli Shaari, kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin.
Fadhli yang juga seorang Ahli Parlimen menyatakan cadangan RUU ini ialah supaya satu standard dirumuskan dengan pemberian peruntukan dana awam RM130 juta setahun untuk semua parti politik yang berkelayakan. Mengikut RUU tersebut, sebanyak RM120 juta diperuntukkan kepada parti politik mengikut jumlah perolehan undi masing-masing, manakala pengagihan baki RM10 juta berdasarkan bilangan wakil rakyat parti politik yang berkelayakan. Selain itu, lapornya pada waktu itu; pembahagian RM120 juta tersebut juga perlu mengikut kuota – RM90 juta untuk Semenanjung dan masing-masing RM15 juta untuk Sabah dan Sarawak.
Akan tetapi, nampaknya selepas PRU15 akta ini semacam disenyapkan oleh parti politik sedia ada. Ada suara dalam PAS sendiri nampaknya krik… krik…krik…krik…bahkan menghujahkan sogokan dan bayaran kepada pengundi sebagai sedekah. Tolonglah ahli politik (baca: semua ahli politik) berjujurlah, apa yang payah?
Kami pengundi mahu melihat libat urus yang mantap antara parti politik dengan sektor swasta, ini kerana badan korporat sering dilihat sebagai antara sumber pendanaan parti politik. Dengan ini dakwaan ada kontraktor memberi habuan besar demi memastikan kerajaan sedia ada (baca: kerajaan sebelumnya) “terus menang” untuk menjamin kelangsungan habuan mereka mestilah ikut diberi perkiraan penting. Ini lantaran badan korporat adalah penderma terbesar kepada parti dan juga ahli politik. Badan korporat mesti dilibatkan juga dalam proses ini demi memastikan reformasi ini menjadi dan terjadi.
Ketika saya mewawancara Azam, ketua pesuruhjaya SPRM untuk akhbar-jurnal Svara awal tahun 2022, beliau sudah menyuarakan keperluan agar akta ini diperkenalkan.
Inilah puncanya mengapa Azam kurang disenangi oleh ramai ahli politik, ini kerana kerimasan parti politik itu adalah pada usaha menggerakkan kekangan dan pemantauan terhadap pendanaan parti politik khusus berkait dengan pilihan raya dan kempennya.
Akan tetapi Azam adalah seorang penjawat awam. Beliau terpaksa memulangkan azam ini kepada tekad ahli politik dan pimpinan negara untuk bersikap telus dalam hal pendanaan.
Dalam pertemuan saya dengan beliau, Azam menegaskan yang banyak negara luar seperti contohnya di Indonesia, United Kingdom dan Amerika Syarikat sudah menyediakan garis panduan tentang pembiayaan politik, dana politik. Apabila adanya garis panduan yang jelas, maka sebarang persepsi yang mengatakan sedekah ini rasuah, boleh dilurus atau dibengkokkan menurut kejelasan hukum dan undang-undang.
Parti politik tidak boleh menentang akta dianjurkannya sendiri, atau menentang reformasi yang diperjuangkan apabila terkenakan batang hidung sendiri. Maruah negara yang madani dalam perhatian. Jangan nanti orang bilang, pimpinannya aduh madani tapi iltizam politiknya sayang celakawi.
Jika akta pendanaan parti politik ini tidak digubal, kita akan melihat sekali lagi dalam PRU mendatang sekumpulan artis dan pempengaruh platform yang mendapat bayaran parti tertentu menggedik memanggil-membujuk pengundi agar mengundikan parti tertentu. Jika akta ini tidak digubal, kita pengundi tidak akan tahu apakah duit sedekah kita itu datang dari tin milo atau datang dari kasino. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/duit-tin-milo-atau-kasino-duhai-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakat Pakat La Kutip Duit Guna Tin Milo

Pakat Pakat La Kutip Duit Guna Tin Milo

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 165 hits
Kesiannnn Tapi tin Milo kan ada masa PRU15 Abah banyak sedekah kat walaun sekrang mintak walaun sedekah kat abah balik la Walaun kan dah kaya raya hidup senang lenang PH 22 bulan tumbang
Parti Politik Main Isu Judi Arak Sebar Islamofobia Di Malaysia Hadi Awang

Parti Politik Main Isu Judi Arak Sebar Islamofobia Di Malaysia Hadi Awang

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 177 hits
agendaily com23 01 2023Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata Islamofobia yang disebarkan parti politik tertentu dan beberapa pihak lain dalam kalangan rakyat di Malaysia bertujuan mengadu domba ...
Akaun Parti Dibeku Ppbm Beri Alasan Bodoh Untuk Lepaskan Pembekuan

Akaun Parti Dibeku Ppbm Beri Alasan Bodoh Untuk Lepaskan Pembekuan

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 215 hits
Seluruh negara mula pandang sinis terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebaik sahaja rakyat dimaklumkan akaun parti mereka telah dibekukan oleh SPRM SPRM tentu ada asas apabila bertindak sedemikian dan pasti tidak melulu atau tergopoh ga...
Saya Perlu Menyelamat Umno Daripada Musuh Dalam Parti Kata Zahid

Saya Perlu Menyelamat Umno Daripada Musuh Dalam Parti Kata Zahid

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 242 hits
freemalaysiatoday com February 1 2023 12 28 AMAhmad Zahid Hamidi berkata pihaknya boleh meraikan perbezaan pendapat namun tidak berkompromi mana mana pihak menyentuh soal integriti parti PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkat...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi