Duit Awak Datang Dari Mana Untuk Fahaman Pas Pis Pus Rasputin Dan Yang Sewaktu Dengannya


Tuan-tuan pembaca,  nukilan saya hari ini sangat penting bagi kita semua faham apa sebenarnya sedang berlaku dalam negara kita. 
Terutama sekali bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang sangat bergantung kepada kerajaan untuk sara hidup.
Tuan-tuan harus faham dari mana datang pula "sara hidup" kerajaan. 
Ramai orang termasuk Wakil Rakyat dan Menteri tidak faham dari mana datangnya duit kerajaan. Saya pernah dengar Idris Jala (seorang Menteri Kabinet dulu) berkata bahawa duit kerajaan bukan duit rakyat.  Jadi kalau Menteri sendiri tidak faham dari mana datangnya duit yang kerajaan belanja, tak hairanlah jika orang yang bukan Menteri akan lebih tak faham. 
Untuk posting ini saya rujuk data maklumat daripada Kementerian Kewangan di sini : 
http://www1.treasury.gov.my/pdf/revenue/2020/section3.pdf
Sejak beberapa tahun ini harga minyak sudah menurun ke tahap US$50 - US$60 satu tong. Akibatnya hasil minyak negara pun berkurangan dan kerajaan menghadapi kesempitan untuk membiayai belanjawan negara.
Tetapi minggu sudah harga minyak dunia jatuh 40% lagi dan sekarang berada disekitar US$30+ satu tong. Saya rasa Petronas (khazanah nasional kita yang sebenarnya) boleh mengalami kerugian jika harga minyak yang rendah ini berpanjangan. Dan seterusnya kutipan hasil kerajaan akan menjadi sangat kronik.
Saya faham bahawa Budget 2020 atau belanjawan Kerajaan bersandar kepada harga minyak US$60 satu tong. Kalau begitu, maksudnya separuh hasil kerajaan daripada sumbangan Petronas (cukai dan dividen) amat terjejas.  
Carta berikut menunjukkan sumber hasil kerajaan pusat:

Perhatikan bahawa pada 2009, 41% daripada hasil kerajaan datang daripada hasil minyak petroleum. 
59% daripada hasil kerajaan yang lain datang daripada kutipan cukai yang pelbagai (Income tax, company tax, sales tax etc).  
Sila lihat bahawa daripada tahun 2009, hasil minyak dan petroleum makin menurun tetapi sumbangan hasil daripada cukai pendapatan, company tax dsbnya makin bertambah.  
Untuk 2020, anggarannya ialah peratus sumbangan hasil minyak dan petroleum akan jadi SEPARUH SAJA daripada tahun 2009. Minyak dan petroleum akan menyumbangkan hanya 20.7% kepada  hasil kerajaan. Sumbangan daripada hasil cukai yang lain akan NAIK menjadi 79.3 % daripada sumber kewangan kerajaan. 

Tuan-tuan jangan lupa, semua angka ini telah dikira (untuk Budget 2020) bersandarkan harga US$60 bagi satu tong minyak.
Tetapi hari ini pula harga minyak hanya US$30+ satu tong. 
Maksudnya kiraan Budget 2020 itu boleh lah di tongsampahkan. 
Kerajaan tidak akan mendapat 20.7% sumbangan hasil daripada Petronas lagi. 
The game is over.
Sekarang kita lihat kepada perbelanjaan kerajaan.  
Ke mana perginya semua duit hasil itu?




Daripada jumlah Budget hampir RM300 Bilion itu, lebih 81% atau RM241 billion adalah untuk OE ia itu Operating Expenditure. OE maksudnya untuk menanggung operasi kementerian dan jabatan kerajaan.
Hanya 19% atau RM56 billion adalah untuk DE atau Development Expenditure ia itu duit untuk projek-projek pembangunan. 
Untuk pendek-kan cerita, lebih 81% daripada Belanjawan Kerajaan (Government Budget) adalah untuk membayar gaji dan pencen 1.6 JUTA penjawat awam, bayar gaji 70 orang Menteri dan Timbalan Menteri, bayar BR1M, bayar sabsidi yang masih banyak, bayar skim makanan kanak-kanak sekolah dan banyak lagi lah.
Bantuan biasiswa, sekolah, hospital, bantuan keluarga B40 dan semua sekali lah. 
Sila lihat dua carta yang berikut :
Sila perhatikan 'Others'. 'Others' itu apa pula? 
'Others' ini akan menelan 33.4% daripada peruntukan Operating Expenditure. 
40.5% lagi akan dibelanjakan untuk perkara 'Sosial'. (Segala jenis bantuan 'percuma' juga lah).
'Others' dan 'Sosial' ini sudah menelan RM178 billion atau 74% daripada peruntukan Operating Expenditure itu. 
Yang berikut pula adalah DE atau Development Expenditure atau belanja untuk pembangunan. Paling sikit sekali.




Sekarang saya 'cut and paste' sikit daripada carta tadi.



Perhatikan sekali lagi bahawa pada 2020 sumbangan daripada hasil minyak petroleum 20.7% sahaja. Sudah banyak kurang.  Ikut peratusan sumbangan-nya hasil minyak negara makin meruncing.  Menghampiri kritikal. 
Dan ini adalah sebelum corona virus dan sebelum harga minyak collapse macam Highland Towers.  Hasil minyak 20.7% itu berasaskan harga minyak US$60 satu tong. Yang reality sebenarnya hari ini, harga minyak sekitar US$30+ satu tong. 
Percayalah kutipan 20.7% hasil kerajaan daripada minyak petroleum itu tak akan jadi dah. It is Game Over. 

So what is left? Apa yang ada lagi?

Yang tinggal bagi kita adalah 79.2% hasil Kerajaan yang datang daripada pembayaran segala jenis cukai oleh rakyat negara kita. Semua rakyat negara kita.

Cukai yang dibayar oleh rakyat negara hasil daripada usaha, kerja, peluh, keluh, tungkus, lumus, segala jenis siksa dan aniaya yang dialami (daripada dasar kerajaan yang dangkal) dan rakyat negara masih boleh memberi sumbangan 79% kutipan hasil Kerajaan. 

Maksudnya usaha kerja, peluh keringat rakyat pembayar cukai yang memberi oksijen "duit belanja" kepada Kerajaan. 

It is the peoples' money through their sweat, tears, hard work, suffering and sorrow that will pay 79% of the government's tax collection to spend and waste their money.

Siapa kah pembayar cukai?  

Syarikat kerajaan semua sudah bungkus. 
MAS sudah bungkus. 
Felda sudah bungkus. 
Tabung Haji bayar dividen 3% sahaja. 
Kemungkinan Petronas pun boleh bungkus.


Hanya syarikat GLC dan syarikat kroni yang beroperasi dalam keadaan monopoli dan oligopoli seperti perbankan, jana eletrik, monopoly highway dsbnya yang mendapat untung dan boleh membayar cukai. Tetapi keuntungan mereka adalah daripada menekan dan memeras rakyat. 
Untuk menampong "kejayaan" mereka,  pengguna terpaksa pula tidak mempunyai pilihan atau pilihan kita terhad. To sustain the monopolies and oligopolies of the GLCs and the cronies, the consumer must be deprived of choice. 
Maksudnya sumbangan cukai oleh GLC dan syarikat monopoli ini didapati menerusi dasar membuli dan menekan rakyat. Dalam bahasa kewangan (in financial parlance) mereka mempunyai 'low quality earnings'.  
Jika monopoli dibubarkan, lesen bumiputra dibatalkan, kuota ditamatkan (atau harga minyak jatuh merudum) maka mereka pun akan terkubur. Falsafah hidup mereka mudah saja : "selagi kita pegang kuasa selama itulah kita berjoget". Jadi janganlah harap sangat mereka boleh kekal selamanya menyumbangkan hasil cukai yang lumayan kepada kerajaan. Lama-lama mereka akan bungkus. Dan inilah yang sedang berlaku sekarang.
Tetapi golongan yang begitu lama sekali membayar cukai kepada kerajaan tanpa putus dan tanpa henti adalah kaum peniaga dan pedagang bukan bumiputera. Maksudnya orang Cina dan juga ramai  orang India.
Macam mana pula? Kenapa begitu? 

Sebab tanpa sabsidi, tanpa kuota, tanpa lesen (kecuali sebilangan kecil) mereka masih survive dan maju dalam perniagaan. Sebilangan besar syarikat yang tersenarai di Bursa Saham yang masih maju dan membayar cukai kepada Kerajaan adalah kepunyaan orang Cina dan India.
Jauh lagi besar sumbangan cukai mereka adalah daripada syarikat Cina dan India yang kecil dan sederhana. Restoran India yang membuka kedai pada pukul enam pagi setiap hari tanpa putus. Kedai mekanik dan membaiki tayar kereta kepunyaan Cina yang sudah beroperasi sejak 30 tahun. Showroom jual kereta, second hand car dealer, kilang perabot, kilang tepung dan  rempah yang telah beroperasi sekian lama - mereka semua menyumbangkan cukai dan hasil kepada Kerajaan.
Dan merekalah pembayar cukai impot (import duty) yang besar sebab mereka mengimpot terlalu banyak barang keperluan untuk pengguna, untuk kilang dan untuk perniagaan mereka. Segala usaha mereka menjana hasil cukai kepada Kerajaan.
Mereka jugalah membayar berbilion Ringgit setiap tahun untuk levi dan yuran mengimpot pekerja Bangla, Indon, India dsbnya untuk bekerja di kilang, tapak pembangunan, restoran dan di ladang. Semua ini menghasilkan berbilion Ringgit kutipan hasil kepada  Kerajaan.
Percayalah Tuan-Tuan, pungutan cukai non petroleum (bukan minyak) sekarang menyumbangkan lebih 70% daripada hasil Kerajaan. Hasil daripada minyak dan gas pula disekitar 20% sahaja dan makin berkurangan. 
Semua rakyat negara yang membayar cukai, terutama sekali peniaga dan pengusaha Cina, India dan bukan bumiputera yang lain - merekalah 'The goose that lays the golden eggs'.  Merekalah yang akan terus menjana hasil cukai yang terbesar kepada Kerajaan. Sumbangan merekalah jadi periuk nasi bagi Kerajaan. Duit minyak sudah jadi asap.  
Jadi bagi saya beberapa makhluk yang menyuarakan Buy Muslim First atau Buy Kafir Last atau serupa begitu mencerminkan kedangkalan yang tidak terhingga. Serupa juga dengan Rasputin yang berpantun menyindir 'keling' dan 'kepala lembu'. Mereka hidup senang dengan makan gaji daripada Kerajaan. Atau membelanjakan peruntukan wang daripada Kerajaan. Takkan awak begitu bodoh tak faham duit itu datang dari mana ?  

Rasputin
Ikut konsep salafi yang makan duit jizya pun, kalau tiada golongan bukan Islam bayar wang jizya habis macam mana awak nak beli underwear pun? 
(Untuk makluman mereka yang kononnya pakar agama ini, kalimah jizya disebut 118 kali dalam al Quran. Tidak ada sekali pun jizya itu beri maksud "kutipan cukai daripada bukan Islam", termasuk Surah 9:29 yang famous itu.)



GLC dan kroni monopoli hisap darah sudah bungkus.
Sekarang duit minyak makin jadi asap.
Korona virus pula padamkan lampu disemua hotel dan pusat pelancong asing.
Minyak sawit dan Felda sudah bungkus juga.
Apa-apa dasar yang menggunakan kuasa, paksa, kekerasan, menekan orang semuanya makin hancur. Semuanya makin bungkus. 

Akhir kalam kutipan hasil Kerajaan makin kronik. 
Duit Belanjawan Kerajaan nak datang dari mana?

Bagi Kerajaan yang memerintah, yang tinggal hanya sumbangan cukai, import duty, sales tax, eksais dan berjenis lagi cukai.  


Kaum bukan bumiputera / bukan Melayu / bukan Islam memainkan peranan besar dalam ekonomi negara kita. Ini fakta yang sah.  Merekalah masih menjayakan sektor swasta terutama sekali pengilangan, perusahaan dan perniagaan. Dan usaha mereka menjana begitu banyak kutipan hasil bagi Kerajaan. Lebih 70% hasil Kerajaan datangnya daripada kutipan semua jenis cukai. 
Tak mahu tolong mereka tak apa. Tak mahu bantu mereka pun tak apa.Mereka boleh survive.
Tetapi janganlah pergi kacau dan mengusik mereka.Jangan buat onar, berpantun keling entah apa, berkempen Buy Muslim First (maksudnya Buy Kafir Last lah) dsbnya.Jangan menghalang mereka daripada usaha dan kerja mereka sendiri.
Jika mereka boleh menukar tanah kosong jadi ladang biarkan mereka.Semua penduduk akan untung bersama.Jika mereka boleh mengubah padang jarak jadi kilang besi biarkan mereka.Semua orang boleh mendapat peluang pekerjaan.Jika mereka boleh membangun tapak menjadi projek pembangunan biarkan mereka.Semua orang bakal menduduki rumah dan kedai yang dibina.Jika mereka boleh mendirikan gedung, membuka bank dan apa pun biarkan mereka.Semua orang boleh berniaga dengan mereka dan maju bersama.Jika mereka boleh membuka peluang pekerjaan baru biarkan mereka.Jika mereka boleh memajukan ekonomi sesuatu kawasan biarkan mereka.
Periuk nasi mereka juga adalah periuk nasi semua.Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/03/duit-awak-datang-dari-mana-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Janji Pas Hapus Ptptn

Mana Janji Pas Hapus Ptptn

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 311 hits
PTPTN TERKINI PAS BELUM MAMPU TUNAI MANIFESTO Dato Mohd Amar Naib Presiden PAS 3 Mac 2020 Sedih Mengunung harapan rakyat apabila dapat bertukar Kerajaan 1 Mac 2020 lepas agar hutang PTPTN dihapuskan 100 spt di janjikan Nampaknya Kerajaan Pi...
Mca Tidak Mahu Negara Melayu Islam Di Mana Pendirian Pas

Mca Tidak Mahu Negara Melayu Islam Di Mana Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 225 hits
Pas satu satunya parti Islam yang kini diberi tempat di dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional didakwa membisu setelah MCA secara terang terangan tidak mahu negara ini dikenali sebagai negara Melayu Islam Pengarah Syariah AMANAH Nasi...
Kenyataan Presiden Pas Pembentukan Kabinet Permulaan Yang Baik

Kenyataan Presiden Pas Pembentukan Kabinet Permulaan Yang Baik

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 207 hits
Sesungguhnya sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi dipercayai 1 PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini demi membawa kebaika...
Pas Kembali Dalam Kerajaan Persekutuan Selepas 1974 1977

Pas Kembali Dalam Kerajaan Persekutuan Selepas 1974 1977

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Politik negara sekali lagi melakar sejarah baharu apabila barisan jemaah menteri Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini kembali dianggotai beberapa pemimpin PAS Kembalinya parti itu dalam penta...
Maza Kagum Sikap Presiden Pas

Maza Kagum Sikap Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 154 hits
Kelmarin semasa saya dijemput oleh YAB TS PM beliau menceritakan pada saya tentang perkembangan akhir sebelum kabinet diumumkan Antara yang saya kagum beliau memberitahu sikap terbuka YB Presiden PAS DS TG Abdul Hadi Awang yang tidak mewaji...
Kabinet Baru Apa Komen Presiden Pas

Kabinet Baru Apa Komen Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 313 hits
Pembentukan kabinet permulaan yang baikSESUNGGUHNYA sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi dipercayai PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumum...
Pas And Mca Make A Return To Federal Power

Pas And Mca Make A Return To Federal Power

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 116 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man is environment minister while MCA president Wee Ka Siong is transport ministerKUALA LUMPUR The Islamic party PAS took up a role in federal power today after almost 43 years in opposition while the ...
500 Ahli Harapan Rakyat Kinabatangan Sertai Pas

500 Ahli Harapan Rakyat Kinabatangan Sertai Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 173 hits
KINABATANGAN Kira kira 500 bekas ahli Parti Harapan Rakyat Sabah cabang Kinabatangan menyertai PAS pada Jumaat Mereka menyatakan hasrat itu kepada Yang Dipertua PAS Kinabatangan Innah Tuton yang menerima borang kemasukan yang diserahkan dal...
8 Mp Pas Dalam Senarai Menteri Timbalan Menteri

8 Mp Pas Dalam Senarai Menteri Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 512 hits
Menteri Menteri 1 Menteri Alam Sekitar YB Dato Ustaz Tuan Ibrahim Bin Tuan Man2 Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato Takiyuddin Bin Hassan3 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Dato Dr Mohd Khairuddin Bin Aman RazaliTimbalan...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Effective Market Research On A Budget



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia