Duat Terengganu Angkat Pengajian Kitab Arab Dan Wakaf Al Quran


Syeikh Tawfiq Ibrahim Dhamrah.Oleh: Rohaida

KUALA TERENGGANU, 1 November - Akademi DIDIK ULAMA AMILIN Terengganu (DUAT) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Daurah Pengajian Kitab Al-Itqan dalam usaha memartabatkan kitab-kitab karya ulama kontemporari Islam.

Ianya termasuk menjemput sendiri penulis kitab tersebut, Syeikh Tawfiq Ibrahim Dhamrah untuk mensyarahkan kitab tersebut sekali gus menganugerahkan sanad kepada para peserta.

Menurut Pengarah DUAT, Muhammad Ramlan Hj Mahmood, DUAT komited dalam usaha memacu perubahan rakyat Terengganu ke arah meningkatkan mutu pengajian ilmu al-Quran dan hadis di kalangan masyarakatnya.

"Justeru, menerusi Daurah Pengajian Kitab Al-Itqan, kami (DUAT) mengambil inisiatif bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Darul Iman, Terengganu (Iman Care) dan Persatuan Kebajikan RABITAH Institut Pengajian Islam Terengganu (RABITAH).

"Kami menyampaikan Wakaf Al-Quran "Untukmu Ummah" yang melibatkan sebanyak 2000 nashkah al-Quran khusus untuk penduduk terpilih dan institusi pondok serta madrasah di sekitar daerah Kuala Nerus.

"Lebih mengujakan apabila syeikh pakar al-Quran yang kami bawakan dari Jordan ini sudi mensyarahkan kitab karangan beliau sendiri, sekali gus  menganugerahkan sanad kepada para peserta," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada daurah tersebut di Dewan Auditorium Kompleks Sukan Negeri di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Ustaz Ridhuan Abdul Karim dan Presiden Rabitah, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa serta tuan-tuan guru, mudir-mudir pondok dan maahad tahfiz.

Kehadiran peserta yang mencecah 450 orang kelihatan sangat teruja dan terpegun sepanjang mengikuti syarahan Syeikh Dr Tawfiq Ibrahim Dhamrah Hafizahullah yang merupakan Ulama Qiraat Negara Jordan.

Beliau juga mengijazahkan sanad beberapa buah kitab dan hadis-hadis Musalsal termasuk kitab al-Itqan, Afdhal al-Hibat (susunan hadis Musalsal), al-Arabaun fi al-Qiraat dan Mutun-mutun Tajwid.

Dalam pada itu, Ramlan turut menyifatkan program sebegini penting kerana mampu membawa rakyat negeri ini ke arah lembayung rahmat seiring ketinggian ilmu dan kehebatan amalan rakyatnya.

Terdahulu, majlis dimulai dengan gimik penyerahan wakaf al-Quran "Untukmu Ummah" kepada wakil-wakil DUN dalam daerah Kuala Nerus melibatkan 2,000 nashkah al-Quran hasil usaha sama DUAT dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas mengenai kolaborasi antara Akademi DUAT, Rabitah dan Iman Care, Ramlan meluahkan harapan tinggi agar usaha ini dapat melahirkan modal insan yang seimbang.

"Di mana rakyatnya memiliki penguasaan ilmu yang menyeluruh lebih-lebih lagi golongan muda yang  bakal menjadi pewaris kepada kepimpinan kerajaan negeri di masa hadapan.

"Secara tidak langsung, insiatif Akademi DUAT ini bakal membuka mata rakyat bahawa kerajaan memandang serius usaha ke arah lebih menghayati ilmu-ilmu yang diwarisi alim ulama yang seringkali dilupai dek kerana dikaburi dengan kemajuan tanpa berpaksikan al-Quran dan sunnah," ujarnya.

Menurut Ramlan lagi, al-Quran yang diagihkan tersebut juga dengan misi "1 Rumah 1 Al-Quran".

"Agihan al-Quran tersebut adalah simbolik kepada komitmen kerajaan yang akan sentiasa memastikan rakyatnya dekat dengan al-Quran  sekalipun dalam kesibukan seharian.

"Lagipun, dengan pegangan pada al-Quran dan hadis sahajalah dapat membantu menerapkan unsur-unsur positif dalam setiap anggota masyarakat," tuturnya.

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/duat-terengganu-angkat-pengajian-kitab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mercu Tanda Terkini Terengganu Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Mercu Tanda Terkini Terengganu Jambatan Angkat Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 1129 hits
Mercu tanda dan tarikan terkini di Terengganu tentulah Jambatan Angkat Semasa saya berjalan di pun dah nampak ramai penjual menjual t shirt dengan gambar jambatan ini Pemandangan Jambatan Angkat dari kawasan parkir Pasar Payang 2 Kiranya da...
Sate Wakaf Bharu Kelantan Vs Sate Lanang Jabi Terengganu

Sate Wakaf Bharu Kelantan Vs Sate Lanang Jabi Terengganu

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 478 hits
Sate Wakaf Bharu Kelantan VS Sate Lanang Jabi Terengganu Jarang kita dengar mereka yang kurang menggemari sate Rasa rempah sate pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur baik kita yang dewasa mahupun kanak kanak Anak anak aku sendiri k...
Musleem Malaysia Anjur Program Wakaf Perigi Di Kemboja

Musleem Malaysia Anjur Program Wakaf Perigi Di Kemboja

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 810 hits
Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia adalah badan NGO yang berdaftar dengan kerajaan Malaysia dengan nombor pendaftaran ROS PPM 015 11 16072018Muszleem Malaysia bermula apabila beberapa orang rakan menerima jemputan untuk melaksanakan ibada...
Belajar Bahasa Arab Secara Online Paling Berkesan

Belajar Bahasa Arab Secara Online Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 501 hits
PENTINGNYA BAHASA ARABBahasa adalah sesuatu yang sangat unik dan penting bagi sesebuah bangsa umpama ikan yang cinta akan air begitulah pentingnya bahasa bagi sesebuah bangsa Dalam erti kata lain bahasa melambangkan bangsa Kita boleh dapati...
Hilang Kontak Selama 10 Tahun Di Arab Saudi Tkw Sukabumi Ditemukan

Hilang Kontak Selama 10 Tahun Di Arab Saudi Tkw Sukabumi Ditemukan

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 193 hits
Selama di rumah majikannya buruh migran ini bukan menjadi penata rumah tangga tetapi mengurus kebun dan kambing
Pas Bantu Bina Wakaf Baharu Teluk Bidara

Pas Bantu Bina Wakaf Baharu Teluk Bidara

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 162 hits
Oleh Nooreni Abu Bakar DUNGUN Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar bersama PAS Cawangan Teluk Bidara telah berjaya membina dan menyiapkan sebuah wakaf baharu yang sekian lama dinanti nantikan oleh para nelayan di kampung tersebut Yang DiPertu
Cover Version Syed Sumpah Versi Bahasa Arab

Cover Version Syed Sumpah Versi Bahasa Arab

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 832 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua Sudah makan Alhamduillah dan bagaimana cuaca di tempat anda Sini baru benti hujan Dalam keadaan cuaca macam ini anda semua kena menjaga kesihatan ya Dalam entri kali ini Naim nak share lag...
Al Quran Tagging A4 Haramain Al Karim

Al Quran Tagging A4 Haramain Al Karim

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 362 hits
Al Quran Al Haramain bersaiz A4 menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca Al Quran Tafsir ini membahaskan secara sistematik mengikut 7 tema iaitu ibadah muamalat akidah sirah nabawi kisah Nabi Rasul...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp