Dua Tumpuan Utama Prn Sabah 596 Calon Sah Bertanding







 



15 November 2025


Kempen PRN Sabah bermula secara rasmi hari ini berikutan berakhirnya proses penamaan calon sebelum tengahari tadi.


Kesemua 73 kerusi DUN di negeri itu menyaksikan berlaku pertandingan dengan paling banyak ialah 14 penjuru iaitu di DUN Tulid.


Tiada pertandingan dua penjuru berlaku di mana paling sedikit berlaku pertembungan calon yang bertanding ialah 4 penjuru.


24 parti disahkan bertanding, termasuk calon-calon Bebas dan jumlah keseluruhan calon yang bertanding ialah seramai 596 orang.


Sementara Warisan mencatat rekod sebagai parti yang paling banyak meletakkan calon iaitu kesemua 73 kerusi, tetapi calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai sekali yang bertanding.


Dicatatkan seramai 74 calon Bebas bertanding pada PRN Sabah ke-17 kali ini.


Sekurang-kurangnya dua perkara menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan pada PRN Sabah ini yang pengundiannya akan berlangsung pada 29 November depan:-


Pertama, parti manakah yang mampu memenangi paling banyak kerusi untuk menubuhkan kerajaan baharu nanti?


Mampukah mana-mana parti secara sendirian minima menang 37 kerusi bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan secara sendirian atau apakah nanti akan berlaku penggabungan beberapa parti lantaran tiada yang mampu memenangi jumlah kerusi yang signifikan?


Berulang lagikah episod lompat-melompat parti selepas 29 November nanti?


Mampukah juga GRS yang sebelum ini merupakan kerajaan bersama PH mengekalkan kuasa mereka?


Ataukah Warisan lebih berpotensi menjadi kerajaan baharu?


Bagi UMNO dan BN pula, berpeluangkah mereka membuat kejutan dan kembali sebagai kerajaan?


Tumpuan kedua kali ini ialah sejauh manakah parti-parti lokal berjaya mendapat tempat di hati pengundi bersama slogan “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” yang agak menggegar sejak bahang PRN bermula?


Dalam ledakan gelombang “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” itu, apa pula nasib parti-parti daripada Semenanjung?


Paling dinantikan tentunya juga ialah berapakah jumlah kerusi yang bakal dimenangi oleh PKR/PH dan UMNO/BN kali ini?


Kemampuan memenangi kerusi oleh kedua-dua parti itu lebih menarik untuk dinanti kerana mereka adalah parti Semenanjung yang membentuk kerajaan di peringkat pusat.


Jika parti kerajaan seperti PKR dan UMNO tidak berjaya memenangi banyak kerusi, sebaliknya parti lokal yang tiada kaitan dengan parti Semenanjung lebih diberi sokongan, ia dengan jelas memperlihatkan isu-isu hak Sabah telah berjaya mempengaruhi sentimen pengundi.


Bergegar dan makin tegangkah hubungan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu jika dominasi kerusi dimenangi parti-parti lokal?


Berbeza dengan parti Semenanjung lain seperti Bersatu dan Pas, ia tidak begitu menarik untuk ditunggu keputusannya kerana kedua-duanya bukan parti blok kerajaan.


Tidak menang banyak kerusi adalah lumrah, tetapi jika ada kejutan mampu berlaku, banyak perkara harus difikirkan selepas ini.


Yang pasti, tempoh dua minggu daripada sekarang iaitu sehingga hari pengundian pada 29 November akan datang, suhu politik Sabah akan terus panas, berapi-api dan menjadi kerugian jika diabaikan tumpuan. – ShahbudinHusin 15November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/dua-tumpuan-utama-prn-sabah-596-calon-bertanding/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/dua-tumpuan-utama-prn-sabah-596-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Pening Nak Pilih Calon Pn Di Prn Sabah Anggap Terlalu Ramai Yang Hebat

Muhyiddin Pening Nak Pilih Calon Pn Di Prn Sabah Anggap Terlalu Ramai Yang Hebat

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 223 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pemilihan calon untuk Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 bukan perkara mudah apabila terlalu ramai individu berpotensi tinggi dalam gabungan itu Muhyiddin hadapi masalah besar buat
Prn Sabah Bukan Calon Lompat Parti Rafizi Ingatkan Pkr Semangat Reformasi

Prn Sabah Bukan Calon Lompat Parti Rafizi Ingatkan Pkr Semangat Reformasi

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 310 hits
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Rafizi Ramli menegur parti itu agar lebih berhati hati dalam menamakan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah khususnya melibatkan individu yang mempunyai sejarah melompat parti Beliau
Senarai Penuh Calon Prn Sabah

Senarai Penuh Calon Prn Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 434 hits
Nicholas ChungPilihan raya kali ini disertai pelbagai parti dan gabungan besar serta entiti tempatan tetapi hanya Warisan bertanding di semua 73 kerusi Hajiji Bung Phoong Kintingan ShafieGabungan besar seperti GRS yang dipimpin Hajiji Nor d...
Elak Pertembungan Kunci Menang Prn Sabah Kata Saifuddin

Elak Pertembungan Kunci Menang Prn Sabah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 234 hits
Ketua setiausaha PH berkata beliau diamanahkan ketuai rundingan dengan BN dan GRS bagi elak atau kurangkan pertembungan dengan rakan kerjasama Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun rundingan telah dimuktamadkan masi...
Prn Sabah Warisan Sapp Dan Upko Sebagai Gabungan Politik Pencabar Hebat Kepada Grs Ph

Prn Sabah Warisan Sapp Dan Upko Sebagai Gabungan Politik Pencabar Hebat Kepada Grs Ph

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 206 hits
Sambil saya membantu dan menentusahkan satu kajian politik setempat yang bebas ketika saya berada di Kota Kinabalu ini riuh pikuk setakat ini sangat kuat kepada Warisan untuk menang sebagai parti paling banyak kerusi tetapi tidak mampu memb...
Umno Pahang Hantar 100 Jentera Bantu Kempen Calon Bn Di Dun Kinabatangan Dan Beluran Di Pilihan Raya Negeri Sabah

Umno Pahang Hantar 100 Jentera Bantu Kempen Calon Bn Di Dun Kinabatangan Dan Beluran Di Pilihan Raya Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 185 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Pahang akan menggerakkan 100 daripada ahlinya ke Sabah bagi membantu jentera kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 Menurut Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail jumlah itu akan di...
Pm Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini

Pm Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 266 hits
PM Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini KOTA KINABALU 15 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Tanjung Aru di sini pada 1 45 tengah hari untuk memulakan lawatan...
Pemuda Pkr Harap Diberi Sekurang Kurangnya Satu Kerusi Tanding Prn Sabah

Pemuda Pkr Harap Diberi Sekurang Kurangnya Satu Kerusi Tanding Prn Sabah

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 151 hits
Timbalan Ketua Pemuda PKR Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata ia bagaimanapun terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya Muhammad Izuan Ahmad Kasim juga berkata mereka bersedia menggerakkan jentera bersama Pemuda Umno dan Barisan Nas...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari