Dua Tokoh Sejarah Dusun Dengan Dua Pendekatan Berbeza Dalam Menghadapai British
1. Si Langkap.
Beliau merupakan seorang pahlawan, panglima sekaligus pemimpin pasukan. Pada tahun 1899, beliau telah memimpin 300 pasukan Dusun dari Tambunan ke Penampang untuk mengambil bekalan senjata persiapan perang, kemudian bertemu dengan wakil British bernama Nakhoda Kusau; dalam pertemuan ini, Si Langkap dan pengikutnya telah membunuh Nahkoda Kusau yang merupakan seorang mediator British berbangsa Dayak dari Sarawak bersama seorang lagi yang lain, tombaknya dirampas dan kepalanya dipenggal sebagai trofi.
Langkap juga memimpin pasukan Dusun dan beberapa orang Iranun menyerang Mengkabong melalui markas mereka di Penampang pada 15 Disember tahun 1899, dengan sasaran polis dan pengawai British. Terlibat dalam perang menentang British di Tambunan bersama ribuan pejuang Dusun yang bersekutu dengan 300 pejuang Bajau Mat Salleh.
Selepas kematian Mat Salleh dan kekalahan mereka di Tambunan, beliau terus melancarkan perang gerila bersama beberapa pejuang gerila lain seperti Mat Sator, Kamunta, Santara dan Mat Daud selama tiga tahun. Pada tahun 1903, beliau menyerah diri dan dihukum mati di Tempasuk, Kota Belud.
2. OKK Gunsanad.
Beliau merupakan seorang businessman, mediator dan “Raja Pedalaman”. Sejak kecil sering mengikuti bapanya berdagang ke Beaufort, Papar dan Kimanis. Beliau telah meneruskan profesi bapanya sebagai businessman, di mana beliau memiliki kedai-kedai di Keningau, Sapulut, Beaufort dan Papar.
Beliau berpengaruh di kalangan suku kaum Dusun dan Murut di Pedalaman. Beliau mengenal dengan jelas kekuatan-kelemahan antara British dan penduduk tempatan, memandangkan beliau sudah lama berdagang di wilayah British di daerah pesisir. Beliau percaya, British tidak akan dapat dikalahkan melalui peperangan, maka, beliau mengambil pendekatan untuk tidak mengangkat pedang, sebaliknya menumpukan kepada reformasi budaya dan intelektual penduduk pedalaman dengan cara mempelajari budaya serta teknologi penjajah.
Kerana pengaruh beliau, British melantiknya menjadi chief mediator pihak Company British. Tahun 1896, beliau menjadi mediator dalam menamatkan perang antara British dan Dusun Kwijau. Tahun 1898-1899, beliau menjadi mediator antara British dengan pihak Dusun Tagahas, Dusun Tuhawon dan dengan Mat Salleh untuk menamatkan perang Tambunan. Tahun 1915, sekali lagi beliau menjadi mediator antara British dan pihak Murut Tahol dan Ontoros yang bangkit menentang British di kawasan wilayah Murut.
Kelak, keturunan beliau menjadi pemimpin nasionalis Sabah, dua anaknya (OKK Sodomon dan G.S. Sundang) menjadi tokoh kemerdekaan Sabah dan keturunan beliau dan keturunan adik beradiknya yang lain menjadi orang-orang berpangaruh dalam politik, misalnya Tun Ahamad Koroh, Tan Sari Suffian Koroh, Datuk Ayub Aman, Musa Aman, Anifah Aman dan sebagainya.
Adik-beradik Aman merupakan keturunan dari kakak Gunsanad.
Sumber : FB
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahwarisan.blogspot.com/2019/06/dua-tokoh-sejarah-dusun-dengan-dua.html